Rabu, 18 Oktober 2017

Selepas 1.5 Juta, Kini Kerajaan Mahu 100% Pekerja Asing - Bagaimana Dengan Pekerja Tempatan?

Kerajaan menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan permohonan pengambilan 100 peratus pekerja asing dalam sektor pembuatan kononnya memenuhi keperluan pengilang di bahagian pengeluaran produk.
Perkara ini amatlah membimbangkan kerana sebelum ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja asing ke Malaysia.
Adakah ia akan ditambah lagi bilangannya?
Ketika ini, nisbah bilangan pekerja tempatan dan pekerja asing adalah 1:3 bagi semua sektor dan bahagian termasuk bidang pembuatan yang mengeksport produk masing-masing ke luar negara.
Jika semuanya (100 peratus) adalah pekerja asing nisbah pekerja tempatan dan pekerja asing adalah 0:3. Bagaimana dengan nasib pekerja tempatan?
Sudah terlalu banyak rungutan daripada ribuan lepasan graduan di dalam negara ini masih menganggur dan berhempas pulas mencari pekerjaan tetapi kenapa pekerja asing harus diutamakan?
Kerajaan jangan beri alasan bahawa graduan ini tidak mahu bekerja bidang seperti itu, kita sendiri dapat lihat baru-baru ini seorang graduan kejuteraan binaan bekerja sebagai pencuci rumah kerana gagal mendapat kerja setaraf kelayakan akademiknya.
Lebih malang lagi, adakah suatu masa nanti kesemua sektor akan dimonopoli oleh pekerja asing?
Kebanyakan pekerja asing sekarang ini pada mulanya mereka masuk bekerja mengikut sektor, namun apabila sudah lama berada di dalam negara ini, mereka akan lari dan mula mencari kerja yang bergaji mahal ataupun memulakan perniagaan.
Kerajaan nampaknya dilihat tidak mampu mengawal mereka ini yang akhirnya menjadi masalah kepada negara.
Kerajaan sepatutnya melihat kepentingan rakyat ini sebagai keutamaan dalam pengambilan pekerja asing di samping keperluan terhadap golongan ini bagi memajukan industri-industri tertentu di negara ini.
Janganlah seperti 'kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan'.
Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula untuk pengambilan pekerja asing ini yang terlampau ramai kerana banyak kesan negatifnya. Sepatutnya beri peluang mendahulukan kepada anak tempatan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...