Isnin, 16 Oktober 2017

Mana Rafizi. Kenapa Tak Hadir Perhimpunan Anti-Kleptokrasi?

Bukan sahaja tidak hadir malahan tidak bercakap langsung tentang perhimpunan tersebut. Apa sudah jadi?

Itulah yang menjadi tanda-tanya di kalangan penyokong-penyokong pembangkang pada ketika ini. Ada beberapa pihak yang dengan sinisnya menyindir Ahli Parlimen Pandan itu yang kononnya tidak hadir kerana perhimpunan tersebut diuruskan oleh team kartel - satu team yang dikenali sebagai pro Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Pengerusi PKR.


Tinjauan yang dilakukan di page yang dikendalikan oleh Rafizi Ramli pihak kami mendapati;

1. Rafizi tidak bercakap/menyentuh tentang perhimpunan tersebut, malahan tiada perkongsian link tentang live fb ataupun gambar-gambar yang dimuatnaik mahupun berkongsikan laporan berita tentangnya.

2. Seolah-olah Rafizi memulaukan perhimpunan tersebut; bagaimanapun ia hanya andaian pihak kami semata-mata.

3. Rafizi hanya galak bercakap tentang isu Felda dan pendedahan terbaru yang dibuatnya. Rafizi terlalu focus pada Invoke dan kerja-kerja pilihanraya dan pendedahan.

Apakah ada perpecahan di dalam PKR?

Ia bukan satu rahsia lagi. Semua pihak menyedari wujudnya beberapa team di dalam PKR namun apakah ada perpecahan di peringkat Pakatan Harapan?

Bagi pihak kami, perpecahan itu mungkin ada dan ianya dalam mood 'tunggu dan lihat' kerana dipercayai ada kaitan rasa ketidakpuasan hati terhadap individu tertentu kerana mendominasikan Pakatan Harapan meskipun baru sahaja menyertai pembangkang.

Walaupun sekadar pemerhati dan tidak berada dalam barisan kepimpinan pembangkang, aura Pakatan Harapan sedang dikawal dan dicengkam kuat oleh seseorang terserlah dari dalam sampai ke luar. 

Bagaimanapun kita tinggalkan dulu topik tersebut dan memberikan penumpuan terhadap perbincangan kenapa Rafizi tak hadir pada perhimpunan anti-Klepetrokrasi.

Rafizi Ramli adalah figura penting dalam Pakatan Harapan dan PKR itu sendiri. Oleh kerana itu tidak pelik jika ketidakhadiran beliau di dalam perhimpunan kelmarin menimbulkan spekulasi di kalangan ramai pemerhati politik tempatan. 

Samada tersisih atau menyisih ia adalah satu kerugian buat pembangkang jika tidak menyelesaikan konflik yang berlegar dalam parti mereka. Jika sesama sendiri pun gagal bekerjasama dan bersatu-padu, mampu ke tarik keyakinan pengundi? Mengundi parti yang berantakan dek krisis boleh ke menyelesaikan masalah negara sedangkan masalah dalaman sendiri pun tak berjaya diatasi? 

Ia mungkin kecil pada anda, tetapi ia isu yang penting bagi pengundi. Negara hanya boleh diselamatkan dan diubah andai parti yang dipangkah konsisten melakukan kerja membantu rakyat dan bukannya konsisten bercakaran sesama sendiri! Fikirkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...