Ahad, 15 Oktober 2017

Dulu BRIM Rasuah, Kini Pembangkang Janjikan BRIM Kekal Jika Undi PH.

Pada semalam di perhimpunan pro pembangkang yang bertemakan 'Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi', Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan bayangan bahawanya pemberian BRIM akan dikekalkan andaikata Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU ke 14 kelak.

Mengulangi pendirian Pakatan Harapan bahawanya GST akan dihapuskan selepas pembangkang mengambilalih kuasa, Lim Guan Eng turut menambahkan janji baru iaitu pemberian BRIM akan dikekalkan andaikata pembangkang menjadi pemerintahan pusat kelak.


"Kalau anda anda boleh sokong (Pakatan Harapan) untuk gantikan Barisan Nasional, kami jamin kita akan buat baik, buat baik untuk negara. Yang pertama, hapuskan GST. Mahu tak mahu? Hapuskan GST. Kita nombor satu hapuskan GST. 

Pada masa yang sama kita pastikan BRIM tetap akan dibayar kepada semua rakyat Malaysia, kita mampu buat demikian, kita berdaya buat demikian. kita boleh buat demikian, kerana kita bersih. Rakyat pasti boleh dapat wang," katanya ketika berucap di Padang Timur.

Mengambil kesempatan ucapannya pada malam itu, Lim Guan Eng turut memperjelaskan sebaran fitnah yang seringkali dimainkan oleh cybertroopers UMNO yang mengaitkan beliau dengan salasiah keluarga Chin Peng.

"Kalau dia mabuk dia akan sedar balik tapi bila gila tiada ubat boleh rawat sama dia. Macam sekarang ada yang nak cakap parti DAP parti komunis. Konco-konco daripada mereka neh cakap bahawa Chin Peng dan Lim Kit Siang sama-sama sepupu. Sungguhpun kita tahu sur lain, Lim Kit Siang Lim, Chin Peng Chin, sur lain tapi boleh cakap sepupu.

Kerana sepupu, saya anak saudara Chin Peng. Chin Peng bapa saudara saya. Saya komunis. Ini sudah gila. Lagi gila bila mereka sebut kita komunis. Bila parti komunis cina adakah perhimpunan besar di Beijing, parti mana yang dijemput untuk hadiri perhimpunan komunis cina?," soalnya.

"Parti mana yang satu-satunya diberikan penghormatan untuk ucap? Parti mana yang boleh ucap. DAP tiada langsung. Terguris hati saya pula. Kalau ini komunis macam mana punya komunis? Jemput pun takde. Betul tak mereka sudah gila,?" tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Lim Guan Eng juga menafikan dakwaan bahawa bapanya ialah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan seperti yang sering digembar-gemburkan oleh pihak parti lawan.

"Lagi gila. Mereka cakap Perdana Menteri yang baru selepas Najib, Lim Kit Siang. Lim Kit Siang sudah cakap bukan dia, Tun Dr. Mahathir cakap bukan dia. Semua (pembangkang) cakap bukan dia. Hanya UMNO sahaja mahu Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri. Ini yang kita nak tanya. Semua orang cakap tak mahu termasuk Lim Kit Siang cakap tak mahu, tapi UMNO mahu.

Gila punya parti la. Yang gila, yang tak siuman, takde hak untuk perintah negara. Lebih baik kita buang sama dia, kita gantikan dengan Pakatan Harapan," katanya lagi.

----------------- Pembangkang dulu;




Rujukan : 

https://www.malaysiakini.com/news/367193

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/29/br1m-rasuah-azmin-setuju-dengan-dr-m/

https://www.roketkini.com/2012/02/22/br1m-hanya-gula-gula-politik-pru13/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...