Rabu, 18 Oktober 2017

Seorang Lagi Adik Shafie Afdal Ditahan SPRM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd. Yusof Apdal ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015 lapor Utusan Online malam tadi.

Yusof Afdal - Utusan Online
Menurut sumber, Mohd. Yusof yang juga adik bekas Menteri KKLW bagi tempoh itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ditangkap di pejabat SPRM ketika dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung kehilangan dana pembangunan untuk Sabah yang berjumlah RM1.5b. 

Utusan Online melaporkan penahanan Mohd. Yusof pada semalam adalah bagi membantu siasatan kes yang sedang berjalan.

Terdahulu, pada 10 Okt lepas seorang lagi adik Shafie Afdal yang bernama Hamid Apdal turut ditahan SPRM, diikuti menantunya pada lima hari kemudian. Setakat ini SPRM sudah menyoal siasat lebih 45 orang berhubung isu berkenaan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...