Yang menempuh liku-liku hidup beliau yang begitu mencabar namun berkat-berkat kesabaran Kak Wan terus cekal berjuang. Nampaknya Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini. Justeru marilah kita memberikan tepukan kepada Kak Wan Azizah Binti Wan Salleh, yang berada di atas sana.. contoh.. (Najib tergelak) contoh sahabat Amanah Iktiar Malaysia yang telah berjaya..," kata Najib semasa membentangkan #Bajet2018 pada jumaat lepas.
Pembentangan Bajet 2018 |
Ahli Parlimen pembangkang turut menyangkakan sedemikian berdasarkan kepada reaksi mereka yang menepuk meja dan membuat wajah seperti sedang tertanya-tanya dan berasa pelik.
Bagaimanapun saat Najib mengumumkan nama penuh Kak Wan dan apabila layar di Parlimen menunjukkan wajah Kak Wan yang dimaksudkan oleh Wan Azizah, akhirnya ramai la faham bahawanya Najib sedang 'troll' pembangkang dan para penyokongnya sekaligus.
Perkara itu menjadi topik antara yang hangat diperkatakan netizens bagi yang mengikuti pembentangan bajet secara langsung pada ketika itu.
Hari ini semasa membahaskan #bajet2018, Wan Azizah Ismail mengingatkan semua pihak bahawanya AIM sebenarnya diwujudkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika masih berada dalam kerajaan.
“Saya nak ingatkan dewan yang mulia ini, asal usul usaha ini, ia (AIM) bermula hasil penyelidikan dan kertas cadangan dari pasukan Universiti Sains Malaysia yang telah diangkat pada tahun 1987.
“Oleh siapa? Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri pelajaran pada waktu itu, menjadi program khas dalam usaha membasmi kemiskinan rakyat.
“Program khas inilah diberi nama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kejayaan Kak Zah membuktikan kejayaan program yang dihidupkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya di parlimen.
Bagaimanapun Najib tidak hadir ke Parlimen pada hari ini.