Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 November 2017

PAS Lapor Polis Dakwaan Guru Yang Juga Pimpinan MIC Minta 'Habuan Seks' Dari Remaja..

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pemimpin cawangan MIC meminta habuan seks daripada seorang remaja lapor KiniTV hari ini.


Laporan polis itu dibuat oleh Ketua DHPP N Balasubramaniam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada jam 11.50 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, Balasubramaniam menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin itu, yang juga seorang guru di sebuah sekolah Tamil.

“Di dalam video yang sudah tular di media sosial menunjukkan dia telah melakukan seks dengan beberapa pelajar lain sebelum itu.

 “Polis dan Kementerian Pendidikan perlu ambil tindakan tegas dan menyiasat pihak lain yang terlibat sama dalam kejadian itu,” kata Balasubramaniam kepada pemberita di luar bangunan IPD Sentul, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan dilaporkan tidak akan teragak-agak memecat seorang guru yang dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya, baru-baru ini, jika sekiranya didapati bersalah.

Berdasarkan rakaman perbualan, lelaki 56 tahun itu didakwa menjanjikan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat pelajar itu menyerahkan tubuhnya.

Suspek difahamkan telah melepaskan jawatannya dalam MIC susulan tersebarnya rakaman terbabit. Guru terbabit dipercayai bernama Nadarajan yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang yang terletak di Batang Berjuntai.

Hadir sama semasa membuat laporan tersebut ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Ketua Muslimat Nuridah Mohd Salleh.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...