Najib berkata pelepasan GST itu akan bermula berkuatkuasa 1 Januari, 2018.
"Pelepasan GST diberi ke atas pengimportan 'big ticket items' seperti kapal terbang dan kapal laut, oleh syarikat penerbangan dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia," katanya, memetik laporan The Malaysian Insight.
Dalam pertemuannya bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada pertengahan September di White House, Najib membuat tawaran bagi Malaysia Airlines Berhad (MAS) untuk membeli pesawat Boeing berharga AS$10 bilion (RM42 bilion).
Najib berkata Malaysia berniat untuk menambah pesawat Boeing yang akan dibeli MAS.
"Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat," kata Najib.
Najib berkata kerajaan Malaysia juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.