Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 31 Oktober 2017

Kerana Dia Suami Yang Taksub PAS Luah Isteri..

Sejak berkongsikan cerita rumahtangganya kepada umum dan mendedahkan dokumentasi perceraiannya di Facebook, Puan Asiah terus menjadi sasaran kritikan banyak pihak.

Kebanyakan netizens yang berparti samada pro PAS mahupun Amanah akan menulis komen-komen yang bersifat batu-api, manakala netizens yang tidak berparti akan menulis komen-komen yang menyakitkan hati Puan Asiah dan mengecam tindakan berani matinya yang menggunakan Facebook untuk mendedahkan masalah rumahtangga.

Setiap hari ketika mengemaskini status facebook dan berkongsikan kedukaan Puan Asiah mengenai masalah rumahtangganya, pasti akan ada komen-komen yang menghina beliau. Malahan ia sampai ke tahap membabitkan anak-anak beliau. Sehingga kawan anak-anaknya memberitahu kepada anak-anaknya bahawanya dirinya sudah menjadi syaitan kerana berkawan dengan syaitan.


Walaupun tidak menyatakan secara jelas tetapi Puan Asiah mendedahkan antara 3 punca yang kenapa akhirnya beliau terpaksa memilih perceraian sebagai jalan akhir bagi menyelesaikan masalah rumahtangga beliau.

Berikut dibawah adalah luahan beliau;

"Ada 3 peristiwa penting dalam rumah tangga saya, yang mengakibatkan saya hilang hormat kepada encik suami kerana ketaksuban bodoh dia kepada PAS. Saya rasa suami yang berpemikiran begini tidak layak untuk memimpin saya di dunia dan di akhirat.

1) Mei 2014 - Adik saya, Ali Abd Jalil dibelasah belasan anggota Unit Amal PAS selepas demonstrasi Hari Pekerja, sehingga lebam teruk seluruh badan dan hampir pecah gegendang telinga. 

Suami saya minta bantuan rakan-rakannya yang ada jawatan dalam Dewan Pemuda PAS. Antaranya ialah Khairil Nizam Khirudin (sekarang Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat). Mulanya mereka komited untuk siasat. 


Tetapi tiba-tiba Khairil Nizam dengan angkuh mencabar keluarga kami untuk saman saja Unit Amal PAS di mahkamah. Keluarga kami bersetuju untuk selesai secara baik tanpa melibatkan mahkamah. Kami hanya minta PAS kenal pasti anggota Unit Amal yang terlibat dan minta maaf kepada adik saya. 

Arul PSM telah aturkan pertemuan dengan Mat Sabu (ketika itu Mat Sabu masih di dalam PAS) di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. 

Tetapi pada hari pertemuan, PAS membatalkannya tanpa sebarang notis. Ayah saya cuba minta bantuan dari Dr. Hatta Ramli (ketika itu Dr. Hatta masih di dalam PAS). 

Dr. Hatta selamba jawab, ala... itu pergaduhan biasa antara budak-budak muda. Saya rasa begitu kecewa. Adik saya tidak mendapat keadilan dari sebuah parti yang mencanangkan Islam di sana sini. 

Apa reaksi suami saya? 

Dia bersetuju dengan tindakan pimpinan PAS. Kata suami, antara menjaga imej parti Islam dan memberi keadilan kepada seorang individu, imej parti Islam lebih utama didahulukan. Suami saya begitu taksub mengutamakan parti anutannya berbanding membela ahli keluarga yang tertindas.

2) Julai 2015 - Ketika ini berlaku pertelingkahan dalaman PAS. Isu baiah politik cerai taklik talak tiga terbongkar. Saya begitu marah bila mengetahui betapa murahnya PAS meletakkan nilai seorang isteri demi untuk kepentingan politik. 

Apa reaksi suami saya? 

Dia bersetuju dengan baiah cerai taklik talak tiga dan berpendapat baiah adalah satu sunnah Nabi yang mulia di sisi agama. Suami saya berikan hujah-hujah yang sama sebiji macam artikel di bawah :- 

http://www.sinarharian.com.my/…/10-fakta-apa-itu-sumpah-bai… 

Saya tanya suami, adakah jika dia diarahkan oleh pimpinan PAS untuk lafaz baiah seperti itu, dia akan buat? Dengan yakin suami saya kata, dia sanggup! Kerana dia yakin dia takkan meninggalkan parti PAS sehingga akhir hayat, maka talak tiga ke atas saya takkan jatuh sampai bila-bila. Saya rasa begitu jijik dengan pemikiran begitu. Lelaki yang siuman tidak akan menggadaikan isteri untuk parti. Kenapa isteri yang dijadikan taruhan?

3) Ogos 2016 - Saya mendapat maklumat berkaitan kes buli seksual di Maahad Tahfiz Al-Barakah milik pak lebai Kazim. Sumber saya sahih, bukan dicedok dari page Wardina atau Syed Azmi. 

Apa reaksi suami saya? 

Bila saya maklumkan pada suami, reaksi pertama dia ialah, ini semua fitnah golongan munafik terhadap ulama'. Bila saya tunjukkan bukti yang saya ada, dia mula percaya bahawa kejadian itu benar-benar berlaku. 

Tetapi suami saya kata, tak usahlah bongkar kes itu, kerana lebih baik melindungi nama baik ulama' untuk jaga imej Islam. Saya rasa sangat marah. Saya ada ramai anak lelaki. Bayangkan jika kejadian yang sama menimpa anak-anak lelaki saya. 

Adakah suami saya akan berdiam diri, berpeluk tubuh, simpan semua cerita, demi untuk jaga nama ulama'? Suami saya kata, ya, dia akan simpan cerita begitu, kerana mafsadah memburukkan nama ulama' lebih besar berbanding maslahah membela nasib mangsa.

Pemikiran bodoh sebegitu tidak akan timbul sehari dua. Ianya kesan doktrin yang disuap ke dalam otak selama bertahun-tahun terhadap ahli PAS. 

Ahli PAS yang taksub sudah tidak reti menggunakan akal dan pertimbangan untuk berfikir sendiri. Akal mereka telah di sub-con kepada pimpinan. 

Itulah yang saya nampak pada suami saya. Jika dia gagal melindungi isteri, anak-anak dan ahli keluarga, maka dia bukan lagi lelaki yang saya ingin hormati," katanya mengakhiri penulisan tersebut..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...