Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 31 Julai 2017

Tekun Nasional Rugi RM209.28 Juta - Audit Negara.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta disebabkan antara lain faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Audit juga mendapati tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan dana oleh usahawan.
Laporan itu menyatakan antara kerugian melibatkan kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan Tekun, Kad Komuniti UsahawanTekun dan Cyber Mall yang kesemuanya berjumlah RM872,035. 


"Bagi Program Mentor Mentee pula, jawatankuasa program bersama tidak diwujudkan dan laporan bulanan program tidak dikemukakan oleh tiga syarikat mentor itu," katanya.
Dari 1998 hingga Jun 2016, Tekun Nasional menerima pembiayaan sebanyak RM1.86 bilion daripada Kementerian Kewangan dan geran RM670 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diberikan bagi tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

Dalam pada itu, pengauditan yang dijalankan pada Mei hingga Oktober 2016 dan Februari 2017 mendapati secara keseluruhannya Tekun Nasional telah meningkatkan pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion melibatkan 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.

Sementara itu, bagi meningkatkan prestasi pengurusan syarikat, Jabatan Audit Negara mengesyorkan Tekun Nasional mengambil beberapa tindakan termasuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk menilai keberkesanan pembiayaan kepada usahawan dan sebab kegagalan perniagaan.

Selain itu, Tekun Nasional perlu memastikan amalan tadbir urus syarikat dari semasa ke semasa terutamanya dari segi kawalan dalaman bayaran dan penerimaan termasuk bayaran kepada individu yang tidak layak lapor Berita Harian.

Kesian, Walaupun Zahid Menteri, Dia Pun Kena Troll Dengan JPN.

Semalam Zahid Hamidi berkata di majlis penutup mesyuarat UMNO Kelana Jaya bahawanya nama Mahathir yang sebenarnya ialah Mahathir A/L Iskandar Kutty, memetik laporan Malaysiakini.

Mahathir ada keturunan India dan Mahathir ini mempergunakan melayu untuk tipu melayu selama 22 tahun pentadbiran, dan atas sebab itulah Mahathir kata melayu mudah lupa sebab Mahathir tu anak lelaki Iskandar Kutty (ada keturunan India dan bukannya melayu tulen sebab tu slumber je kutuk melayu, lebih kurang begitulah point yang ingin Zahid sampaikan).

Zahid kata dia terima maklumat berkaitan kad pengenalan Mahathir daripada Ketua Pengarah JPN - atas kapasiti dia sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri.

Selama neh tercatat dalam rekod, sejarah, buku, penulisan, laporan, artikel, bahkan dalam banner UMNO termasuklah berita tv3, nama Mahathir ditulis dengan ejaan 'Mahathir Mohamad'.

Tapi dalam satu malam, tiba-tiba nama Mahathir Mohamad itu adalah palsu, dan nama sebenar beliau ialah Mahathir A/L Iskandar Kutty?

Kau biar betul Zahid Hamidi? 

Nama dalam IC



Dalam IC Mahathir nama beliau dicatatkan sebagai Mahathir Bin Mohamad. Semakan di rekod SPR pun begitu juga. Jadi IC apa yang si Zahid neh dapat dalam telefon dia semalam sampai tayangkan pada orang ramai?

Kau tu dah la menteri KDN. Info biar sahih sikit woi. 3 dalang pemimpin pembangkang insiden Lahad Datu sampai sekarang pun tak dedah-dedahkan lagi padahal dah nak masuk PRU ke 14 kot.

Kahkahkahkahkahkahkah!



Mukhriz FC Jawab Zahid, ini salasiah sebenar Mahathir

Menurut admin kepada Mukhriz FC, Iskandar ialah datuk kepada Mahathir. Nama bapa Mahathir ialah Master Mohamad Bin Iskandar.

Master Mohamad ini menjadi guru besar pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid (Government English School - nama lama). Master Mohamad ini berasalnya dari Pulau Pinang.

Menurut pentadbir halaman itu lagi, yang datangnya dari Kerala ialah Iskandar - atuk kepada Mahathir. Kerala bukannya bangsa asal India sebaliknya berketurunan Yaman. Iskandar berkahwin dengan Siti Hawa dari Johor kemudian lahirnya Mohamad pada tahun 1881 di Pulau Pinang.


Gambar - Mukhriz Mahathir FC
Mohamad pula berkahwin dengan Wan Tempawan Binti Wan Hanafi dan lahirnya Mahathir sebagai anak kepada pasangan tersebut.

Nama gelaran Che (det) adalah kerana Wan berkahwin dengan rakyat kebanyakkan. Wan isteri kepada Mohamad ada kaitan dengan keturunan Dato Temenggung Kulut Bukit Lada, Kedah.

Iskandar dibawa oleh Syarikat Hindia Timor (British) bagi mengajarkan bahasa English di Istana pada zaman sebelum merdeka, kata pentadbir halaman itu.

Najib nak membumiputerakan Indian Muslim

Yang peliknya si Zahid dalam dok sindir keturunan Mahathir tak sedar pula dia yang Najib baru-baru ini mengatakan secara terbuka bahawanya beliau terima India Muslim sebagai bumiputera dan kerajaan dalam rangka mengkaji penwartaannya dalam perlembagaan.

India muslim ialah keturunan India yang menganuti agama Islam. Bukannya macam Iskandar yang berkahwin dengan orang melayu dan dapat anak Mohamad yang berkahwin dengan orang melayu dan dapat Mahathir yang juga akhirnya berkahwin dengan orang melayu. Masa keturunan Mahathir darah India dah luntur sebab nenek dan mak kepada Mahathir adalah keturunan melayu. Bapa Mahathir pun dah jadi separuh melayu - india sebab kahwin campur.

Nak kekal berkuasa, mainkan isu bangsa

Inilah sebabnya parti-parti bangsa dah tak relevan. Di Malaysia sekarang berapa ramai melayu kahwin cina, cina kahwin india, india kahwin melayu dan sebagainya?

Keturunan masing-masing dah bercampur. Dah jadi rojak. Boleh pula Zahid mainkan isu bangsa - bagi mengambarkan betapa Mahathir itu mempergunakan melayu atas faktor Mahathir ada darah kaum india? 

Tak dinafikan dulu benda neh menjadi modal pembangkang (aku tak pernah main isu macam neh sebab aku tak suka main isu-isu merendahkan bangsa orang lain, aku lawan sikap dan tindakan bukannya lawan agama atau bangsa seseorang) yang diguna semula oleh sesetengah pemimpin UMNO BN. Semoga pembangkang boleh belajar sesuatu yang berguna dari insiden ini la.

Dalam UMNO sebenarnya bukan Mahathir sorang je ada keturunan india tau campuraduk tau.

Nak tanya sikit, kat bawah neh kerja siapa?


Dan ini pula kerja siapa?



Begitu juga di bawah ini, siapa punya angkara?


Gambar - Demi Rakyat
Nak main isu bangsa yang dok bercampur neh ada tengok dulu tak muka pemimpin-pemimpin UMNO masa kini, contohnya yang nama Azeez tu.

Apabila seseorang itu jahat, seseorang itu jahat kerana sikapnya, perbuatannya, amalannya, tindakannya dan pemikirannya bukan kerana bangsa atau keturunannya. 

Malu la Zahid. Kau tu menteri kot. Susur galur kau sendiri pun. Tulen ke 100% dari Malaysia atau ada percampuran sana sini terutamanya dari negara yang suka claim merepek-merepek dari Malaysia? Allah jadikan berbangsa-bangsa untuk diraikan kepelbagaian bukan untuk jadi ejekan manusia. Macam sesetengah bangsa yang perasaan bagus kerana Nabi banyak lahir dari bangsanya.

Nak ejek orang bab bangsa, padahal masalah utama negara adalah rasuah dan urus tadbir negara yang korup bukannya kerana faktor bangsa. Mentaliti menteri macam neh, kalau anak buah apa tah lagi. Fikir-fikirkan.

Ustaz PAS Sebak Terima Derma 1.5 Juta Najib, Itu Cerita Manipulasi Kata Nasruddin.

Sejak semalam tular kisah seorang pemimpin PAS negeri yang kononnya menerima derma bernilai jutaan ringgit dari Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. 

PAS kemudiannya menjadi sasaran sindiran sesetengah pihak di laman sosial dan dakwaan itu semakin kuat apabila salah seorang jurugambar Utusan yang dikenali dengan nama Don Mahathir memuatkan gambar-gambar majlis di laman sosial.

Berikut posting yang dimaksudkan;



Beliau turut menulis bahawanya Ustaz Mahyuddin Ghazali kelihatan sebak beberapa kali ketika Najib sedang berucap mengenai orang melayu. Dalam majlis yang sama Najib turut mengumumkan akan meluluskan peruntukan sebanyak 1.5 juta bagi tujuan menaiktaraf masjid Saudina Ali di kawasan kampung berkenaan. 

Selepas diteliti posting oleh Don Mahathir, pihak kami mendapati terdapat beberapa netizens yang mengulas tentang cerita itu sebenarnya salah faham. 

Yang dikatakan derma 1.5 juta itu bukanlah derma kepada Ustaz Pas sebaliknya adalah peruntukan yang telah diluluskan oleh Najib bagi menaiktaraf bangunan masjid Saidina Ali namun rasanya wakil masjid pun belum dapat wang itu lagi. Sebab Najib hanya melakukan pengumuman sahaja pada ketika itu.

Dan Nasrudin yang menulis di laman Facebooknya pula berkata, bahawanya kehadiran Ustaz Mahyuddin ke majlis tersebut hanyalah kerana menerima bayaran wang zakat, mewakili Maahad Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah kerana Ustaz Mahyudin adalah pengetua kepada Maahad Tahfiz berkenaan. 

Selain Maahad Tahfiz Ustaz Mahyuddin, beberapa pengetua yang mewakili beberapa Maahad Tahfiz yang berlainan turut dijemput untuk hadir bagi menerima sumbangan wang zakat.



Nasrudin Tantawi turut berkongsikan gambar surat jemputan ke majlis berkenaan di postnya itu.



Dari apa yang tersebar, difahamkan wang zakat kepada Maahad Tahfiz ialah sumbangan ikhlas manakala wang peruntukan 1.5 juta ialah wang pembayar cukai yang telah dijanjikan oleh Najib kepada umat Islam di kawasan tersebut bagi tujuan menaiktaraf masjid. 

Gambar : Don Mahathir, Nasrudin Tantawi.

Ahad, 30 Julai 2017

Kenapa Azmin Tergamak Hadir Majlis Raya Anjuran PAS Meskipun PAS Dah Tolak PKR?

Oleh : Malaysian Dateline
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat menghadiri jamuan Aidilfitri di kediaman Bendahari Pas Selangor, Zaidy Abdul Talib di Bandar Tasik Puteri semalam.
Berpakaian batik warna ungu dan kelabu, Menteri Besar Selangor itu dalam satu gambar yang tersebar di media sosial turut duduk bersebelahan pemimpin Pas, Dr Abdul Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru.
Walaupun bulan Syawal sudah lima hari berakhir, jamuan Hari Raya anjuran Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut dihadiri individu bukan Islam.
Kehadiran Azmin itu sekaligus dilihat menggambarkan sikapnya terhadap Pas di negeri itu walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut telah memutuskan hubungan dengan PKR pada tahun ini.
Hal tersebut berlaku ekoran tindakan Majlis Syura Ulamak Pas pada 11 Mei lalu membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.
Pas mendakwa keputusan tersebut dilakukan selepas PKR banyak melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi iaitu tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan oleh Pas seperti isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Selain itu, Pas menyifatkan PKR juga melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej parti tersebut.
Malah, PKR dianggap khianat dalam hubungan politik dengan Pas apabila bekerjasama dengan pihak yang didakwa ingin menjatuhkan Pas.
Pada masa sama, Pas telah bertegas untuk meletakkan calon bertanding PRU-14 di 45 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 15 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.
Ketetapan Pas itu sekaligus menyaksikan strategi Pakatan Harapan untuk satu lawan satu menentang rejim Umno-BN terganggu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad pada 24 April lalu dilapor berkata, keputusan tersebut berdasarkan perkembangan semasa, jika mereka tidak lagi terikat dengan rundingan pembahagian kerusi.
Selanjutnya, paling dilihat mengejutkan pemimpin tertinggi PKR apabila Pas pada 16 Julai lalu melancarkan jentera pilihan rayanya di Parlimen Permatang Pauh yang dianggap kubu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dilancarkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berserta iringan konvoi 100 motosikal ke tempat pelancaran, beliau menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum itu yang menganggap tindakan Pas tersebut sebagai provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan rejim Umno-BN.

Sabtu, 29 Julai 2017

Lima Anak Syarikat Ladang Rakyat Rugi, Empat ‘Tutup Kedai’.

Semua LIMA anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (LR) mengalami kerugian.
Hasilnya, EMPAT telah ditutup.
Anak syarikat itu adalah seperti berikut:
A. Masih Beroperasi:
i. Ladang Rakyat Project Management Sdn Bhd
a. Kerugian untuk tahun 2016 : RM 8.412 juta
b. Jumlah kerugian sejak ditubuhkan : RM 8.5 juta
B. Telah Ditutup:
i. Ladang Rakyat Aquafarm Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2017
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2017 : RM 166,339
ii. Ladang Rakyat Tropical Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 98,500
iii. Ladang Rakyat Agro Products Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 101,515
iv. Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016: RM 101,500

Kerugian terkumpul bagi kelima-lima anak syarikat Ladang Rakyat adalah RM 8,970,249 atau mencecah RM 9 Juta.
Angka-angka ini adalah dari jawapan soalan bertulis saya dalam persidangan DUN yang lepas.
Sebab kerugian tidak dinyatakan.
Kerugian sebenar bagi kempat-empat anak syarikat yang telah ditutup adalah lebih besar, kecuali pada tahun 2015 keempat-empat syarikat ini tiba-tiba mencatitkan keuntungan. Ini mungkin pendapatan dari penjualan aset modal yang dibuat pada tahun 2015, sebelum ditutup pada tahun 2016.
YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
ADUN Salor, Kelantan.
5 Dzulkaedah 1438/29 Julai 2017

Khamis, 27 Julai 2017

Armand, Satu Dunia Tahu Kau Kena Sindir, Kau Nak Maafkan Siti Apakebendanya?

Semalam Yassin Sulaiman memuatkan satu gambar di Instagram milik beliau, yang merujuk kepada pergaduhan Pemuda UMNO dengan Armada di hadapan bangunan PWTC - ketika Armada seramai 30 anggota mahu menghantarkan surat jemputan kepada Presiden UMNO, Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Berikut post Yassin yang dikatakan;



Berikut apa yang dikatakan oleh Yassin Sulaiman dalam post tersebut;
buku bertemu ruas.
dada pun kembang.
mari bertenang. sabaaar.
Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno.
Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka.
Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.
Turut kelihatan beberapa anggota polis cuba menghalang dan mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai.
Respon Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza turut memberikan komen dalam post tersebut. Menurut Siti yang kuat bergaduh tu lebih baik dihantar ke Palestine.


Sceenshot komen di Instagram Yassin
"Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestine baguih," katanya di ruangan komen. 

Bagaimanapun respon Siti Nurhaliza itu tak semena-menanya membuat Exco Pemuda UMNO, Armand Azha terasa lantas mempersoalkan Siti Nurhaliza di laman Facebook beliau. 

"Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergilah ke Gaza Palestin. 

"Untuk maklumat Siti Nurhaliza, Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Gaza Palestin. Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?" soalnya.

Sejak bila Siti sebut nama?

Yang menjadi kepelikkan sekarang neh, dalam komen Siti langsung tak disebutkan mana-mana nama/watak atau ditujukan pada mana-mana individu secara langsung. Hanya disebut YANG KUAT GADUH HANTAR PI PALESTINE BAGUS

Adakah Armand terasa sebab dia memang KUAT GADUH?

KAHKAHKAHKAHKAHKAH~!

Kenyataan Armand itu kemudiannya dilaporkan oleh Astro Awani. Armand kemudiannya screenshot berita tersebut dan menyiarkan di Instagram beliau. Dan tidak disangka-sangka, Siti tampil memberikan respon di post berkenaan.

Siti tanya, terasa ka?

"Assalammualaikum, laa saudara Armand Azha terasa ka? Saya tak sebut nama pun. Hmm.. mmm maaflah naa..." kata Siti di post Armand itu.


Armand kemudiannya membalas dengan memuatnaik post baru;

Instagram Armand
"Siti mohon maaf, saya sentiasa terbuka dan maafkan beliau. Selesai," katanya di post tersebut.

Punyalah tak malu. Orang tu tak sebut nama kau terasa sampai buat post. Lepas tu canang kat semua orang, kau dah maafkan Siti. Masalahnya atas kapasiti apa Siti kena minta maaf kat kau? Kat mana buktinya Siti sebut nama kau disitu? Perasan betul la dia neh.

Kahkahkahkahkahkahkah!

Nak turun undi pun dah rasa malas..

Yassin pula pada itu turut menyatakan kekesalan kerana Siti Nurhaliza menjadi mangsa serangan politik pihak tertentu.


Setiap kali saya posting politik @ctdk jugak yang kena serang. maafkan saya. saya telah banyak kali di nasihat oleh syarikat rakaman, lawyer, rakan rakan, family semua kata. yasin, tok sah posting politik la. tapi apakan daya. aku degil. apa pun saya nak nyatakan musim raya kali ini saya berehat & tak kempen mana2 sebagai memenuhi nazar yang silam. apa pun segala yang baik kita sokong & segala yang buruk kita tolak. selamat berjuang semua! aku hanya spectator kali ini. nak turun undi pun rasa malas sebenarnya. btw, datuk k tak kuat gaduh. dia kuat bisnes.

Armand, Armand cover sikit jiwa perasan kau tu. Dan moga Pakatan Harapan ambil peduli la apa yang diluahkan oleh Yassin kat post di atas. Rasanya semua tahu Yassin neh dulu pro apa.. sekarang apa sudah jadi? Fikir-fikirkanla. Jangan tahu nak menyalahkan orang yang tak sokong pembangkang je kerjanya.

Rakaman Video Isham Rais Kena Tibai Dengan Penonton Forum.

Pada selasa lepas, 25 Julai 2017 satu forum telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH). Tajuk forum tersebut ; Mahathir - Agen Perubahan ataupun Agen Pemusnah.


Poster - Mat Sabu
4 Panelis dijemput hadir bagi membincangkan persoalan mengenai peranan Mahathir dalam pembangkang khususnya dalam Pakatan Harapan. 

Dr. Jeyakumar - ahli parlimen Sungai Siput 
Harris Ibrahim - aktivis ABU 
Mat Sabu - Presiden Amanah 
Isham Rais - aktivis rakyat / blogger 

Moderator pada malam itu ialah Masjaliza. 

Tujuan forum diadakan adalah bersempena dengan berita perlantikan Mahathir sebagai ketua kepada Pakatan Harapan. 

Forum pada awalnya memberikan laluan kepada panelis Harris, Mat Sabu, Isham Rais dan Jeyakumar untuk memberikan pandangan masing-masing sebelum memberikan peluang kepada para penonton untuk mengemukakan persoalan. 

Dan pada ketika inilah mood forum yang aman damai berubah menjadi rancak dan panas. 

Di kalangan penonton yang bertanyakan soalan - 90% menolak penglibatan Mahathir dalam pembangkang terutamanya apabila PH mengangkat Mahathir sebagai ketua. 

Malahan ada penonton yang memberikan pandangan bahawanya Pakatan Harapan kini telah dikawal oleh Mahathir sepenuhnya. Hujah beliau yang dikenali dengan nama Raj, ini kerana manifesto Pakatan Harapan telah berubah - yang pada awalnya lebih mementingkan kebajikan rakyat namun menjadi kepada manifesto apa yang Mahathir ingin lakukan. 

"Saya mahu berbeza dengan Dr. Kumar. Kononnya ada banyak calon berpotensi dalam Pakatan Harapan. Anda perlukan peranan Mahathir untuk setup logo dan sebagainya itu membuktikan tiada calon yang berkelayakan pun dalam pembangkang (menyatukan). 

Jika dulu manifesto pembangkang lebih menumpukan kepada kebajikan rakyat, seperti pendidikan percuma, hapuskan tol, turunkan harga minyak dan sebagainya tetapi itu semua tiada lagi dan sekarang lebih kepada agenda Mahathir - nak hapuskan GST, reformasi dan sebagainya dan ya saya fikir Mahathir sekarang menguasai (mengawal Pakatan Harapan) anda," kata beliau. 

Pendapat seorang penonton yang bernama Ahmed pula, bekas penyokong Pakatan Rakyat, beliau mempersoalkan kewajaran Mahathir mengetuai pembangkang. Beliau turut mempersoalkan siapakah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. 

"Saya tanya siapa calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Saudara Isham menjawab. Kita belum beli lembu, kita tak tahu. Dia cakap kan. Saya nak tanya. Sebelum kita beli sesuatu barang kita mesti nak tengok barang dulu, betul. Dalam online kita beli, Kat LADAZA, kat ONLINE kalau kita beli barang kita tengok gambar dulu, betul. Dalam gambar tu siap 3D boleh pusing-pusing. 

Tapi Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan kita tak tahu siapa. Kita tak boleh ada interim. Kita tak boleh ada Wan Azizah jadi PM sekejap. Tunggu Anwar keluar penjara. Ini semua bullshit kawan-kawan. Kita nak benda konkrit. Saya nak mengundi. Pakatan Harapan perlu jujur jawab benda ini," katanya. 

Forum tersebut bertambah panas apabila seorang penonton yang dikenali dengan nama Harris bangkit dan menempelak Isham Rais. 

"Saya ini adalah generasi reformasi. Kita setiap hari dihasut oleh Isham Rais neh untuk membenci Mahathir. Dia siap kata pada kita. Palang pada huruf T titik pada huruf i pada Dr. Mahathir pun dia tak percaya. Tapi sekarang dia percaya kenapa??? Sendiri cakap tak boleh percaya. Lepas tu suruh orang percaya. Kenapa nak percaya cakap Mahathir," katanya. 

"Tak habis-habis nak tibai Najib, Najib, Najib. Tak pernah nak belajar daripada Sejarah. Di Sarawak kita (pembangkang) tibai Taib kan, bila Taib letak jawatan, Adenan menang kerusi lebih banyak ke lebih sedikit? 

Katakanlah Najib letak jawatan sekarang dan naik sesiapa sahaja, apa akan berlaku? Nak maafkan kesalahan Najib? Seperti apa yang dimaafkan kesalahan Mahathir sekarang. Mengarut la semua ini. Sekarang kita orang dah penat dengan ceramah air liur, ceramah politik badut-badut ini. Sekarang masa anak-anak muda bangkit. Ini masa kita," kata saudara Harris. 

Seorang penonton lain bernama Anas pula berpendapat politik pembangkang lebih kepada mengangkat personaliti dan bukannya idelogi. 

"Kenapa Pakatan Harapan terpaksa bergantung kepada Dr. Mahathir? Ini kerana mereka memainkan politik personaliti dan bukannya politik idea. Dan kenapa kita cakap begitu? Sebab bahasa yang Isham sendiri guna. 'Saya', pengalaman 'saya' (merujuk pada individu). Itu ialah politik berdasarkan individu dan bukannya politik berasaskan idea. Daripada segi bahasa pun kita tahu. Tiada apa yang baru," katanya. 

"Satu lagi yang Isham cakap. Kita perlukan Mahathir untuk call cukong (ahli perniagaan kapitalis). Saya nak cakap berkenaan Najib. Najib semata, sekarang ini 42% saham dalam BSKL, adalah saham GLC. Dia tak perlu bergantung pada mana-mana kapitalis. 

Najib sekarang tiru (buat) Singapura. Mahathir dulu buat public transport bagi pada kroni. Najib sekarang buat pengangkutan awam di bawah kerajaan. Kalau nak main macam neh, Najib lebih bijak (dari Mahathir) sekarang. Kalau you cakap nak dapatkan sokongan orang kampung, Najib bagi BRIM," kata Anas lagi.
 
Untuk rakaman penuh lihat video ;
 

Mereka (Armada) Minum Kopi Yahudi, Kita (UMNO) Minum Kopi Melayu - Armand.

"Tadi saya dimaklumkan mereka tadi berbincang di Starbucks, minum pun kopi yahudi, kita minum kat kedai mamak, kita minum kat kedai melayu, depa minum kat Starbucks kedai yahudi, tak apa, itu memang tempat mereka duit depa, tak apa," kata Armand, Exco Pemuda UMNO dalam satu rakaman video yang tular di laman sosial sejak 25 Julai lepas.


Rakaman itu sebenarnya dipetik dari aksi protes yang dilakukan oleh kira-kira 100 orang pemuda UMNO di hadapan PWTC bagi menghalang 30 wakil pemuda Armada dari menghantar surat jemputan kepada Presiden UMNO, Najib Razak untuk menghadiri satu program bertajuk Nothing to Hide 2.0.

Program Nothing To Hide 2.0 adalah sindiran Mahathir terhadap Najib, bagi menjemput Najib berdebat secara berdepan mengenai isu-isu yang terkait dengan intergriti beliau terutamanya membabitkan isu 1MDB dan skandal derma 2.6b.



Bagaimanapun wakil dari Armada itu tidak disambut positif dari pemuda UMNO. Wakil Armada dihalang dari memasuki premis meskipun sekadar bertujuan menghantar surat undangan ke forum.

Perkara itu akhirnya mencetuskan kekecohan di antara kedua-dua kumpulan apabila mereka bergelut sesama sendiri di hadapan bangunan PWTC. Polis bagaimanapun berjaya menyelamatkan keadaan. 

Dalam pada itu, Exco Pemuda Armada Pusat, Ashraf Mustaqim turut mendakwa telah ditumbuk oleh Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand. Bagaimanapun setakat ini tiada rakaman yang tersebar yang menunjukkan aksi tersebut di media sosial.

Rabu, 26 Julai 2017

Rakyat Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan - Nazri Aziz.

PUTRAJAYA hari ini mengumumkan untuk hanya mengenakan cukai pelancongan bagi penginapan hotel kepada pelancong asing dengan caj sebanyak RM10 untuk satu bilik. 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berkata rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada cukai ini lapor The Malaysian Insight.

"Rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada cukai pelancongan. Ia hanya akan dikenakan ke atas pelancong asing," kata Nazri, memetik laporan itu.  

"Ia juga tidak akan dikenakan ke atas penginapan yang mempunyai kurang daripada lima bilik," katanya lagi.


Turut dilaporkan, kesemua homestay yang berdaftar dengan Tourism Malaysia juga mendapat pengecualian yang sama. Pelaksanaan cukai itu akan diuruskan oleh Jabatan Kastam kerana jabatan itu menyarankan agar kadar cukai ini diselaraskan, kata Nazri. 

Cukai pelancongan telah diluluskan di Parlimen pada sesi yang lepas dan diwartakan pada 21 Jun. Ikut perancangan ia sepatutnya dilaksanakan pada 1 Ogos tetapi ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada Sabah dan Sarawak. Satu tarikh baru akan diumumkan Perdana Menteri Najib Razak kelak.

Paderi Koh Mungkin Diculik Oleh Sindiket Pemerdagangan Manusia Kata KPN.

Sindiket pemerdagangan manusia mungkin bertanggungjawab atas penculikan pastor Raymond Koh kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abu Bakar. 

Memetik laporan dari The Malaysian Insight, Ketua Polis Negara menyatakan PDRM mendapat maklumat berdasarkan kepada kenyataan diambil daripada tiga ahli sindiket yang ditahan dalam satu operasi khas dijalankan polis di Perak pada 17 Jun lepas.

Kami mengesyakinya berdasarkan kepada soal siasat yang dijalankan terhadap beberapa suspek yang ditahan dalam operasi itu,” kata Khalid.

Katanya lagi, hasil siasatan itu juga mendapati sindiket berkenaan ada kaitan dengan kumpulan di selatan Thailand. Bagaimanapun, Khalid juga dinyatakan oleh portal tersebut, bahawanya beliau enggan mengulas ketika ditanya adakah kumpulan terbabit sebahagian daripada puak pemisah Islam di sana.

Dalam pada itu, Aktivis Citizan Action Group On Enforced Dissappearance (Caged) Rama Ramanathan mempersoalkan apa kelebihan yang diperoleh sindiket terbabit dengan menculik seorang pastor dan memgapa Koh. 

Kini polis mengatakan ia adalah kes pemerdagangan. Raymond berusia lebih 60 tahun dan mengapa mereka perlu lakukan penculikan ala-tentera untuk individu seperti Koh?

“Polis turut menemui nombor pendaftaran kereta Koh dan foto rumahnya. Mengapa mereka simpan semua ini?" kata Rama, memetik sumber The Malaysian Insight.

Seorang lagi aktivis Caged Sevan Doraisamy berkata sejak operasi itu dijalankan lebih sebulan lalu, sepatutnya pihak polis sudah mendapat petunjuk dan maklumat baharu. 



Apakah ada kaitan kematian ahli sindiket terbabit dengan penculikan Koh? Sekiranya ada, apakah kaitannya?” soal Sevan. 

Sevan juga berkata polis sepatutnya memberitahu perkembangan kes itu kepada keluarga Koh terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada media. 

Keluarga Koh pasti rasa terganggu membaca perkembangan kes termasuk tuduhan terhadap Koh menerusi media setiap masa,” katanya. Turut dilaporkan bahawanya pihak polis tidak pernah menelefon keluarga mangsa bagi memberikan sebarang bentuk kemaskini berkaitan siasatan kes.

Pastor Koh dilaporkan diculik pada pagi 13 Februari 2017. Penculikan itu juga dibayangkan dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan terlatih. Sehingga kini, sudah hampir 5 bulan Pastor Koh hilang tanpa berita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...