Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Ogos 2017

Amanah Dapat Bertanding 2 Kerusi Jer Kat Selangor?

Tular di laman sosial berhubung isu pembahagian kerusi oleh parti-parti pembangkang Selangor untuk pilihanraya ke 14. Info itu ditulis oleh CheGu Bard ataupun nama sebenar Badrul Hisham Shaharin yang memetik maklumat dari sumber yang tidak dinamakan.

Beliau menulis;

"Maklumat diperolehi, Azmin sudah muktamadkan agihan kerusi di Selangor bukan kata PH, parti dia sendiri pun dia langgar, putuskan bincang sama kartel aje," tulis Chegu Bard di laman Facebooknya.

Kartel adalah gelaran yang sering digunakan oleh pengkritik-pengkritik Azmin bagi membayangkan mereka-mereka yang satu kem dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Facebook - Badrul Hisham
Chegu Bard turut berkongsikan pecahan kerusi hasil perbincangan tersebut.

PKR akan bertanding 15 kerusi;
DAP juga akan bertanding 15 kerusi;
PAS akan bertanding untuk 13 kerusi;
PPBM akan bertanding untuk 11 kerusi;
Manakala AMANAH hanya akan diberikan peluang untuk bertanding di atas dua kerusi sahaja.

Bagaimanapun ada antaranya yang memberikan respon bahawanya hasil perbincangan tersebut sebenarnya belum muktamad, ia hanyalah sekadar perbincangan dan tertakluk kepada keputusan akhir yang akan dibuat secara konsensus oleh pemimpin tertinggi parti kelak.

Maklumat yang disebarkan oleh Chegu Bard itu juga belum mendapat respon dari pihak yang dinamakan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...