BNM keluarkan bon bernilai 2.5 billion
Dan Husam menulis;
Salah Bayar Tidak Jenayah, Dua Kali Bayar Tugas Semua Rakyat Malaysia. Syabas Najib!
Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.
Gambar - Suara Rakyat |
Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.
Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:
Berbahagialah penyangak 1MDB.
Bagi rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah.
Gambar - Suara Rakyat |
GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.
1MDB belum bayar hutang walau dah sampai tarikh akhir
Sebelum ini beberapa portal melaporkan bahawanya pada 31 Julai lepas, 1MDB telah melepasi tempoh akhir bayaran kepada IPIC (International Petroleum Investment Company).
Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC ialah 2.58 billion.
1MDB kata nak bayar Ogos
1MDB dalam satu kenyataan media mengumumkan bahawanya pihak syarikatnya akan mula membuat bayaran kepada IPIC bermula Ogos ini.
Kelewatan bayaran kepada IPIC adalah berpunca dari dana yang sepatutnya diterima oleh 1MDB pada Julai belum diterima masuk lagi.
Beberapa syarat tambahan diperlukan bagi meluluskan proses kemasukan dana tersebut dan 1MDB telah pun menulis kepada IPIC berhubung kelewatan tersebut dan menjelaskan bahawanya bayaran hutang kepada IPIC akan dibuat bermula Ogos ini lapor kenyataan itu lagi.
Kementerian Kewangan jamin semua urusniaga 1MDB
Harus dimaklumkan juga, Kementerian Kewangan Malaysia adalah penjamin bagi syarikat 1MDB. Oleh itu seandainya 1MDB gagal melunaskan kewajipannya, kementerian kewangan akan dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan urusniaga-urusniaga berkenaan.