Mudah Dikecek, Ladang Rakyat Rugi RM 1 Juta
Pada tahun 2008 Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan telah membuat pelaburan dalam Rakyat BTR Capital Partners Berhad (RBTR) sebanyak RM 1 Juta.
Wang yang dilaburkan yang kemudiannya lebur adalah dari AKAUN AMANAH Peserta Ladang Rakyat!
Dari jumlah itu, RM 500, 000.00 dilaburkan dalam Real Estate Developtment Investment dan RM 500, 000.00 lagi ke dalam Euro Deposit Investment di bawah skim Rakyat BTR.
Rakyat BTR Capital Partners sekali imbas seakan institusi pelaburan di bawah Bank Rakyat. Sebenarnya tidak.
Pada 2009 Suruhanjaya Sekuriti telah membekukan aktiviti Rakyat BTR. Termasuk wang pelabur, tidak terkecuali RM 1 juta dari Akaun Amanah Peserta.
Rakyat BTR seakan skim cepat kaya.
Bagaimana Pengerusi dan 'penasihat rapat' beliau begitu mudah terpedaya?
Tidak hairan bila 'team Kerajaan Kelantan' yang sama kini begitu berbangga dengan skim karbon kredit sekalipun kewibawaan pelabur tidak dapat dibuktikan.
Modal kecek sudah cukup untuk meyakinkan. Sama ada RM 1 juta wang Amanah Ladang Rakyat atau sejuta hutan simpan, kaedah pertimbangannya sama.
Hasilnya? Wang sejuta hilang. Berbilion ringgit hasil dari Bangsa-Bangsa Bersatu pun nampaknya sudah membisu.
Komen Ketua Audit Negara yang disertakan, dengan sendirinya menjelaskan persoalan ini.
Jika dikira tindakan itu pecah amanah, apakah tindakan yg telah diambil ke atas pihak yg terlibat?
Mungkin Pengerusi Ladang Rakyat dulu iaitu Dato Ahmad Yaakub atau pengerusi sekarang, Dato Mohd Amar boleh memberikan penjelasan.
YB Dato Husam Musa,
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
ADUN Salor.
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
ADUN Salor.