INSIDEN RUSUHAN DI SURAU TAMAN AUSTIN PERDANA JOHOR BHARU, PETANDA KEGAGALAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.
KEADILAN Kota Bharu memandang serius insiden rusuhan di Surau Austin Perdana Johor Bharu. Kami berpandangan kejadian ini merupakan petanda kegagalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan kelancaran lalulintas, keharmonian masyarakat dan integriti pemerintah.
Persoalan besar adalah dimana polis trafik waktu solat jumaat ? Adakah pihak polis trafik tidak membantu memastikan kelancaran lalulintas saat waktu solat jumaat?
Ramai yang menyalahkan serangan ahli jemaah masjid, sikap pemandu cina dan pengguna kereta yang meletak kenderaan hingga mengganggu lalulintas.
Namun KEADILAN Kota Bharu dalam kes ini, ingin mempersoalkan tanggungjawab Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, sebagaimana kata kata masyhur Khalifah Umar Al Khattab yang berbunyi " Aku akan di tanya Allah (bertanggungjawab) , jika ada binatang yang cedera akibat jalan yang tidak elok"
KEADILAN Kota Bharu sebelum ini telah membangkitkan isu-isu berkaitan keberkesanan polis trafik di Kota Bharu khususnya:
1. Isu saman dan letak kereta di Dataran Ilmu Kota Bharu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=269013120170816&id=200203277051801
2. Isu Ops Snap polis trafik di Kota Bharu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=276880702717391&id=200203277051801.
Bagi mengelakkan kejadian di Surau Taman Austin Johor Bharu berlaku ditempat lain di masa akan datang, berikut adalah cadangan daripada kami:
(1) Polis trafik membantu lalulintas di kawasan masjid waktu solat jumaat, terutamanya di kawasan bandar dan berpotensi mendatangkan masalah gangguan lalulintas.
(2) Polis trafik bersama dengan jawatankuasa masjid setempat merangka satu sistem letak kereta sementara yang boleh membantu keselesaan mereka yang solat jumaat dan pengguna jalanraya yang lain.
(3)Polis benar benar menjayakan Slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" dengan benar benar memahami permasalahan masyarakat, bukannya menjadi sebahagian punca masalah pula.
(4) Kementerian Dalam Negeri dan Polis bermuhasabah dengan Laporan Persepsi Transparency International-Malaysia, yang melaporkan institusi polis adalah intitusi kerajaan yang dilihat paling korup.
(5) Polis Balai Kota Bharu, khususnya bahagian trafik meneliti isu isu lalulintas di kawasan Masjid Muhammadi Kota Bharu, terutama pada waktu solat Jumaat.
KEADILAN Kota Bharu menyeru supaya semua mereka yang terkesan dengan kejadian ini dan mengalami masalah yang sama, untuk menolak kerajaan Barisan Nasional, dan memilih Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Kepada penduduk Kota Bharu, adalah dimaklumkan bahawa KEADILAN Kota Bharu menyediakan talian aduan HOTLINE 24 JAM 0134215266/01129468633. Jika anda mempunyai apa apa aduan berkaitan masalah lalulintas di waktu solat Jumaat, yang berkaitan agensi penguatkuasa dan masjid, bolehlah menghubungi kami.
Ahmad Syauqey
Pengarah Pilihan Raya
KEADILAN Kota Bharu
6 Mei 2017.