Rabu, 10 Mei 2017

Skandal Rasuah Zakat Pulau Pinang : DAP Dipersalahkan Kerana Melantik Dr. Azman Sebagai CEO..

Ini apa yang berlaku sejak semalam. 9 Mei lepas (semalam), Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang Datuk Haji Azman Bin Haji Abdul Samat bersama 11 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang kerana siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.

Gambar Oleh TTKM
Pengurus Besar berusia 50 tahun itu didakwa menerima barangan berharga, wang tunai dan cek daripada beberapa kontraktor dan pembekal ZPP sebagai dorongan kerana memberi projek atau kerja berkaitan program pembangunan membabitkan keperluan asnaf, anak yatim dan golongan memerlukan.  

Pengurus Besar Zakat yang berkhidmat sejak 1995 itu juga dikatakan telah memberikan bantuan permulaan pelajaran dan meluluskan biasiswa tahunan anaknya tanpa melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri selain menerima rasuah dari kontraktor. Semua urusan berkaitan pendidikan anaknya itu dikesan berlaku di antara tahun 2014 hingga 2016.

Kenali Dr. Azman 

Selain menjadi CEO di dalam agensi ZPP, Dato Haji Azman Bin Abdul Samat juga berada di bahagian pentadbiran Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Kitab. (rujuk)

KITAB ada hubungan langsung dengan ZPP kerana menyediakan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Menurut laporan Kosmo, Dr. Azman telah memegang jawatan sebagai CEO ZPP sejak tahun 1995. Beliau kini berusia 50 tahun. 22 tahun yang lepas, pada tahun 1995, beliau baru sahaja berusia 28 tahun. 

Jadi pihak kami kurang pasti jika fakta tentang hal itu benar atau sebaliknya. Jika benar, ini juga bermaksud Dr. Azman telah menjawat jawatan tersebut selama 22 tahun lamanya. Satu tempoh masa yang cukup selesa bagi melakukan penyelewengan dengan mudah.

Menurut laporan itu lagi, Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, penahanan ke atas beberapa pegawai kanan ZPP dan kontraktor dilakukan hasil maklumat orang awam berhubung laporan kes penyelewengan dana ZPP dan risikan pihaknya sejak Disember tahun lalu. 

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial, rata-ratanya meletakkan beban kesalahan ke atas kerajaan negeri. Ada yang beranggapan DAP bersubahat dalam kegiatan rasuah di agensi zakat Pulau Pinang juga.

Kritikan berkisarkan kepada;

1. Perlantikan; ianya dilantik kerajaan negeri, mempembaharui kontrak lantikan dan juga kerana gagal memantau, menyelia kewangan pusat zakat negeri; menurut laporan sebarang pentadbiran berkaitan zakat adalah dibawah majlis agama negeri dan kerajaan ada kuasa sebagai pemantau.

2. Kerajaan negeri samada secara langsung atau tidak langsung bersubahat melakukan penyelewengan atau ada kaitan; atau dikaitkan dengan dakwaan SPRM ke atas Lim Guan Eng dalam pembelian banglo.

ZPP nafi dakwaan penyelewengan


Dalam pada itu, Pusat Zakat Pulau Pinang menafikan terdapat sebarang penyelewengan yang membabitkan wang zakat.   

Memetik laporan Utusan Online, Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) memberi jaminan tidak ada wang zakat yang disumbangkan umat Islam di negeri ini diselewengkan ekoran penahanan empat pegawai agensi itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam negeri, Datuk Abdul Malik Kasim berkata, penahanan pegawai ZPP oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah bagi membantu siasatan yang menjurus kepada penyelewengan peribadi. 

“Ahli Lembaga ZPP juga akan mengadakan mesyuarat esok bagi melihat kembali soal pentadbiran dalam agensi itu ekoran penahanan SPRM semalam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Bloggers BN menyalahkan DAP, PKR dan AMANAH. 

Dalam pada itu, bloggers BN didapati memulakan kempen mengaitkan penyelewengan dan dakwaan rasuah ke atas pihak tertentu. 

Tulis mereka, "Pusat Zakat Pulau Pinang dibawah kuasa Exco Hal Ehwal Agama Islam YB. DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM (PKR) dan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ialah YB. Dato' Haji Mohd Salleh bin Man ADUN PAS (kini PAN) dan Ahli Lembaga Pengarahnya antara lain Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor Mufti Negeri Pulau Pinang.

Tahun 2016 bukan main Datuk Azman Abdul Samad, Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang ini mempertahankan tindakannya Pemberian Zakat oleh pemimpin bukan Islam. Dalam ramai-ramai pemimpin Islam dia pertahankan Prof P. Ramasamy Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang menyampaikan pemberian Zakat,".

Elemen perkauman ditonjolkan bagi menunjukkan betapa non-muslims suka masuk campur urusan zakat dan tindakan membenarkan perkara itu akhirnya mendorong kepada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna. Beberapa poster turut disebarkan bagi memupuk sentimen tersebut.


Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menepis sebarang dakwaan serong dan menjawab kepada persoalan yang timbul. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...