Sabtu, 13 Mei 2017

Belum Cabut Undi Sudah Ada Pemenang? - Cabutan Bertuah UMNO Yang Kontroversi.

Masih lagi berkisarkan tentang sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71. Tular satu gambar yang kononnya mengenai keputusan pengundian cabutan bertuah. 

Senarai pemenang telah ditentukan sejak seawal 2 hari sebelum berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun UMNO yang ke 71.


Gambar yang tular itu menjadi pertikaian di laman sosial dikalangan penyokong UMNO mahupun pembangkang. Kononnya wujud unsur-unsur penipuan.

Semakan kami mendapati senarai pemenang yang tertera dalam gambar adalah sama dengan keputusan pemenang cabutan bertuah yang dibuat pada malam itu.


Gambar itu pada awalnya ditularkan oleh Zaki Abdul Sani dengan niat menimbulkan keraguan tentang proses pengundian cabutan bertuah. Ia akhirnya mendatangkan kritikan meluas ke atas parti UMNO.

Umumnya, cabutan bertuah biasanya akan dibuat pada hari berlangsungnya majlis. Bagaimanapun selepas posting itu tular, Zaki menukar nadanya. Kali ini dia mengeluarkan respon yang berbeza. Ujarnya dia sengaja mengenakan penyokong pembangkang. 

Menurut Zaki, penyokong pembangkang termasuk pemimpin dan blogger telah diperbodohkan. Tarikh tutup penyertaan adalah 10 Mei. Manakala majlis adalah pada 11 Mei. Ini bermaksud pembangkang telah diperdayakan, kata Zaki dalam status berkenaan. Walaubagaimanapun kami tidak dapat memahami mengapa alasan tersebut diberikan sebagai mengatakan pembangkang telah kantoi memperbodohkan diri.

Bagaimanapun pihak kami mengesyaki, individu berkenaan telah menerima tekanan dari pihak tertentu untuk memperbodohkan diri di laman sosial. 

Ini kerana posting terdahulu menyebut ianya telah diketahui dua hari lebih awal, tambahan pula cabutan bertuah sewajarnya ditarik semasa di atas pentas dan bukannya ditentukan lebih awal bagi merasai kemeriahannya.

Kami harap individu berkenaan tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana mendedahkan perkara rahsia itu kepada umum. Untuk cover - up yang begitu lemah itu, kami akan buat-buat percaya semoga dia akan terselamat dari sebarang tindakan oleh pihak UMNO. 😆😆😆

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...