Jumaat, 12 Mei 2017

UiTM Diwujudkan UMNO, Tak Salah Hadir Ke Stadium, Sebahagian Proses Pembelajaran Kata Bekas VC.

Semalam tular beberapa surat yang mengarahkan mahasiswa - mahasiswa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk hadir ke Stadium Bukit Jalil bagi memeriahkan dan menyambut majlis ulangtahun UMNO yang ke 71.
Dalam surat yang tular itu menyebut; kehadiran adalah diwajibkan, manakala dalam surat yang berbeza pula turut menyebut terlibat dengan aktiviti sukarelawan sehingga kelas perlu dibatalkan atau diberikan cuti. 
 
Surat tersebut dikesan mulai tular di laman sosial seperti WhatsApp dan Twitter dan turut dipersoalkan oleh PKR.  
Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata beliau dimaklumkan oleh ibu bapa penuntut mengenai surat pekeliling kepada pelajar aktiviti ko-kurikulum supaya berkumpul di padang UiTM pagi semalam.

Satu lagi kumpulan pelajar dari pasukan berseragam pula diarahkan berkumpul pada 2.00 petang semalam.
Afif mahu Naib Canselor UiTM Datuk Dr Hassan Said memberi penjelasan, dan berkata sekiranya benar, ia merupakan “usaha tersusun… memanipulasi dan memobilisasi mahasiswa”, katanya kepada Malaysiakini.

Dalam pada itu, Free Malaysia Today melaporkan kenyataan bekas naib canselor UiTM Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar yang dipetik sebagai berkata, jika betul sekalipun, Umno berhak memohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghantar pelajarnya ke Sambutan ulang tahun ke-71 parti itu di Stadium Bukit Jalil.
Ini kerana universiti itu diwujudkan Umno, untuk orang Melayu dan Bumiputera.
UiTM universiti yang diwujudkan oleh Umno. Tak salah Umno memohon UiTM untuk menghantar pelajar. ‘Its a learning process’. Sebahagian daripada pengetahuan yang perlu tahu.
“Asal usul UiTM perlu diketahui pelajar. UiTM universiti untuk orang Melayu dan Bumi (Bumiputera). Umno parti Melayu. Logiklah ia dihadiri pelajar Melayu,” katanya kepada portal itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...