Sabtu, 29 April 2017

PKR Tiada Hak Suruh PAS Keluar Selangor, Kami Menang Atas Mandat Rakyat - Pemuda PAS

Oleh : Harakah

Usul untuk PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diterima oleh seluruh perwakilan Dewan Pemuda PAS Malaysia sebulat suara dengan disambut 3 kali laungan Takbir di Dewan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pagi semalam.

Muktamar kali ini menjadi tumpuan media seluruh negara kerana nasib sebuah kerajaan Negeri akan ditentukan oleh Muktamar PAS kali ini setelah usul-usul yang sama diterima melalui kebanyakan Negeri termasuk juga Negeri Selangor agar kerjasama politik dengan PKR ini ditamatkan.

"Pengkhianatan paling besar PKR bila mereka bekerjasama membantu calon PAN semasa PRK Sungai Besar tahun lepas" ujar Ustaz Hanafi Zulkapli Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor.

Pembahas perwakilan pemuda dari Selangor Ustaz Muhammad Shukri Omar yang juga Ketua Penerangan Pemuda Selangor pagi tadi menjadi tumpuan setelah menyatakan pendirian Pemuda PAS Selangor untuk menolak PKR sebagai rakan tahaluf setelah pengkhianatan yang berterusan dilakukan oleh PKR.

Setelah selesai sahaja perbahasan tersebut Saifudin Nasation PKR dipetik telah mengeluarkan kenyataan "kalau putus sila keluar dari kerajaan" merujuk pada status Pakatan Rakyat yang dibentuk sebelum ini bersama PAS di dalam kerajaan Negeri Selangor.

Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Syarhan Humaizi pula dalam memberi respon kenyataan tersebut menyatakan "mandat PAS dalam kerajaan Selangor yang ada pada hari ni adalah hasil PRU 13, ini mandat rakyat apa hak PKR nak suruh keluar dari kerajaan".
Sebelum itu Muktamar Dewan Ulama semalam juga sebulat suara bersetuju untuk putus hubungan tahaluf dengan PKR, dengan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura. Usul putus dengan PKR dilihat menjadi usul yang paling banyak dikemukakan dalam sejarah muktamar PAS dan ia membuktikan suara akar umbi PAS yang sangat jelik dan muak dengan tindakan-tindakan PKR sebelum ini.  

Menjadi persoalan kini adalah nasib kerajaan Negeri Selangor yang sehingga kini PAS masih berkongsi kuasa dengan PKR malah DAP juga. "Namun andai keputusan Pas Pusat minta supaya Pas Selangor perlu keluar dari kerajaan, secara jelas tidak ada masalah langsung untuk kita keluar dari Kerajaan bahkan kita bukan gila kuasa sehingga sanggup melanggari arahan pimpinan Pas Pusat" tambah Syarhan lagi dalam respon beliau terhadap kenyataan Saifudin.

Sekali lagi masa depan agama dan kestabilan negeri menjadi persoalan dalam pemikiran rakyat,  walaupun begitu Ketua Pemuda PAS Serdang yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Selangor Sdr Rosli Jusoh berpendapat "putus dengan PKR sama seperti mana putus tahaluf dengan DAP sebelum ini, ia septutnya tidak menjejaskan kerajaan negeri jika mereka mengutamakan rakyat" kata beliau. PAS kini memegang 3 exco utama dalam negeri Selangor.

"Dato' Seri Azmin langsung tidak ada kuasa memecat exco-exco PAS yang ada" tambah beliau, "Ini jelas dalam Fasal 53 Perlembagaan Negeri Selangor". Undang-undang tubuh Negeri Selangor  1959 dalam Fasal 53 fasal (7) menyatakan “Tertakluk kepada fasal (6), seseorang ahli majlis mesyuarat kerajaan selain daripada Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia, tetapi mana-mana ahli Majlis itu boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.

Secara jelas tiada peruntukan diberikan kepada Menteri Besar untuk memecat Ahli Mesyuarat Negeri dan tidak ada sebab PAS perlu meletakkan jawatan mereka jika Sultan sendiri tidak berkehendakkan demikian, melainkan pembubaran kerjaan negeri. Pembentukan kerajaan negeri sebelum ini adalah atas nama Pakatan Rakyat, "jika DAP sebelum ini keluar dari PR dan tidak meletakkan jawatannya kenapa pula perlu PAS berbuat demikian" ujar beliau lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...