Selasa, 25 April 2017

Biar PAS Tanding 80 Kerusi, Jangan Kecilkan Saiz PAS, PPBM & AMANAH Jangan Kacau Kata MP PAS.

Menulis di Facebook, Ahli Parlimen PAS, Ustaz Khairuddin mencadangkan agar Parti Amanah Negara dan Parti PPBM tidak kacau kerusi-kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS selama ini.

"PAS bertanding di 80 kerusi melayu berhadapan dengan UMNO. Pakatan Harapan jangan masuk. PAN jangan masuk. PBBM pun jangan masuk. PKR bertanding di kerusi mereka PRU ke 13. DAP pun sama. 2 penjuru akan berlaku. 

TAPI bersediakah PAN untuk tidak bertanding pilihanraya? Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada PAN di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada pru ke 13?", katanya dalam kenyataan itu.

Bagaimanapun kenyataan PAS mahu bertanding 80 kerusi PRU disanggah oleh salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan, iaitu AMANAH. Menurut AMANAH, ia bukan lagi soal kerusi tradisi dan tertakluk ke atas parti tertentu, sebaliknya keadaan politik semasa lebih menjurus ke arah 'calon boleh menang' dan 'parti boleh menang'

Ustaz Khairuddin
Ustaz Khairuddin - Sumber Google
Mengulas lanjut kenyataan itu, Ustaz Khairuddin sekali lagi tampil mempertahankan kelayakan PAS mendapat dan bertanding di 80 kerusi PRU melawan UMNO.

Berikut penjelasannya.

Oleh : Ustaz Khairuddin

PAN Memang Mahu 3 Penjuru 

Saya tertarik dengan respon Parti Amanah Negara apabila saya katakan PAN jangan masuk di kerusi PAS lawan Umno. 

Respon mereka mengesahkan sememangnya PAN adalah penyebab kepada 3 penjuru. Dan sememangnya mereka berhasrat dan berniat untuk berlaku 3 penjuru.

Jika 3 parti PAS, PKR dan DAP kekal pada kerusi masing-masing pada pru ke 13 bertanding lawan BN maka tak akan berlaku 3 penjuru. Tapi yang pasti PAN tentu mahu bertanding di kerusi tradisi PAS lawan UMNO bagi merelevenkan kehadiran mereka dalam politik iaitu PAN nak ganti PAS. PBBM juga mahu. 

Sebab itu dia mahu berunding kerusi dengan PAS. Idea 2 penjuru yang PH jaja selama ini apa maksudnya? Adakah maksudnya PAS jangan kacau kerusi DAP lawan MCA dan GERAKAN? 

Juga PAS jangan kacau kerusi PKR lawan MCA dan UMNO, manakala kerusi tradisi PAS pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan UMNO akan diagih-agihkan kalangan PAS, PAN dan PBBM? Begitukah maksud mereka? Kalau itu maksud mereka ia bererti idea dua penjuru bertujuan mengecilkan size PAS dalam pertandingan pilihanraya. 


Jika BN jatuh maka PAS hanyalah parti politik yang seumpama melukut di tepi gantang parti-parti pembangkang lain. Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak akan ke mana. Sebab itu saya tegaskan PAN dan PBBM jangan bertanding d kerusi PAS lawan UMNO iaitu 80 kerusi tradisi. Ia hanya akan menguntungkan UMNO

PAN dan PBBM minta sahaja sebahagian kerusi DAP dan PKR tandingi iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi parlimen termasuk Sabah dan Sarawak. Itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dengan bn. Ia sangat senang untuk difahami.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...