Selasa, 25 April 2017

Tiada Jawatan Tetapi Adam Turun Padang Tinjau Lokasi Bersama Pengarah Hutan? (Part Akhir)

Bahagian akhir

Guna nama nenek 

Dalam dua kenyataan Adam kepada SPRM mengenai sumber kewangan beliau bagi membeli banglo bernilai 1.2 juta, Adam telah menggunakan nama neneknya.

Pada 10 Februari, Adam mengatakan neneknya telah memberinya pinjam sebanyak 100 ribu namun pada 22 Februari Adam mengatakan neneknya beri pinjam 80,000 dengan tempoh pembayaran balik selama 3 tahun. Butiran perjanjian turut diserahkan kepada SPRM bagi menyokong kenyataannya itu namun ianya disahkan palsu oleh SPRM.

Netizens turut menyuarakan pandangan tersendiri dalam hal itu. Menurut mereka, Adam tergamak menjual nama nenek yang telah tiada. Neneknya yang tinggal di rumah PPR membelanya sejak kecil dan menjaganya dengan baik dipergunakan Adam bagi melepaskan tengkuknya yang tersepit. Inikah cucu yang dibanggakan nenek, kritik netizens lagi. 

Tiada jawatan tetapi turun padang?

Menurut informasi yang dikongsikan oleh Muhammad Harris Nasril, beliau mempersoalkan kenapa Adam Rosly yang kononnya tiada jawatan rasmi dalam kerajaan negeri terlibat dengan urusan kerajaan negeri? Baca penulisan beliau dibawah ini.

Oleh : Muhammad Harris Nasril

Apabila Adam Rosly, ketua AMK PKR Ampang ditahan reman pertama kali pada 14 April 2017 oleh SPRM berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki beliau, Zuraida, ahli parlimen PKR Ampang, merangkap ketua Cabang PKR Ampang antara pimpinan PKR yang mempertahankan anak buahnya itu. 

SPRM turut menyita rumah agam ala Disneyland Adam, lima kenderaan mewah milik Adam, dan pada masa sama turut membekukan sebanyak lapan akaun bank bernilai RM212,461 milik beliau dan isterinya. 

"Saya tidak pasti kenapa SPRM terus menahan beliau. Jika beliau ditahan kerana kekayaan luar biasanya, adakah itu (menjadi kaya) bermakna ia satu kesalahan?" "Ini bermaksud SPRM ada asas untuk menahan politikus yang memiliki kekayaan luar biasa", ujar Zuraida. 

Sebaik sahaja tempoh tahanan reman 5 hari Adam tamat, SPRM melanjutkan lagi penahanannya selama 4 hari pada 18 April 2017 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). 


Ketika ini Zuraida mula menjarakkan dirinya dan menteri besar Selangor, Azmin Ali daripada dikaitkan dengan Adam. 

Dia bukan pegawai khas saya dan juga tidak pernah dilantik menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” demikian penafian Ahli Parlimen Ampang itu. 

Cakap-cakap kedai kopi dan facebook banyak berkisar kepada perniagaan judi dan urut haram yang bersepah di sekitar Ampang untuk mengaitkannya dengan isu ini. Walaubagaimanapun, perniagaan itu cuma ibarat 'celah gigi', yang biasa didakwa disuapkan kepada pegawai PBT yang korup. 

Apa yang menjadi persoalan, di Instagram Adam Rosly, beliau ada memuat naik satu gambar yang amat menarik untuk diselidiki pada 6 Jun 2015. "Hari ini.. bersama Dato' Pengarah Hutan Negeri Selangor & Dato Pejabat Daerah Meninjau Kawasan Hutan Negeri" merupakan caption yang diletakkan Adam beserta gambar tersebut. 


Apakah jawatan Adam di dalam kerajaan negeri sehinggakan beliau turun padang dengan dua orang pegawai kerajaan negeri yang berjawatan sebegitu tinggi? Bukankah Adam cuma ketua AMK dan pengerusi JMB pangsapuri? 

Bukankah dua jawatan tinggi, DAto Pengarah Hutan dan Dato Pejabat Daerah berada di bawah exco yang menjaga PEMBANGUNAN TANAH & PENGURUSAN SUMBER ALAM yang dipegang oleh dato menteri besar, Azmin Ali? 

Sekarang nampak kenapa Zuraida menjarakkan beliau dan Azmin dengan Adam Rosly? Di sini lah mungkin wang besarnya bro! Mahu putar lagi tak?

Azmin ditroll netizens

Dalam respon Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, ketika ditanyakan media, beliau berkata begini;

"Siasatan sedang dijalankan. Itu proses biasa. Jangan kita menghukum seseorang semata-mata siasatan sedang berjalan", katanya ketika diminta mengulas penahanan Adam Rosly.

Kenyataan itu yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 17 April lalu turut mengundang respon netizens. 

Troll Oleh Penyokong UMNO
Ada yang bertanyakan jika Pakatan Harapan akan mengambil pendekatan yang serupa apabila membabitkan pemimpin parti lawan. Malahan ada yang turut mengungkit isu Kajang-Move, insiden yang menghukum Khalid Ibrahim yang seterusnya membuatkan beliau tersingkir sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun selepas Adam didakwa, Azmin sekali lagi ditanyakan oleh media mengenai Adam. Malaysia Gazette ada melaporkan; 

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nyata enggan membuka mulut berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah. 

Azmin dalam satu acara bersifat menjarakkan diri daripada mengulas berhubung tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan oleh SPRM. 

Biarlah proses perundangan berjalan,” ujarnya ringkas, kata laporan itu.

Rafizi desak Adam bercuti, tetapi netizens mahu letak jawatan

Rafizi pada semalam telah mengeluarkan kenyataan media bahawanya Adam disarankan untuk bercuti sehingga selesai proses perbicaraannya di mahkamah.

Bagaimanapun cadangan itu tidak mendiamkan mulut pengkritik dikalangan penyokong Pakatan Harapan. Mereka mendesak agar Adam dipecat dari parti atau diminta untuk meletak jawatan kerana didakwa oleh SPRM. 

Meskipun belum didapati bersalah, rata-rata netizens beranggapan Adam Rosly sememangnya bersalah secara persepsi dan terlibat dalam amalan salahlaku sehingga mampu membeli banglo di usia muda.

Ada juga yang bimbang jika Rafizi akan dicantas oleh Azmin andai beliau berterusan mengkritik Adam. 

Boikot Ampang

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata penyokong Pakatan Harapan akan memboikot dari mengundi Zuraidah jika beliau sekali lagi bertanding di kawasan yang sama.

Apa yang terpalit ke atas Adam, turut mencemarkan reputasi Zuraidah. Ada yang menganggap bahawanya Adam hanyalah anak ikan kerana jerung sebenar adalah pemimpin yang lebih berkuasa di dalam PKR.   

Berani cakap, kena buat - apabila pemimpin Pakatan Harapan berapi menyuarakan pendapat bahawanya mereka melawan rasuah; makanya rakyat beranggapan mereka anti rasuah dan anti amalan salah-laku. Jika gagal perangi amalan yang serupa di dalam organisasi sendiri, kantoi pula sehingga diperlihatkan mempertahankan individu tertentu apabila dikaitkan dengan tuduhan yang serupa, ia hanyalah mencalarkan reputasi parti dan kehilangan rasa percaya para penyokong. Tokoh lebih penting atau perjuangan parti lebih utama? Terserah pada ahli dan para pemimpin untuk menentukan halatuju mereka. Rosak ahli, maka rosak partinya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...