Selasa, 25 April 2017

Kronologi Kes & Ada Apa Dengan 300K, Wang Ikat Jamin Adam Rosly. (Part 1)

Bahagian pertama.

6 Pertuduhan

Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly pada 21 April lalu telah didakwa oleh SPRM kerana memberi keterangan dan dokumen palsu dengan niat memperdayakan pegawai SPRM. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM di blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Atas kesalahan tersebut, beliau telah didakwa dalam 6 pertuduhan iaitu;

i. Seksyen 32 (8) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 = bagi dua pertuduhan.



ii. Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 = bagi 4 pertuduhan.



(rujukan)

Adam melakukan kesalahan tersebut pada 10 Februari dan 22 Februari 2017 di pejabat SPRM ketika dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung bukti pendapatan. 

Babak awal

Ketua Gerakan Merah, Datuk Jamal Yunus pada tahun lepas mendedahkan kekayaan luar-biasa yang dimiliki oleh Ketua Pemuda PKR itu. Beliau turut membawa rakan-rakan media bagi meninjau rumah banglo ala disney-land Adam dengan menggunakan helikopter.


Susulan dari tindakan itu, netizens mulai selongar akaun media sosial Adam di Facebook dan Instagram dan berjaya menemukan beberapa gambar-gambar tentang rumah-rumah lain dan koleksi beberapa kereta-kereta mewah yang dipercayai milik Adam, namun Adam menafikan ia dimiliki oleh beliau meskipun caption pada gambar-gambar itu jelas membayangkan Adam mengesahkan ia dimiliki oleh beliau (pada ketika ia dikongsikan di laman sosial).

Tidak tahan 'diselongkar' oleh netizens, Adam bertindak 'memprivatekan' akaun media sosialnya dari diperlihatkan kepada umum.

Kenyataan berbeza

Adam telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza apabila ditanya tentang sumber pendapatannya. Baik kepada media mahupun kepada SPRM.

Ketika ditanyakan apakah jenis perniagaan yang dijalankan oleh Adam, beliau enggan memberikan maklumat lanjut sebaliknya diwar-warkan oleh para penyokong bahawanya beliau memiliki perniagaan perabot. Adam dikatakan terlibat dalam perniagaan import-eksport dan ada pengalaman menjual nasi lemak semasa kanak-kanak. Adam juga dikatakan mempunyai bapa yang kaya dan berpengaruh.


Akhirnya didakwa kerana gagal buktikan sumber 1.2juta beli banglo

Adam ditanyakan tentang sumber wang sebanyak rm1.2juta bagi membeli banglo secara tunai.

Pada 10 Februari, Adam menjawab sebegini; 

1. RM 400k - pinjam dari Ahlong bernama Tan Hang Yuan atau lebih dikenali sebagai Leo 

2. RM 100k - pinjam dari Ahlong bernama Ben 

3. RM 100k - dari ibu mertua 

4. RM 100k - dari nenek ( yang meninggal dunia pada 28 Jan 2017) 

5. RM 250k - Jualan kereta dan kutipan sewa pengurusan flat sebagai Pengerusi 6. RM 250k - Keuntungan perniagaan secara langsung mahupun tidak langsung 

Kemudiannya pada 22 Februari, Adam sekali lagi berhadapan dengan pegawai SPRM dan menukarkan beberapa kenyataan awal beliau. Adam mengatakan beliau mahu membuat pembetulan. 

Beliau menjawab begini pada 22 Februari; 

1. RM555,165 daripada Ah long Leo untuk tempoh dua tahun, bersekali dokumen menyokong pengakuannya, 16 kali pembayaran, 13 transaksi, 3 kali pembayaran tunai. Adam Rosly sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115. Semuanya dokumen yang dipercayai palsu yang mendorong kepada pendakwaan.

2. Baucar tunai Adam atas nama syarikat Gegas Mentari Holding Sdn Bhd. 

3. RM80,000 = pinjam dari nenek selama 3 tahun berserta dengan dokumentasi menunjukkan butiran pinjaman yang diberikan Adam kepada SPRM (untuk rekod, nenek Adam meninggal dunia pada 28 Jan 2017), namun itu juga dipercayai palsu yang mendorong kepada pendakwaan. 

4. RM500,000 = hasil jualan kereta. 

Dalam kertas pertuduhan SPRM ke atas Adam, SPRM mendakwa kesemua dokumentasi yang dikemukakan oleh Adam bagi menyokong bukti pendapatannya adalah palsu. Apabila ditanyakan kenapa beliau membuat pinjaman Ahlong, Adam mengatakan beliau gagal mendapat pinjaman bank. Adam juga menukarkan keterangan kononnya pernah meminjam dari ibu mertua.

Adam turut mengatakan beliau meraih 60,000 sebulan sebagai Pengarah Syarikat Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dan tambahan sebanyak 3,000 sebulan sebagai Pengerusi Flat di Taman Industri Lembah Jaya kerana menguruskan sewaan. Mana dapat 300k wang ikat jamin? Adam diikat jamin pada 21 April lepas selepas pertuduhan dibacakan ke atas beliau. 

Wang 300,000 itu berjaya dikumpul pada saat akhir

Ianya hasil dari ahli keluarga dan para penyokong Adam, lapor portal Free Malaysia Today. Malahan ada yang dilihat mengeluarkan wang dari mesin ATM bagi mencukupkan wang jaminan ke atas Adam. Bagaimanapun cakap-cakap netizens, ramai yang tidak mempercayai ianya dikumpul saat akhir ataupun hasil dari sumbangan orang ramai (penyokong Adam). 

Adam dilihat tidak mempunyai banyak sokongan politik selain kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Zuraidah dan Azmin Ali. Jadi agak pelik untuk beliau menerima sumbangan dari orang ramai sehingga mampu mencukupkan jaminan 300,000 banyaknya. Kami menerima maklumat sumber wang jaminan Adam Rosly namun kami tidak menyiarkan disini kerana tiada bukti bagi mengesahkan dakwaan tersebut. 

Malahan ada yang mempersoalkan Adam sanggup meminjam Ahlong untuk membeli banglo mewah di kawasan orang miskin sedangkan dengan pendapatan sebanyak 60,000 sebulan, Adam boleh membeli tanah dan membuat rumah sendiri yang tak sampai pun kosnya 1 juta. 

Ini kerana syarikat di mana tempat Adam menjadi pengarahnya, dikatakan turut terlibat dalam kerja-kerja membina bangunan selain dari aktiviti perlombongan dan memborong pelbagai barangan am.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...