Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Januari 2017

Ya, Kami Tidak Boleh Ambil Tindakan Dalam Skandal Rasuah JANS Kata SPRM.

Episode satu disini.

Sebelum ini tersebarnya satu surat rasmi dari SPRM berhubung hasil siasatan tentang skandal rasuah di JANS. Surat dari SPRM itu merupakan jawapan ke atas surat yang diberikan oleh Pemuda Amanah Sabah yang menuntut penjelasan lanjut berhubung siasatan SPRM ke atas pegawai-pegawai tertinggi di JANS. 

Dalam surat itu menjelaskan bahawanya SPRM tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut disebabkan ;

1. Tiada unsur rasuah 
2. Tiada maklumat lanjut (bukti baru)

Sungguh pun ada yang mempertikaikan kesahihan penyebaran surat berkenaan namun jawapan dari Facebook SPRM mengesahkan ketulenan surat tersebut.


Sumber : Milosuam.   

Berikut pula adalah sidang media dari Pemuda Pakatan Harapan berhubung skandal berkenaan.


MASYARAKAT SABAH KECEWA RESPON SPRM ISU SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH 

15 Januari 2017 

1. Pada 23 Disember 2016 lalu, Pemuda Pakatan Harapan negeri Sabah telah mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sabah bertujuan menyerahkan surat permohonan jawapan bertulis daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan siasatan kes skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah. 

2. Pegawai SPRM telah menerima surat tersebut. Menurutnya, kes rasuah itu dikendalikan oleh ibupejabat SPRM di Putrajaya ekoran status kes siasatannya yang berprofil tinggi. Walau bagaimanapun, permohonan kami akan disampaikan kepada ibupejabat SPRM. 

3. Pada 27 Disember 2016, kami telah menerima SMS daripada SPRM yang menyatakan aduan kami telah diterima dan akan diberikan jawapan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja. 

4. Namun, pada 12 Januari 2016, kami telah menerima sepucuk surat daripada SPRM mengenai jawapan isu Skandal Rasuah Air Negeri Sabah (RUJ: SPRM/CPM 20/38/01.30 Jld.46(58)) bertarikh 29 Disember 2016. Untuk rekod, 29 Disember juga adalah tarikh perbicaraan tiga(3) orang yang terlibat skandal rasuah ini di Mahkamah Kota Kinabalu. 

5. Dalam surat tersebut, SPRM menegaskan bahawa kes berkenaan tidak diambil tindakan lanjut atas alasan ianya tidak berunsur rasuah dan diluar bidang kuasa SPRM serta menegaskan tiada tindakan lanjut akan diambil. 

6. Sejujurnya kami kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak SPRM dalam isu ini. Namun, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setelah diikuti perbicaraan mahkamah pada tarikh yang sama dengan surat tadi, ketiga-tiga koruptor itu langsung tidak disabitkan dengan rasuah dan korupsi, sebaliknya kesalahan penggubah wang haram. 

7. Kami juga yakin, masyarakat Sabah seluruhnya berasa kecewa apabila jawapan SPRM ini seolah-olah menggambarkan tidak berlaku sebarang skandal rasuah. 

8. Justeru itu, kami mengambil pendirian mendesak SPRM mendedahkan kertas siasatan kepada umum untuk penilaian orang ramai. SPRM juga boleh menyediakan ruangan khusus di portal SPRM bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan akses maklumat kertas siasatan tersebut. 

9. Selain itu, selepas ini kami akan membawa perkara ini kepada Yang di Pertuan Agong bagi menggesa penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan di Raja khusus bagi menyiasat isu skandal air negeri Sabah. 

10. Pada hemat kami, isu skandal air negeri Sabah bukanlah isu picisan kerana masalah air ini telah menyebabakan ribuan rakyat Sabah hidup dalam kesengsaraan. Justeru, tiada pihak yang boleh dibiarkan terlepas daripada siasatan ini samada Orang Besar seperti yang didakwa SPRM mahupun marhaen seluruhnya. 

Khairuddin Daud 
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara-Negeri Sabah (AMANAH Sabah) 

Mohammad Razeef Rakimin 
Setiausaha Pengelola Angkatan Muda KeADILan Sabah

Henry Shim 
DAPSY negeri Sabah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...