Ahad, 15 Januari 2017

Porsche Panamera Pun Tak Keluar Lagi Masa Zaman Mahathir, Nak Seleweng Dana Apanya - Annuar Kepada TMJ.

Sekian lama mendiamkan diri akhirnya Tan Sri Annuar Musa tampil menjawab dakwaan TMJ tentang isu Porsche Panamera. 
Memetik laporan dari portal Mstar, Tan Sri Annuar Musa menafikan tuduhan TMJ dengan alasan ketika itu Porsche Panamera belum lagi memasuki pasaran Malaysia.
Tapi aku berpendapat begini, tak semestinya wang yang dicuri harus dibelanjakan pada saat itu juga. Apapun sehingga TMJ bagi bukti lanjut yang menyokong dakwaan tersebut, maka Annuar Musa adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Laporan Mstar ;
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyangkal dakwaan bahawa beliau menggunakan dana kerajaan semasa zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membeli sebuah kereta Porsche Panamera.

Beliau berkata, model kereta tersebut tiada lagi di pasaran pada waktu itu dan hanya dilancarkan selepas 10 tahun Dr Mahathir bersara daripada jawatannya.
"Ada orang tuduh saya Tun M bagi duit, saya beli kereta Porsche Panamera, sedap sahaja buat tuduhan, tapi waktu itu Porsche Panamera tak keluar pun lagi
"Porsche Panamera lepas 10 tahun (Tun) Mahathir berhenti jadi perdana menteri, barulah keluar model itu. Macam mana ambil duit (Tun) Mahathir beli Porsche Panamera," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan tiga pemain import Kelantan di sini pada Ahad.
Annuar berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak tertentu bahawa beliau menyalahgunakan wang kerajaan bertujuan memenangkan kembali Kelantan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) semasa zaman pentadbiran Dr Mahathir untuk membeli sebuah kereta Porsche Panamera.
Jelas Annuar, beliau enggan peduli dengan tuduhan tersebut kerana merasakan dirinya tidak melakukan seperti didakwa.
"Tak apalah kita tahu kita tak buat benda orang kata. Barangkali ada baiknya juga kerana adanya tuduhan itu, kita ada peluang untuk beri penjelasan dan orang dapat kebenaran dan ilmu mengenainya.
"Cuma kita meranalah sedikit kena tuduhan mula-mula tu, tapi tak apa, kita sebagai pemimpin tak boleh larilah (daripada tuduhan)," katanya.
Pada masa sama, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata beliau juga tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melemparkan dakwaan berbaur fitnah terhadap dirinya.
"Kalau ikut dah banyak orang dah saya boleh dakwa buat fitnah. Jika anda tuduh saya ambil wang rakyat dan guna untuk perkara peribadi ia adalah fitnah.
"Lebih-lebih lagi orang macam saya wakil rakyat, Ahli Parlimen, macam mana saya boleh pergi curi wang, macam mana saya nak salahgunakan dana. Saya tak layak pakai gelaran berhormat, tak layak pakai gelaran wakil rakyat, tak layak pakai gelaran parti.
"Saya tak mengapa... saya berpegang kepada prinsip saya lakukan apa yang baik, apa yang benar dan kita tak semestinya bertindak balas kepada tuduhan itu," katanya.
Annuar berkata beliau boleh mengambil tindakan undang-undang tetapi percaya imej bola sepak tidak sepatutnya dicemari dengan kaedah sedemikian.
"Nak tentukan ia fitnah atau tidak kena fail di mahkamah. Adakah itu bola sepak? Tidak, maka saya fikir biarlah saya berkorban kena layak tapi tak apa. - Mstar

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...