Isnin, 16 Januari 2017

Larangan Kapchai & Rakyat Mesti Fikir Cara Tambah Pendapatan, Jangan Harapkan Kerajaan - Cadangan KuNan & Najib Menghina Rakyat.

Bab i : Fikir cara tambah pendapatan, jangan malas rakyat Malaysia - Najib.

Sebelum ini Najib menyeru rakyat Malaysia agar fikirkan cara untuk menambahkan pendapatan berbanding bergantung kepada kerajaan semata-mata dengan cara mengawal pasaran.

Fikir Cara Tambah Pendapatan
Fikir Cara Tambah Pendapatan

Kenyataan Najib yang dipetik dari BERNAMA.

1. "Walaupun kerajaan telah memberikan subsidi dan melaksanakan penurunan harga barang keperluan asas, namun apa yang lebih penting adalah meningkatkan pendapatan kerana taraf hidup yang lebih baik terjamin buat jangka masa panjang".

Subsidi Hapus

Kerajaan telah memberikan subsidi = ialah satu statement yang membohongi diri dan rakyat Malaysia. Sejak Najib mentadbir negara, pelbagai jenis subsidi bukan sahaja tidak bertambah malahan dikurangkan pula. Ini adalah fakta! Mungkin maksud Najib pemberian subsidi kepada 2 ekor panda yang tak berguna di Zoo Negara tu kot. 

Sorry panda aku bukan anti korang tapi aku meluat pada kerajaan. Hapuskan subsidi = sebab takde duit, tapi bela panda, boleh? Panda lagi penting dari orang eh?

Penurunan harga keperluan barangan asas = juga adalah suatu pembohongan yang terang-terangan. Hakikatnya barang keperluan asas semakin mahal. Bahkan sejak GST dilaksanakan harganya semakin naik. Awal tahun baru kita menyaksikan kenaikan barangan seperti petrol, tambang bas sekolah, barangan keperluan sekolah di samping penghapusan akta pencatutan yang akan mendorong peniaga menaikkan harga barangan jualan mereka.

Barang Naik

2. "Bak kata peribahasa Melayu, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih, tak akan datang melayang. Maksudnya, jika kita inginkan sesuatu, kita kenalah berusaha kerana rezeki tidak datang bergolek".


Point Najib - Jika kita inginkan sesuatu kita kenalah berusaha kerana rezeki tidak datang bergolek = rakyat perlu berusaha mencari kaedah terbaik tambah pendapatan bukan lagi berharap kepada kerajaan untuk mengawal pasaran semata-mata.

Ya, tambah pendapatan - suatu cadangan yang bagus jika ia semudah yang dilafazkan. Hakikatnya untuk tambah pendapatan sekalipun, kena berbalik kepada situasi satu-satu individu/keluarga.

Jika dia boleh tambah pendapatan maka dia tambah pendapatan tetapi tak semuanya mampu tambah pendapatan hanya kerana mereka mahu menambah pendapatan.

Gaya percakapan Najib seolah-olah membayangkan rakyat malas berusaha dan hanya tahu komplen sahaja tentang kenaikan kos sara hidup disamping mengharap pada subsidi dan ehsan kerajaan.

Sebenarnya, Najib dan menteri-menteri Malaysia la yang mengharap pada ehsan rakyat jelata kerana segala jenis kemudahan, elaun dan wang gaji anda semua datangnya dari titik peluh rakyat marhaen dan warga asing yang bekerja tak henti-henti di negara ini. Ringkasnya Najib dan menteri-menteri Malaysia ialah penerima 'subsidi' terbesar di negara ini.


Kos Jet Mewah Kerajaan

Semua lawatan rasmi pemimpin negara ditanggung rakyat jelata. Semua keperluan berkaitan lawatan rasmi pun rakyat bayar. Semua kemudahan yang diperlukan menteri dibayar rakyat. Walaupun sudah ada gaji pokok, apabila datang ke parlimen dibayar elaun lagi. Bercuti ke luar negara pun rakyat yang bayar atas alasan ianya adalah hak seorang Perdana Menteri. Ya, PM ada hak yang termaktub dalam perlembagaan sampai sorokkan data penerbangan, eh? Anda ada hak = dalam masa yang sama anda berasa takut dengan hak tersebut?


Najib Bercuti Guna Wang Rakyat
Sebelum itu bukan kemain gah suruh sektor awam berjimat.


11 Langkah Penjimatan

Tapi Najib bercuti bawa keluarga - hal peribadi; tak berjimat pula? Kepimpinan melalui tauladan? Takde duit sampai terpaksa potong peruntukan untuk kesihatan dan pendidikan dan masih tak malu gunakan wang rakyat untuk bercuti atas nama hak? Najib, seriyus? Dan dengan bangga-bangga suruh rakyat tambah pendapatan, eh? Prestasi kerja Najib dari dulu lagi masih di tahap yang sama (atau semakin merudum) walaupun demikian Najib tetap ditambah gajinya apabila usul gaji wakil rakyat dinaikkan lulus pada tahun 2015.

Rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup kerana faktor cara Najib memerintah. Dulu suruh bayar GST sebab nak bantu rakyat. Selepas bayar GST, sampai ada menteri cadang ibu bapa keluar wang untuk selenggara sekolah. Seriyus? Dan duit GST goes to... ?

Ringkasnya rakyat perlu tambah pendapatan sebab cara Najib memerintah negara. Jika pemimpin itu bagus, rakyat pasti boleh hidup walau dengan satu kerja. Kesusahan rakyat pada masa kini adalah cerminan kepada corak pemerintahan Najib, masih tak faham? Belajar tinggi sampai ke luar negara, kan?

---------------------

Bab ii : Selepas pengemis, kita haramkan kapchai kerana pencemaran dan mereka suka meragut - KuNan

Kenapa tak haramkan menteri? Kerana menteri suka memperbodohkan rakyat dengan polisi bangang, kan?

Alasan KuNan ;

1. Motosikal berkapasiti enjin kecil atau 'kapcai' mungkin dilarang memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Tetapi Aziz Kaprawi berkata, kenderaan seperti bas dan lori lebih banyak menghasilkan karbon berbanding kapchai. Jadi, mungkin KuNan patut haramkan bas dan lori masuk ke dalam bandar pula. Eh tak boleh. Lori = kapitalis = geng kerajaan. Bas = GLC = kerajaan punya. Kita tak patut serang kepentingan kerajaan. Kapchai - rakyat biasa - jadi kita boleh korbankan kumpulan ini, betul?

2. "Namun kajian mendapati kebanyakan orang masih memerlukannya kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah."Apabila tambang pengangkutan awam sedia ada lebih murah, kita akan kaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal 'kapcai' memasuki pusat bandar," -  KuNan
KuNan sahkan kebanyakkan rakyat di Malaysia = dari golongan berpendapatan rendah. Laa.. kalau ikut modal team cyber UMNO, mereka kata rakyat Malaysia kaya-kaya belaka sebab tudung harga rm800 habis dijual dalam masa lima minit aje tau!
KuNan juga sahkan kos tambang pengangkutan awam di Malaysia tidaklah lebih murah berbanding menggunakan motor untuk ke tempat kerja, so point aku ialah jika selepas ini kerajaan berkempen tentang pendapatan rakyat Malaysia & tambang pengangkutan awam antara yang termurah di Asia, kita boleh tunjukkan statement KuNan. Termurah antara di Asia ke Asia Tenggara ke tak penting bilamana kebanyakkan rakyat di Malaysia ialah dari golongan berpendapatan rendah dan tidak mampu menaiki tambang pengangkutan awam yang dikatakan murah itu.

Satu lagi alasan KuNan ialah;

3. Kapchai sering digunakan oleh peragut bandar - KuNan
Aha. Nak bendung kegiatan meragut - haramkan kapchai di bandar. Nak banteras penyelewengan - hapuskan subsidi. Nak bersihkan bandar dari sampah - halau pengemis. Cadangan sapa yang bengap sangat neh, eh?
Peragut selalu dikaitkan dengan kes dadah, betul?
Jadi, untuk selesaikan masalah ini berbalik kepada punca masalah. Punca masalah; dadah - ketagihan - langkah pengawalan, bendung dan cegah, kan?
Apa kata KuNan cari satu solusi terbaik untuk hapuskan masalah dadah yang semakin membarah di kalangan masyarakat terutamanya anak muda melayu, boleh?
Jangan salahkan kapchai dalam isu meragut. Yang meragut adalah individu bukannya motor. Kalau dah haramkan kapchai macamla peragut tak boleh fikir cara lain nak meragut. Bodoh punya idea. Dan rakyat membayar menteri bodoh ini tiap-tiap bulan. Dan beginila wang titik peluh kita dibazirkan. Jahanam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...