Selasa, 17 Januari 2017

Inilah Gambar-Gambar Rumah Presiden Filipina Rodrigo Duterte - Najib Patut Belajar Cara Hidup Serdahana.

Rasanya semua orang kenal kot Presiden Filipina yang terbaru iaitu Rodrigo Duterte. Duterte mula dikenali rakyat di negara ini berikutan keputusan berani matinya menghapuskan penyalahgunaan dadah yang melibatkan rakyat Filipina.

Bagi menghapuskan masalah dadah di negara itu ;

1. Duterte telah memberikan amaran kepada semua penagih dadah, ditembak mati di jalanan atau bersedia ke penjara untuk proses perundangan.

2. Semua pengedar dadah diburu habis-habisan tanpa kompromi.

3. Rakyat yang mengetahui jika ada mana-mana individu yang terbabit dengan dadah, boleh mengambil tindakan sendiri.

Tindakan Duterte itu turut mendapat kecaman antarabangsa dalam dan luar negara terutamanya oleh NGO pro kemanusiaan namun majoriti rakyat Filipina dibelakang presiden itu. Hasil tinjauan yang dijalankan lebih dari 90% rakyat Filipina bersetuju dengan cara presiden menanggani masalah dadah di negara tersebut.

Baru-baru ini Presiden Filipina juga telah melawat ke Malaysia. Duterte dan Najib sempat menyanyi bersama-sama dalam satu pertemuan santai yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua negara itu.

Namun respon yang diterima dari rakyat oleh kedua-dua pemimpin itu berbeza. Duterte telah dipuji melambung oleh rakyat di negaranya manakala Najib menerima kritikan dan penghinaan di laman sosial.

Baca : Najib Dihina, Duterte Dipuji - Inilah Respon Rakyat Dua Negara.

Baru-baru ini Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah melakukan lawatan ke Filipina. Dan Perdana Menteri Jepun telah melawat ke rumah yang didiami oleh Presiden Filipina bagi satu sesi santai, bersarapan bersama-sama.

Dan inila rumah yang diduduki oleh Presiden Filipina itu.






Rumah dua tingkat dengan hiasan dalaman yang biasa-biasa sahaja. Perabot pun tidakla semewah mana. Inila antara yang menjadi faktor kenapa Duterte disokong oleh rakyat di negaranya. Gaya hidup serdahana yang ditunjukkan oleh presiden tersebut disenangi oleh rakyat jelata.

Sudah tentu kita tertanya-tanya. Tidakkah Duterte merasa takut tinggal di kediaman yang biasa-biasa berbanding jawatan besar yang dipegangnya?

Kesimpulan yang boleh kami fikirkan ialah, jika anda pemimpin yang baik tinggal di kampung tanpa ada pengawal peribadi pun anda tetap merasa selamat kerana disayangi rakyat maka rakyat akan melindungi anda, tidak akan biarkan musuh membunuh anda. 

Namun jika anda seorang pemimpin yang jahat, tinggal di banglo atau kediaman rasmi sebesar Putrajaya sekalipun dikelilingi oleh ratusan pengawal keselamatan sehingga takut nak menggunakan penerbangan biasa untuk pergi bercuti atas alasan ancaman keselamatan, pemimpin itu tetap tidak akan merasa selamat kerana dibenci rakyat jelata.

Satu pengajaran yang Najib patut belajar untuk disayangi rakyat ialah belajar hidup berserdahana dengan pembuktian tindakan bukan sekadar kata-kata yang kita semua tahu setakat omongan palsu. Sekian.

Kredit gambar : Christopter Go / Pembantu Duterte.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...