Itulah netizens apabila berbicara isu Rosmah Mansur. Seorang pengacara di Saluran RTM, Zamzarina Zambri yang juga isteri kepada pegawai khas Rosmah Mansur iaitu Rizal Mansor, telah memuatkan beberapa gambar-gambar Rosmah yang begitu aktif bersukan meskipun usianya telah mencecah 65 tahun.
"Umur dah 65 tapi stamina sukan power!" - Zamzarina Zambri.
Yeay, jom la main badminton.
Meskipun perkongsian tersebut bersifat apolitical namun netizens tidak melepaskan peluang untuk menghamburkan kata-kata kemarahan dan kritikan ke atas perkongsian gambar-gambar berkenaan.
Tidak hanya ada komen-komen yang negatif, masih ada komen-komen yang memuji juga. Komen-komen yang memuji ialah antara komen-komen yang terawal berada di post berkenaan.
Dan yang paling menarik di kalangan yang mengkritik Rosmah Mansur di post berkenaan adalah seseorang yang benar-benar rajin apabila sanggup klik satu demi satu profile fb yang memuji Rosmah Mansur!
Hasilnya, dia menemui ini ;
![]() |
Klik Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas |
Terdapat beberapa fb fake yang memuji Rosmah di ruangan komen tersebut rupa-rupanya. Dan apabila pihak kami memeriksa beberapa profile fb di status berkenaan, selain dari id-id di atas, kami mendapati terdapat 3,4 id lain yang juga boleh diragui status 'ketulenannya'.
Apa sudah jadi? Sebenarnya tak perlu susah-susah nak create id palsu la! Banyak juga penyokong-penyokong BN dan Rosmah di media sosial neh sebetulnya. Pakat-pakat dalam 10-15 kawan-kawan FB untuk sama-sama puji status kawan-kawan pun boleh je. Sekurang-kurangnya tak la terkantoi dengan id palsu kan? Tak pasal-pasal je Rosmah terbabit sama.
Kah Kah Kah!