Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Januari 2017

Skandal Air Negeri Sabah : Tiada Unsur Rasuah, Maka Tiada Tindakan Susulan Kata SPRM - Pemuda Amanah Sabah.

Ini apa yang aku dapat menerusi page rasmi Pemuda Amanah Sabah ;

Semalam, kita telah menerima sepucuk surat daripada SPRM mengenai jawapan isu Skandal Rasuah Air Negeri Sabah (RUJ: SPRM/CPM 20/38/01.30 Jld.46(58)) bertarikh 29 Disember 2016. 


Untuk makluman, 29 Disember juga adalah tarikh perbicaraan 3 orang yang terlibat skandal rasuah ini di Mahkamah Kota Kinabalu. 



Dalam surat tersebut, SPRM menegaskan: 

(C) TIDAK DIAMBIL TINDAKAN LANJUT KERANA : 

(iv) TIDAK BERSUNSUR RASUAH DAN DILUAR BIDANG KUASA SPRM 

(v) TIADA TINDAKAN LANJUT 

Sejujurnya kami kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak SPRM dalam isu ini. 

Namun, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setelah diikuti perbicaraan mahkamah pada tarikh yang sama dengan surat tadi, ketiga-tiga koruptor itu langsung tidak disabitkan dengan rasuah dan korupsi, sebaliknya kesalahan penggubah wang haram. 

Kami juga yakin, masyarakat Sabah seluruhnya berasa kecewa apabila jawapan SPRM ini seolah-olah menggambarkan tidak berlaku sebarang skandal rasuah, wang yang dijumpai di pejabat Pengarah Jabatan Air Sabah adalah Wayang dan kesengsaraan rakyat di Kg. Pirasan, Kota Belud sehingga mereka berdemonstrasi kerana tiada air adalah lakonan semata-mata. 

Justeru itu, kami akan mengadakan satu sidang media pada hari Ahad ini, jam 9 pagi di BORAC Alamesra bagi mengumumkan pendirian dan tindakan selanjutnya daripada kita. Semua media dijemput hadir. Mohon sebaran. 

Salam Jumaat, doakan kita menang 
Khairuddin Daud 
Ketua Pemuda Amanah Sabah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...