Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 April 2016

Ramasamy, DAP dan LTTE Pertubuhan Keganasan - Apa Ceritanya?

Sejak semalam beberapa page pro politik terutamanya pro Zakir Naik giat mengcopypaste satu cerita di laman sosial..

Ini ceritanya ;


Just nak bagitahu, Prof Ramasamy tu dulu pada 2003 pernah jadi ahli jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). (rujukan : https://www.tamilnet.com/pic.html?path=%2Fimg%2Fpublish%2F2006%2F06%2FOslo0611_01.jpg&width=918&height=500&caption=%28L-R%29+Members+of+LTTE+Constitutional+Affairs+Committee%2C+Prof.+Dominic%2C+Prof.+Ramasamy%2C+and+Former+Attorney+General+of+Sri+Lanka+Mr.Siva+Pasupathy.+%28TamilNet+Library+Photo%29http://www.fz.com/content/ramasamy-ltte-cannot-be-revived-key-people-are-dead) 

LTTE ni puak pemisah yang berjuang untuk kemerdekaan utara dan timur Sri Lanka pada tahun 1976-2009. Puak pemisah ini telah diharamkan oleh 30 negara termasuk US, Kanada, India dan 27 negara dalam EU. 

Nak lihat senarai serangan LTTE boleh pergi di sini : https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_attacks_attributed_to_the_LTTE

Serangan LTTE paling sadis adalah di masjid Meera Jumma, Kattankudy, ketika jemaah sedang solat isyak. Membunuh 103 jemaah dan mencederakan 70 yang lain. Serangan dilakukan menggunakan senapang automatik dan bom tangan.
(Rujukan : http://www.nytimes.com/1990/08/05/world/tamils-kill-110-muslims-at-2-sri-lankan-mosques.html)

Just nak bagitau, P Ramasamy punya posting backing LTTE ada kat sini:

https://www.facebook.com/proframasamy/posts/724040267634235
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/704997596205169
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/703972686307660
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/703566106348318
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/697614953610100
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/691206304250965
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/688578734513722
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/681335595238036
https://www.facebook.com/proframasamy/posts/645459295514244

Just nak bagitau, kenapa P Ramasamy bukan main back up LTTE? Semua pasal undi bro! 

"More than 90 percent of Malaysian Tamils are ardent supporters of the Tamil freedom movement in Sri Lanka." - Ramasamy
Terjemahan:
"Lebih dari 90% tamil malaysia adalah penyokong pergerakan pembebasan Tamil di Sri Lanka" - Ramasamy.

Just nak bagitau, ramasamy tu timbalan ketua menteri pulau pinang. Dia juga timbalan setiausaha kebangsaan DAP.

Siapa yang syaitan sekarang?
Sumber rujukan asal,ori, asli kat sini.

Pale bana juga orang yang copy-paste tak letak kredit. Bukan pale bana apa sangat. Beriya-iya je kau semua nak tunjukkan keburukan perangai P.Ramasamy tu kan tetapi cara korang pun bukannya betul sangat. Sohai. Ko ingat ciplak penulisan orang lain, Islam sangat le tu.. muahaha.. oke dah habis mengumpat untuk hari neh. Kuota dosa pun dah cukup sebakul.

Kemudiannya, kisah ini pula ;


Kenali siapa P Ramasamy.

Beliau pernah menjadi AJK Hal Ehwal Perlembagaan LTTE pada tahun 2003.
LTTE merupakan kumpulan pengganas Sri Lanka.
Pada tahun 1990, 72 000 populasi muslim dihalau secara paksa dari kawasan yang dikawal LTTE di Wilayah Utara. Ini termasuk 38,000 orang dari Mannar, 20,000 dari Jaffna dan Kilinochchi, 9,000 dari Vavuniya dan 5,000 dari Mullaitivu.
Rujukan :

(rujuk)

Sebaran berkenaan turut menyertakan ini ;


Dan ini ;


Hujah sokongan.

Dan siap ada hujah tambahan lagi ;


Macam mana P Ramasamy, penyokong pengganas LTTE malah berada dlm jawatan kuasa perlembagaan LTTE boleh bergerak bebas di malaysia malah menjadi timbalan ketua menteri dan timbalan setiausaha kebangsaan DAP? 

 
Polis tak buat kerja ke?


(rujuk)

Okay.

1. Aku tak berapa tahu sangat isu tentang LTTE neh. Baca sikit-sikit. Sana sikit, sini sikit dan faham pun sikit-sikit.

2. Cuma faham la juga yang LTTE adalah pertubuhan pengganas berdasarkan kepada tindakan-tindakan mereka walaupun dihalalkan dengan pelbagai jenis alasan bukan bermaksud mereka bukan pengganas..

3. Dan P.Ramasamy ada kaitan dengan organisasi tersebut. Bukan macam kes gerakan pembebasan Acheh tu. Sekadar jadi salah satu panel yang dijemput untuk bagi peace speech terus nak bangga bagai. Tolong la jangan buat lawak.

4. Antara alasan Zakir Naik dilarang membuat program di Malaysia ialah kerana Zakir dikatakan sokong terorisma. Hujah mereka ialah kes Zakir cakap andai OSAMA membunuh pengganas maka aku sokong OSAMA. Yela. Aku ada tonton video berkenaan dan aku pun ada dengar Zakir cakap macam tu. Ada juga point Zakir bahawa dunia menggunakan media untuk menunjukkan ISLAM agama pengganas.. ada banyak point Zakir tetapi satu dua depa petik sebagai hujah bahawa ZAKIR PRO PENGGANAS.. 

5. Apa mereka nak fikir itu pada aku lantak depa la. Pemikiran kita tak sama pun masing2. Aku tak nampak point ZAKIR tu nampak macam dia pro PENGGANAS..

6. Tapi jika mereka mengatakan ucapan tersebut memperlihatkan ZAKIR sebagai pro PENGGANAS macam mana pula kesnya P.Ramasamy dengan LTTE?

7. Ini Malaysia bro. Pemimpin kau sendiri gagal perjuangkan nasib kau sibuk nak gebang bab LTTE plak.. menakutkan juga organisasi tersebut.. bunuh sana bunuh sini aiyoo.

8. Kau p tengok sekolah aliran Tamil. Macam mana sadisnya sekolah depa.. tu pasai aku cakap hapus. Satukan bangsa, satukan peruntukan, satukan sistem, selaraskan agar semua terima kebaikan dan manfaat bersama-sama..

9. Dan DAP di mana? Memang P.Ramasamy bercakap atas individu bukan mewakili parti tetapi sebagai parti yang dianggotai oleh P.Ramasamy yang mempunyai jawatan besar di Penang, takan korang boleh buat bodoh je.. dalam parti mesti ada tindakan tatatertib ke atas mana-mana anggota yang mencemar imej parti ke DAP pun sependapat dengan tindakan P.Ramasamy?

10. Jika DAP tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap P.Ramasamy itu bermaksud DAP halalkan perbuatan P.Ramasamy dan lepas neh jangan sembang bab perkauman yang dimainkan oleh BN punca DAP hilang sokong melayu. KAU CERMIN DULU CARA KAU MENCORAKKAN PARTI KAU TU MACAM MANA JANGAN TAHU NAK MENYALAHKAN LAWAN TAK TENTU HALA MACAM KAU TU MALAIKAT PULA.. KAU PUN TAK PERFECT LA GILE..

Oke la aku pun malas nak cakap banyak (padahal dah banyak cakap dah neh) sebelum lue sembang bikin bimbang langit runtuh bumi pun goyang mari kita be fair. Yang buat statement seolah2 macam pro Osama ke ataupun yang directly ada link dengan pertubuhan keganasan ialah SYAITAN? Kalau tanya aku, dedua ialah manusia. Tapi ada satu manusia tu tak sedar diri.. dia yang sokong keganasan dia nak tuduh-tuduh orang lain pula..

KAH KAH KAH!

Wang Peruntukan 2 Juta Tetapi Hadiah Ciput - Yuran Penyertaan Pun Dah RM20 - KJ Kantoi Lagi !!!


KJ dengan pantasnya counter attack kritikan netizens terhadapnya dalam isu kejohanan berbasikal yang menawarkan hadiah 'murahan' kepada para pemenang pertandingan..

KJ berkata di ruangan efbinya ;


Terima kasih atas segala pandangan yang diberi tentang program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN). JCM adalah program pembangunan bakat untuk sukan basikal dan telah bermula pada hari Sabtu 9 April di Serdang, Selangor. Sirkit JCM akan jelajah ke setiap negeri sampai ke hujung tahun ini.
Walaupun saya banyak promosikan JCM, ia hanya mendapat perhatian orang ramai apabila gambar-gambar semasa penyampaian hadiahdisebarkan secara viral. Ramai yang menegur dan mengkritik jumlah wang yang kecil untuk pemenang kategori bawah umur 11 dan 9. Mereka telah menerima RM30 hingga RM10.
Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.
We want them to grow up with the right values and attitude. Yes, money is important and if they do well in sports, they will be financially rewarded later on but let's not spoil them from when they are young. Let them want to win for the sake of winning, to be the best not because of money but because of determination and honour.
Lagi pun, segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata parents yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal. And they were happily there supporting their kids.
Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak.
JCM creates a pathway for champions. Who want to win because of honour. For more information please check out www.jcm.my

(rujuk)

Tetapi sayangnya kenyataan itu tidak mampu mendiamkan kritikan terhadap dirinya.

Lihat apa yang berlaku ;





Dan banyak lagi la kritikan terhadap KJ. Non stop. Sokongan padu yang dia harap sokongan yang menjatuhkan dan menjahanamkan karier dia yang dia dapat. Padan muka. 

KAH KAH KAH

Oke berbalik pada kritikan tersebut didapati kerajaan telah memperuntukan sebanyak 2 juta untuk menganjurkan acara tersebut. 

Lihat ;



(rujuk)

2 juta dan iklan tentang hadiah pula ;




Jilake. Cara mereka mengiklankan hadiah seolah-olah membayangkan hadiahnya ribu-ribuan padahal ;

KLIK IMEJ
(rujuk)
 
Semua ciput-ciput je. Bahkan kalau menang negatif pun ada tau. Menang 10.00 tapi yuran penyertaan 20.00. Sampai yang hantar anak masuk bertanding pun rasa tak berbaloi ;


(rujuk)

Harga basikal cecah 15,000.
Hadiah galakan paling tinggi 40.00 untuk peserta junior?
Budak kecik tak boleh pegang duit banyak?
Setakat 500 biasa la wei. Budak2 tu bagi pada mak bapak yang dah bertungkus lumus keluar modal untuk pastikan hobi dan minat anak2 mereka tercapai. Tu pun tak boleh fikir ke KJ? 2 juta kot modal kau. Tu modal kau je. Belum kira peruntukan dari sponsor-sponsor lain.

KEDEKUT NAK MAMPOS.
ALASAN MACAM HARAM.

KAH KAH KAH

Dan di kalangan geng-geng UMNO plak. Mereka sedang sembang bab neh ;


Fuyoooo.. kritik Najib dan KJ di laman sosial siap kena panggil lagi. 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Yela, UMNO vs UMNO.. maknanya malaon-malaon tu terkesan dengan kritikan terhadap diri mereka. Sudahlah saf pembangkang mengkritik. Yang saf kerajaan p kritik sama buat apa. Tue yang depa bengkek kot. Terkesan dengan kritikan yang dilemparkan.. tu sebab panggil nak sampaikan PESANAN..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Apa2 pun KJ, setakat hadiah botol air tak payah buat kejohanan dengan iklan beria bagai la. 2 juta punya peruntukan kot ye pun bagi la hadiah yang sedap sikit mata memandangnya.. setakat 40 ringgit? Aku rasa anak kau pun kau manjakan lebih2 dari itu kot. Staff kau pun berjaya rembat 100j tanpa kau tahu.. tak gitu ke?

KAH KAH KAH!

Rabu, 13 April 2016

KJ Dikutuk Kaw-Kaw Kerana Pemenang Berbasikal Terima Hadiah Kemenangan RM40 Sahaja..

Bukan gambar tipu.

Bukan troll atau fitnah. Ini benar-benar terjadi di Malaysia bhai.

Pada awalnya aku nampak ada orang sebar gambar neh di twitter..



Aku pun bercakap dalam ahti. Biar benar la bebudak neh terima hadiah kemenangan 30 ringgit, 20 ringgit dan 10 ringgit masing2.. gambar edit kot. Then, aku nampak ada sorang lagi member twitter sebarkan benda sama. Kali neh siap share link lagi tu kau.. dengan muka macam saspen tak saspen tapi adalah juga rasa saspen tu sikit-sikit aku pun mengklik..

Nahhhhhh












Jilake apa kah itu. Kategori bawah 15 tahun pun dapat puluh-puluh ringgit je? Aku rasa harga replica cheque tu pun lagi mahal dari hadiah kemenangan yang bebudak tu terima. Eh tolong laa.. kasut yang bebudak tu pakai, baju yang bebudak tu pakai pun dah lebih dari 40 ringgit kot..

KAH KAH KAH

Takan sebab 100j dah kena kebas maka hadiah kemenangan pun perlu didiscountkan?

KAH KAH KAH.. 

Korang tengok neh ;



Pasal tu la KJ kena kutuk.. dah jom baca kutukan demi kutukan ke atas keyjey.. boleh jadi modal melawak neh oleh artis-artis komedi kita.. mohon take note.

KAH KAH KAH







(rujuk)

Updated.

Woi, no 5 dapat botol air je woi?

KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos ar aku rasa. Dari sini sampai ke Putrajaya berguling aku gelak.

Selasa, 12 April 2016

Rupa2 Ini Caranya Mereka Rembat Duit - Dek Pergaduhan, Bloggers UMNO Dedahkan Rahsia Sesama Sendiri..

Macam neh rupanya modus operandi dorang. Itulah yang aku terfikir bila baca penulisan ParpuKari yang penuh dengan kemarahan. Macam berdendam aje.. Hahaha..

Pergaduhan sesama bloggers UMNO neh dah lama. Dah berbulan-bulan.. aku perati dari jarak jauh je malas nak campur sebab bukan urusan aku pun sekadar nak troll sekali sekala boleh la. Tapi bila baca pendedahan terbaru PK yang ada kaitan dengan pegawai PMO baru la aku faham kenapa bebudak bloggers UMNO neh marah sesangat dengan geng2 MYKMU & ROCKY BRU.. rupa-rupanya ada cara tertentu yang digunakan untuk buat duit dengan meminta peruntukan daripada Perdana Menteri. 3,4 kerat geng satu kepala kaki rembat boleh buat pelbagai portal yang kekonon sokong UMNO dan claim peruntukan.. Najib.. Najib.. duit sapa la yang ko gunakan tu..

Baca la. Btw sebelum itu redha-redhakanlah diri dengan pelbagai kesalahan ejaan dari PK neh. Aku pun sampai naik pening baca. Nak tolong edit malas pula.. korang baca je la versi asal.. biar sama-sama pening macam aku..

KAH KAH KAH

---------


PANAS BERKARI! KEMANAKAH PERGINYA PERUNTUKAN BLOGGERS DAN FACEBOOKERS? SATU PENDEDAHAN YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH CYBERTROOPERS UMNO!

Baiklah setelah aku punya nama dipetik oleh Jalil Backer dalam FB beliau tempohari, kononnya aku membela ramai akaun fakers. Dia mintak sesiapa yang boleh buktikan maka Jalil akan memberi 10k cash. Banyak duit kan bagi seorang peniaga kedai kopi Gloria Jeans kan? Nak tau tak cuba tanya dia berapa SALE kat kedai dia tu? Banyak ke? Apa formula beliau boleh bertahan berniaga hingga kini walau kedai beliau ini lebih lalat dari manusia.

Baiklah aku tak berminat nak cerita pasal cuci mencuci di kedai kopi tetapi hari ini, aku blogger Parpukari nak dedahkan satu rahsia yang mungkin ramai tidak perasan. Rahsia tentang kekayan Johari Ishak dan Jalil Backer yang membuat keuntungan melalui Akmar Hisham Mokhles. Harus diingat DS Najib Razak menjadi PM sejak dari tahun 2009 lagi dan sayarikat mereka ini memang sudah lama beroperasi. Nama syarikat mereka ialah Integratif Media Sdn Bhd.

Rami yang tidak perasan atau sedar perniagaan apakah yang mereka jalankan. Johari Ishak ni walaupun berekelulusan SPM pangkat 3 tetapi beliau pandai menggunakan peluang yang ada serta mempergunakan pengaruh nbos kesayangan mereka iaitu Khir Toyo untuk menyelinap masuk kemana-mana yang mereka boleh. Bila anda layari portal rasmi Integratif Media maka anda boleh lihat resume kerja mereka disana. KLIK SINI

Takpa la itu perniagaan mereka bukan? Tetapi yang membuatkan aku marah adalah bilamana mereka mengaitkan aku dengan banyak benda yang aku sendiri pun tak faham. Mereka kata aku makan duit MB Perak, makan duit pegawai MB, makan duit isteri PM, makan duit Tun M, makan duit KJ and the list go on. Sampai mereka sendiri pun tak tahu siapa mereka nak petik, nasib baik mereka tidak memetik Barrack Obama. Haishhh.

Mereka juga mengatakan aku makan duit peruntukan bloggers Perak. Dei macha, aku sejak dari awal tak pernah masuk campur urusan blogger Perak, sila refer pada PCT atau Perak CyberTroopers. Mereka ada team mereka sendiri yang aku tak pernah masuk campur. Aku adalah blogger jalanan yang lone ranger sebab itu mereka (MyKMU) susah nak kawal aku atau nak picit telor aku. Inilah yang membuatkan mereka meroyan macam dubuk termakan daun karapoley!

Baiklah sekarang aku akan persembahkan kepada anda semua, pengamal media atau ahli2 UMNO yang bertungkus lumus kerja untuk parti. Apakah anda semua mendapat peluang perniagaan seperti mereka ini? Hanya kerana mereka ada pegawai media PM yang paling lahanat dalam Malaysia ni maka mereka mempergunakan dia sehabis mungkin.


















Ini baru separuh belum semuanya. Ada jugak yang kita tak dapat kesan seperti Sarawakiana dan lain-lain portal. Aku kenal mereka ini. Tanyalah mereka berapa ramai staff yang menjaga kesemua portal ini? Kalau malas nak tanya aku ceritakan beberapa. Untuk Suara Babi TV, sebuah portal yang suka mencuri kerja orang tu dijaga oleh makhluk asing bernama Bob Rawi dan budak terencat akal Safwan. Manakala Felda Voice, satu portal yang sepatutnya menjga nama baik Felda pula dijaga oleh seorang makhluk yang kita sendiri pun tak pasti jantinanya.

Mereka ni mengggunakan staff yang sama untuk menjaga kesemua portal mereka. Jadi mari kita buat kiraan mudah, tak perlu ada masters dari Universiti Malaya bagai, cukup dengan LCE sahaja kita sudah boleh kira.

Satu portal ambil la contoh dibayar 50,000.00 x 20 = 1,000.000.00 sebulan.

Itu contoh ok, mungkin ada yang lebih dan ada yang kurang, aku tidak menuduh, mungkin untuk menampakkan mereka ni berjaya dalam kerjaya maka mereka bukak la kedai kopi atau apa saja kedai dan pejabat untuk menunjukkan yang mereka ini ada perniagaan sendiri. Very smart move, only that kita kawan-kawan semua tahu bagaimana situasi perniagaan mereka. Ini aku baru cerita tentang portal yang aku kira dalam 20, mungkin ada lebih lagi. Kena siasat la.

Macamana pulak dengan event yang dianjurkan oleh PMO yang selalu diberi kepada Integratif Media ataupun Sahabat Bina Negara, sebuah NGO bawah telunjuk Jalil Backer dan Johari Ishak. Setiap tahun ada macam-macam event dan yang paling popular adalah event berbuka puasa bersama PMO yang dianjurkan oleh MYKMU dan Akmar Hisham Mokhles. Masih ingat lagi program Wasatiyah bersama PM? Himpunan penulis Maya? Himpunan Multaqha dan macam-macam lagi la.

Terbaru Soaldiriti bersama PM, dimana Akmar, Jalil dan Jebon telah merancang untuk memgumpul pemain media maya yang baru dan tidak berapa dikenali untuk dikenalkan kepada PM dan macam biasa si Jebon aka Johari Ishak akan berkata ini semua askar dia. Kesian PM kena tipu lagi dengan mereka ini. Mana perginya pemain media maya yang terdahulu? Yang berjuang bermati-matian hingga sanggup keluarkan duit mereka sendiri untuk berjuang pertahankan PM? Siapa yang membela nasib mereka?

Cukupkah sekadar mendapat 500 ringgit sebulan kepada orang yang mereka boleh kawal saja? Dengan mempunyai latar belakang yang amat jijik mudah bai mereka untuk mengawal para cytro upahan mereka. Kalau orang macam aku, memang susah la sebab aku ni menjaga maruah aku dan tidak suka bergelumang dengan lubang taik seperti mereka ini semua. Apa inikah kualiti yang MyKMU dan Akmar mahu hidangkan kepada PM? Ini bukan aku kata tapi dalam FB sejak kebelakangan ini, ada akaun Fakers yang banyak mengeluarkan cerita dan salah laku mereka. Nafikan la kalau tak betul ok.

Apa jadi dengan para pejuang media maya yang lain? Yang siang malam sanggup dimaki hamun oleh kawan dan lawan hanya kerana pertahankan PM yang mereka kasihi? Cuba la ambil bahagi-bahagikan portal yang mereka kuasai itu kepada setiap kumpulan pejuang maya, aku rasa semua akan hidup bahagia dan dapur mereka pasti berasap. Takde lagi kita nak dengar yang nak lompat tebing untuk bunuh diri dan diselamatkan oleh jam, takde lagi kena buat fake ID wanita supaya nampak dia ni laku masih ada yang mahukan dia. Dan bermacam lagi kisah pilu para bloggers dan facebookers!

 Kalau la MyKMU share rezeki ini dengan semua para bloggers dan facebookers, aku percaya pasti ramai yang menyokong Pm hingga ke hari ini, ada juga yang kecewa dengan PM sebab setelah diberitahu tentang salahlaku Akmar Hisham Mokhles, PM masih meletakkan beliau di dalam pejabat PMO dan masih memberi banyak ruang dan peluang untuk Akmar kayakan saudara dia Jalil Backer dan balaci murahan Johari Ishak.

Belum lagi aku cerita tentang bab iklan! Jalil Backer ni, kalau ada sesiapa yang dia tak suka, maka dia akan menggunakan taktik kotor, iaitu melalui ugutan dan biasany akan menelefon siapa yang beliau rasa yang membiayai si penentang itu. Dalam kes aku pun sama, dia call sana sini untuk mengetahui aku kerja mana, ambik duit kat mana bagai. Bagaimana aku dapat dana semua, berapa banyak aku kahwin la, berapa biji kerata aku pakai dan bermacam-macam lagi. Apabila gagal, mula dia menyerang pada penyumbang iklan pulak.

Padahal banyak iklan yang mereka kaut dan sahabat bloggers lain tidak berkesempatan untuk merasa income dari iklan-iklan. Senang cerita macam ni, apa saja mereka buat kita tak boleh pertikai. Kalau pertikai Jalil dan Jebon akan menggunakan pengaruh Akmar dalam PMO dan MIO untuk kerjakan kita semua. Serta mempergunakan kekeraasan gangster pun merea ni boleh buat sekiranya kita tetap berkeras. Sesungguhnya setelah mengenali mereka dengan begitu lama aku tahu mereka ni sangat jijik kelakunya. Mereka sanggup buat apa sahaj demi mencapai matlamat mereka!

Kali ini mereka silap! Aku Parpukari akan buat apa saja untuk pastikan KEDUBUKAN mereka ini terbongkar. Aku ahu seluruh alam maya, sahabat-sahabat bloggers dan facebookers semua tahu yang mereka ini adalah GATEKEEPER PMO yang akan menyebat dan menghalang apa saja kertas kerja yang dihantar oleh anda semua. Tanyalah Rafi Awang Kechik tu, ketua Nadi Rakyat dan ramai lagi.

Cukuplah buat masa ini. Aku nak menanti sekiranya apa yang aku dedahkan ini tidak betul. MAKA SAMANLAH AKU WAHAI AKMAR HISHAM MOKHLES! Akan aku tunggu mu di pintu Mahkamah!

Yang ikhlas berjuang.

PARPUKARI
(rujuk)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...