Isnin, 12 Disember 2016

Surat Layang Zahid Untuk Tutup Cerita #1MDB, Saman DOJ Atau Kerana Undangan Mahathir Dibatalkan? - Jawablah!

Something is fishy. And i knew that i was right.

Ewahhh.

Pada 8 Disember tengah kecoh betapa undangan Mahathir ke Istana Negara atas majlis Istiadat Melafaz Dan Menandatangani Sumpah Jawatan yang berlangsung pada 13 Disember (esok) dibatalkan. Alasannya ialah ketiadaan kerusi.

Prediction aku, bukan sebab tiada kerusi. Sebaliknya Najib tidak boleh sebumbung dengan Mahathir. Seram sejuk gamaknya.

Baca sini : Sekali Lagi Najib Terpaksa Melarikan Diri Dari Mahathir.

Lepas tu dan-dan 9 Disember kecoh isu surat layang Zahid. Masa tu lewat-lewat malam gak la benda neh tersebar. Tapi itu pun tak tersebar meluas. Seriyus. Carian google aku hanya ada satu blog pro pembangkang yang mainkan isu tersebut iaitu Jalin Luin.

Kemudiannya blog aku menyusul. 

Tapi yang bestnya, pada pagi 10 Disember, Najib dah main isu neh.



Sumber.

Ya, betul surat layang tersebut memang dah viral agak meluas di aplikasi WhatsApp. Tak semestinya benda tu kena viral di fb, twitter dan blog untuk mengatakan ianya dah viral.

Tapi kat WhatsApp pun benda tu bukan la dah viral sangat pun. Viral biasa-biasa je pun. Pada pagi 10 disember tu.

Maksud aku, sekurang-kurangnya Najib perlu masa untuk analisa kebenaran surat tersebut. iYa ke, fitnah ke apa ke Najib perlu masa juga. Bukan boleh main ulas sebegitu sahaja dan lebih teruk salahkan pembangkang tak pasal-pasal. Dia tu piem kot. Nak buat apa-apa pertuduhan dan dakwaan kena la disertai bukti. Statement Najib ini mendorong ke arah fitnah tanpa disertakan bukti konkrit yang menyokong dakwaan Najib tu.

Aku pun tak berani nak kata ianya kerja BN atau pembangkang. Semua main tanya-tanya je neh sebab tatau jawapan apa pun.

Najib menyebut ;

Helah kotor pembangkang > taktik murahan > sebarkan dakyah palsu > pakatan pembangkang terdesak > pembangkang cemburu.

Najib mana boleh cakap macam tu. Dengan jawatan tinggi yang dia miliki dia patut ber ahti-ahti dengan pemilihan ayat-ayat dia tu.

Sepatutnya serahkan kepada polis. Buat satu laporan rasmi (ya ya dah 20 laporan polis dibuat tetapi siapa yang buat? Najib ke Zahid ke? Zahid yang patut buat laporan polis tau sebab benda neh babitkan nama dan reputasi dia) atas nama UMNO. Dan tunggu la hasil siasatan polis. Kenapa bercakap macam ye ye je benda neh kerja pembangkang? Bukti ada ke? Baru beberapa jam tersebar dah tuduh kerja pembangkang? Kelakar la wei.

Wartawan Utusan pun satu bingai juga. Tulis berita pun baca la dulu surat tersebut. Nama menteri bukannya tak tally (match) sebaliknya ia adalah senarai kabinet baru di bawah pentadbiran Zahid andai Najib berundur. Zahid bagi cadangan ahli kabinet bayangannya. 

Aku mesti cakap. Kepantasan Najib respon isu neh buat aku rasa ragu-ragu. Sebab kenyataan Najib ini selama aku menjadi rakyat di bawah pentadbirannya ialah selalunya bercanggahan. Bila dia cakap A sebenarnya B. Bila dia cakap B selalunya A. Berlawanan dengan percakapan dia.

Dan berikut aku kongsikan penulisan bekas menteri yang juga proksi Mahathir.

SURAT TERBANG YANG SENGAJA DIADAKA-ADAKAN


Bila membaca sahaja surat terbang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib berlogo kerajaan yang disebarkan menerusi internet,saya terus tidak percaya kerana kandungannya amat cetek,tidak munasabah dan tidak  serius untuk betul-betul meyakinkan orang ramai apatah lagi orang yang berakal.
Surat ini menampakkan  Zahid  membuat pemilihan kabinetnya menggantikan kabinet Najib secara rambang sahaja untuk sebaran dengan pantas.

Bagaimanapun tidaklah dapat dinafikan ramai juga orang yang simple minded akan terus mempercayainya terutama di kampung-kampung.

Selepas  sahaja membaca surat terbang  itu yang  ditunjukkan kepada saya oleh seorang kawan di phonenya saya segera mempunyai prasangka bahawa surat itu diada-adakan oleh pihak jabatan perang saraf UMNO atau BN sendiri   untuk membolehkan tuduhan dilemparkan kepada pihak pembangkang dalam keadaan momentum pemulihan Imej Najib dirasakan tinggi setelah Persidangan Agung UMNO baru-baru ini.
Pembangkang tidak mungkin  membuat surat terbang yang sebodoh dan semudah  ini untuk melagakan Najib dan Zahid..

Memang benar anggapan saya, belum pun surat layang itu tersebar dengan luas Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah membuat penafian dan menuduh pembangkang yang menyebarkan kabar angin itu untuk melagakannya dengan Timbalannya Zahid Hamidi kerana cemburu dengan solidariti UMNO selepas Perhimpunan Agung UMNO(Ia menjadi berita utama muka satu Mingguan Malaysia hari ini).

Ini merendahkan kemampuan berfikir rakyat.
Dan ini adalah satu lagi backfire kepada UMNO dan kerajaan selepas penarikan balik undangan kepada Tun Mahathir ke upacara pengangkatan sumpah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Semua ini adalah kerja Allah."

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...