Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Disember 2016

PAS Akhirnya Serahkan Notis Tuntutan Kepada Sarawak Report Isu Terima Rasuah 90 Juta.

Memetik laporan HarakahDaily, PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

 
Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah ;


i. Meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report ;

ii. Mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan ;

iii. Menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...