Rabu, 14 Disember 2016

Wahai YB-YB BN Dari Sarawak, Lihatlah Penderitaan Rakyat Kamu Sendiri, Minta Dana Dari Najib Jangan Sekadar Bodek Sahaja.

Ini aduan yang kami terima menerusi KBSB.

Beginilah suasana setiap kali berlaku kematian di Kampung Sungai Ladong, Sebuyau, Sarawak. Kawasan Dun N22 Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi, Parlimen P201 Batang Lupar, Datuk Rohani Abd Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. 


Sudah berpuluh tahun penduduk kampung menghadapi masalah ini. Mereka terpaksa menunggu air pasang baru boleh menghantar jenazah ke kawasan perkuburan di seberang sungai. 

Keadaan jeti yang kecil dan licin menyebabkan kesukaran untuk mengangkat jenazah dengan cermat. Dikhuatiri boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini terjadi ke atas jenazah. 

Kalau air surut pula mereka harus menunggu. Ini pula menyebabkan jenazah lambat untuk dikebumikan. 

Sehingga ke hari ini tiada sebarang usaha dari pihak berwajib dan wakil rakyat untuk mendapatkan tanah baru atau wakaf untuk kawasan perkuburan yang lebih dekat dengan kawasan kampung yang tidak memerlukan mereka untuk menggunakan perahu. 

Mohon admin siarkan kisah ini agar ada pihak yang sudi tampil memberikan sebarang bentuk bantuan bagi memudahkan penduduk kampung tersebut menunaikan fardhu khifayah mereka. 

Semoga dengan mem'viral'kan kisah ini juga secara tidak langsung kita membantu penduduk kampung tersebut. Semoga Allah merahmati kita semua.. Saya juga benarkan admin edit maklumat wakil rakyat kawasan berkenaan jika tidak sesuai untuk dipaparkan di wall anda. 


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...