Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 September 2016

Inilah Salah Satu Rahsia Kehebatan Rosmah Mansur Yang Ramai Orang Tidak Tahu..

Pada tahun 2009, Najib, Rosmah dan sekeluarga mereka pergi berjalan-jalan makan angin di Selatan Perancis. Ketika bercuti-cuti dengan meriahnya, Rosmah terjumpa satu barang berharga berupa peti besi yang terdapat dalam sebuah kapal layar yang ditumpangi untuk bercuti sakan. Kapal layar itu dikatakan dimiliki oleh keluarga Diraja Kuwait. Dan selepas disiasat dan diteliti, didapati barangan berupa peti besi itu tersangatlah berharga dan ia rupa-rupanya dimiliki oleh Putera Saud Alsaud (keluarga diraja Arab Saudi). Rosmah begitu baik ahti. Dia bertindak memulangkan peti besi itu. Dia kemudiannya menerima ucapan penghargaan dari Putera Saud Alsaud. Dan juga wang tunai bernilai 7 juta ringgit Malaysia. Rosmah yang begitu baik ahti kemudiannya menggunakan wang tersebut ke atas Permata Pintar dan mengagihkan sejumlah yang lain kepada beberapa NGOs yang memerlukan. (rujukan)

Itulah kisah Datin Seri Rosmah Mansur yang terkenal dengan sikap baik ahtinya bertahun-tahun selama ini.

Tanpa jemu rakan-rakan BN kita begitu komited dan dedikasi menyampaikan kisah yang begitu indah sekali.

Pun begitu kali ini kita perlu mengenali satu lagi keistimewaan tersorok yang dimiliki oleh tokoh terkenal yang kita sayangi secara beramai-ramai ini.


"Gerak beliau pantas dan lincah. Sebaik sahaja kakinya menjejak gelanggang badminton di Kelab Bukit Kiara, Kuala Lumpur, wanita VVIP ini terus melakukan beberapa teknik senaman rengangan untuk memanaskan badan. Apabila raket badminton sudah di tangan, tumpuan beliau terus kepada permainan, beraksi pantas untuk menumpaskan lawan persis pemain profesional. Apabila gelanggang sudah dikuasainya, tanpa keraguan beliau melakukan smash yang kerap mengejutkan lawan".

Ujar penulis profesional di atas. Yang dipetik dalam kolum tips sihat VVIP.

Cayalah Rosmah. Titew tatau pun mama pandai main badminton.. muah cikitttt kat pipi tu...

KAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...