Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Ogos 2016

Sekolah Minta Derma Kertas, Duit Peruntukan Takde - Dan, Kita Bayar GST Untuk Apa?

Ohhh

Rupa-rupanya inila sebabnya kita bayar GST.
Kita bayar GST supaya kita boleh keluarkan duit bagi membaiki sekolah dan menyediakan kertas untuk tujuan peperiksaan.

Sama macam kita bayar tol dan cukai jalan semata-mata nak bersesak-sesak atas jalanraya dan langgar jalan berlubang.

Sebab tu kita beli kereta Proton mahal-mahal bila dah guna 3,4 tahun mula la rosak sana sini macam dah jalan 10 tahun.

Semua cukai, lesen yang kita bayar mahal-mahal, banyak-banyak di Malaysia semuanya ada sebab tersendiri. Samada masuk ke kantung kroni, tambahkan kekayaan peribadi, ataupun menjadi projek songlap duit beramai2, yang pasti rakyat dah puas berbakti pada kerajaan kita yang baik ahti sangat-sangat neh.

Ini adalah apa yang disebutkan Sharifah. Aku pernah baca perkara yang lebih kurang serupa disebarkan oleh seorang peguam. Isunya sekolah minta bantuan berupa derma kononnya nak memenuhi keperluan sekolah. Mereka kekurangan peruntukan. Aku pernah diberitahu oleh beberapa guru sebelum ini tetapi sangkaan aku masalah mereka tidakla ditahap yang begitu seriyus dan membimbangkan. Dengar sambil lalu tetapi masih take note. Tidakla di tahap beria2 memikirkan luahan tersebut secara mendalam pun.

  Dan ini ialah respon pembaca di posting tersebut.




Manakala berikut di bawah ialah gambar Najib Razak. Yang aku dapat tahu sedang begitu segak bergaya ke Sabah kononnya nak merasmikan mesyuarat UMNO negeri. Bukan bajunya, warnanya atau dirinya yang menjadi perhatian aku. Tetapi kenderaan yang dibelakang itu.


Aku tertanya-tanya. Jika yang dihadiri itu ialah mesyuarat UMNO, maka yang membayar kos pengangkutan itu sepatutnya keluar dari kantung parti dan bukannya kantung kerajaan, kan? 

Maklumla. Kerajaan kita takde dana nak beli kertas untuk kegunaan sekolah. Takan pula ada dana nak bayar helikopter pemimpin bagi menghadiri mesyuarat parti. Betul tak? 

Oleh itu marila bersangka baik. Sapa yang nak fitnah-fitnah tu tunggula surat saman Najib selasa depan, oke? 

KAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Selepas Video Sindiket Jual Beli Permohonan Rumah Kos Rendah Tersebar, Kenapa DAP Tak Lapor Polis?


Adakah DAP bersubahat dalam hal ini?
Atau adakah DAP mahu bersubahat dalam hal ini?

Kejadian berlaku di Pulau Pinang. Agent yang didakwa mengambil duit orang miskin bagi memudahkan proses pembelian rumah kos rendah di Pulau Pinang ialah bapa kepada salah seorang ADUN DAP Penang, Lim Siew Khim.

Apa yang si agent, orang tengah ataupun si penipu tu buat?

1. Dia minta wang sogokan dari beberapa orang.

2. Sasaran dia ialah mereka2 yang nak beli / mohon perumahan kos rendah.

3. Orang pun bayar kat dia.

4. Bayar punya bayar, tunggu pun tunggu last-last duit ke mana, rumah ke mana. Kena tipu. Yang membayar pun bodoh juga. Konon kau benci pemimpin amek rasuah. Tetapi kau yang bagi rasuah macam mana? Tak kira penjenayah ke apa? Perangai macam babi. Dah tahu miskin takde duit nak beli rumah, desak la kerajaan negeri buat lebih banyak rumah kos rendah, bukannya bayar wang sogokan untuk dapatkan jalan mudah (niatnya begitulah tetapi sebetulnya kena tipu).

5. Selepas lama menunggu, yang membayar mula berasa marah. Akhirnya mereka mengadakan perjumpaan dan melakukan rundingan. Bagaimana si penipu patut memulangkan semula kesemua wang-wang yang ditipunya dari orang ramai.

6. Perjumpaan tersebut telah dirakamkan oleh seseorang.

7. Dan kini rakaman tersebut dah tersebar kepada awam.

8. Kandungan video adalah tulen.

9. Respon wakil rakyat DAP ialah ;

- Dia tak boleh pilih bapa sendiri.

- Dia tak berapa faham isi perbualan rakaman tersebut.

- Dia tidak terlibat dalam skandal penipuan tersebut (tadi bukan ke kau yang kata kau tak tahu apa yang dibualkan? ha ha ha)

- Sebagai ADUN dia tak punya kuasa untuk mengagihkan atau mempengaruhi sesiapa bagi mendapatkan rumah kos rendah kepada sesiapa..

- Dia tak menyedari wujudnya aktiviti sebegitu sehinggala penyebaran rakaman itu berlaku.

- Adun DAP juga mendakwa penyebaran video tersebut merupakan satu taktikal politik dari GERAKAN bagi mengalih isu (apekah GERAKAN paksa bapa kau amek rasuah??

- Jika GERAKAN dan MCA melakukan serangan keterlampauan ke atas adun Lim Siew Khim berkenaan isu ini, tindakan saman akan diambil.

- Untuk rekod, borang permohonan rumah kos rendah di Penang dijual sehingga rm260.00 per borang. Ianya dilakukan oleh agent.

Hmmmm

Susulan dari penyebaran video tersebut, ada dua perkara yang DAP buat.

Pertama. Mengandaikan penyebaran video tersebut sebagai taktik alih isu.

Kedua. Tidak akan menjalankan siasatan ke atas bapa adun Lim Siew Khim.

Susulan dari penyebaran video berkenaan juga, salah seorang mangsa muncul di media bagi berkongsikan cerita.

Klik sini untuk pembacaan penuh.

Adakah tindakan DAP ini wajar? Sepatutnya DAP menjalankan siasatan dalaman bagi peringkat negeri. Pertama sebabnya untuk rungkai kebenaran. Kedua, sebabnya untuk proses tambahbaik. Di mana salahnya kita sehingga ada pihak boleh menyamar jadi agent dan ada pihak sanggup pula membayar kepada agent bagi mendapatkan rumah low cost.

Meskipun nilai rasuah tidak la banyak mana tetapi jangan diabaikan. Perompak juga bermula dengan mencuri kecil-kecilan. 

Apa yang DAP perlu buat ialah ;

1. Lapor polis. Inikan melibatkan satu urusniaga yang membabitkan nama baik kerajaan negeri. Agent yang menyamar kononnya boleh mendapatkan low cost dan meminta bayaran telah menjejaskan nama baik kerajaan negeri secara tidak langsung.

2. Kena jalankan siasatan. Jika DAP seperti bersikap sambil lewa disebabkan wujudnya penglibatan ahli keluarga adun DAP dalam kejadian ini maka orang akan fikir ahhh.. jika adun dap sendiri terlibat dalam rasuah, bagaimana pula agaknya pendirian DAP ya.

3. Berhenti keluarkan hujah bangang. DAP negeri keluarkan kenyataan tidak akan menjalankan siasatan kerana bapa kepada adun bukannya ahli dap. what the fack man. Isunya dia terlibat rasuah. Dan benda tu pula babitkan urusniaga kerajaan negeri. Siasatan perlu dibuka within parti dan luar parti. Untuk benar2 mengsahihkan penjelasan dan hujah pertahankan diri adun Sungai Pinang dan memahami proses salahlaku agent tersebut.

4. Menurut laporan The Star, 35,229 keluarga di Pulau Pinang berada di dalam senarai menunggu bagi mendapatkan kediaman low cost dan serdahana rendah.

5. Betapa terdesaknya mereka mahu memiliki rumah sendiri, sampaikan ada yang sanggup bayar 10k kepada agent kononnya untuk potong barisan list menunggu. Rujuk sini.

6. 35,000 bukan suatu angka yang main-main. Apakah kerajaan sudah berusaha sehabis baik dalam menawarkan kediaman mampu milik kepada rakyat berdasarkan nisbah pemohonan?

7. Sekurang2nya kerajaan perlu bina 10,000 rumah untuk tempoh 3 tahun. Jika tidak bilangan 35 ribu itu akan meningkat saban tahun hingga tak terdaya nak cope on.

8. Dalam keadaan apa rakyat Penang terdetik nak membayar / melakukan sogokan kepada agent bagi mendapat rumah. Kerajaan negeri turut memainkan peranan disini. Kelemahan kerajaan negeri dimanipulasikan oleh mereka yang bersikap tamak dan pentingkan diri sendiri.


9. Sebab tu wajarlah kerajaan negeri semak semula cara mereka uruskan penyediaan kos rumah rendah dan mampu milik kepada rakyat. 

10. Rumah ialah keperluan. Menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat berbilang bangsa ditunaikan hak mereka bagi mendapatkan kediaman yang selamat dan terlindung dari hujan panas.

Sekian

Selasa, 30 Ogos 2016

Disebabkan Tindakan Salah Najib, Kontraktor-Kontraktor Bumiputera Ini Kerugian Sampai Ada Yang Dikejar Along.



*30 OGOS 2016* 

*DATO’ SERI NAJIB WAJAR DERMAKAN WANG PERIBADI KEPADA KONTRAKTOR PROJEK NSE KERANA SOKONGAN AWAL YANG MEYAKINKAN KONTRAKTOR* 

 Saya merujuk kepada laporan-laporan media mengenai nasib malang yang menimpa sekumpulan kontraktor Bumiputra yang dimangsakan apabila Kerajaan Persekutuan enggan bertanggungjawab ke atas kegagalan sebuah projek komersil di Kerteh, Terengganu. (Rujuk laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/353943 “Johari: Not fair to ask gov't to use taxpayers' money for bailouts” ) 

Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Johari Abdul Ghani memberi alasan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan kerana ia tidak adil kepada rakyat; kononnya isu komersil perlu diselesaikan oleh syarikat-syarikat terbabit sahaja tanpa melibatkan wang rakyat. 

Saya tidak pasti sama ada Dato’ Johari Abdul Ghani tidak ingat bahawa saya pernah membawa isu ini selama berbulan-bulan dalam tahun 2014 kerana ia melibatkan campur tangan Perdana Menteri sendiri; atau Dato’ Johari Abdul Ghani memang sengaja mahu memalukan Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

Untuk mendapat latar belakang penuh mengenai isu ini, saya rujuk kepada 8 kenyataan media yang saya buat dari 15 April 2014 hingga 18 Jun 2014 untuk mendedahkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam pertimbangan pemberian geran “research & development” (R&D) untuk membiayai projek komersil (lawati http://rafiziramli.com/category/skandal-geran-mosti/) 

Saya ingin mengingatkan Dato’ Johari Abdul Ghani bahawa Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu surat bertarikh 21 November 2013 kepada Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI ketika itu dengan satu minit tulisan tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri meminta supaya MOSTI mempertimbangkan permohonan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek yang diusahakan oleh NSE Resources Sdn Bhd (NSE). 

Pada 21 Januari 2014, Datuk Dr Ewon Ebin mengeluarkan surat kepada NSE menyatakan kelulusan pada prinsipnya untuk memberikan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek komersil tersebut (dengan merujuk kepada surat asal dari NSE). 

Saya sertakan kembali surat-surat dari Pejabat Perdana Menteri dan MOSTI termasuklah minit tulisan tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

https://drive.google.com/open?id=0B2GRLI8QVQQgQkJPa0RyNGVIbUU 
https://drive.google.com/open?id=0B2GRLI8QVQQgbDkxN2w2azh3Wk0 

Oleh sebab itulah, kenyataan Dato’ Johari Abdul Ghani semalam memerangkap Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana ia menimbulkan kembali isu yang saya dedahkan dahulu mengenai pengurusan geran R&D yang terdedah kepada penyelewengan akibat campur tangan pihak lain. 

Tindakan Dato’ Seri Najib membiarkan kontraktor-kontraktor Bumiputra ini terkontang-kanting hingga ada yang dikejar Along adalah sangat tidak berperikemanusiaan kerana kontraktor-kontraktor ini memulakan kerja berdasarkan tindakan Dato’ Seri Najib yang memberi isyarat bersetuju memberikan geran R&D RM100 juta itu. 

Malahan pentadbiran beliau secara rasmi mengesahkan perkara itu dan logiklah kontraktor-kontraktor ini menyempurnakan kerja-kerja yang diberikan kepada mereka. Dalam keadaan sekarang, saya mendesak Dato’ Seri Najib bertanggungjawab kepada nasib kontraktor-kontraktor ini. 

Dato’ Seri Najib boleh membantu dengan dua cara, iaitu sama ada: 

i. Menggunakan gaji beliau dan simpanan beliau yang sering mendapat derma untuk melangsaikan hutang NSE kepada kontraktor-kontraktor ini; atau 

ii. Menghubungi penderma-penderma beliau untuk mengumpul jumlah yang diperlukan bagi melangsaikan hutang NSE kepada kontraktor-kontraktor kerana Dato’ Seri Najib mempunyai ramai kenalan yang pemurah sehingga pernah menderma RM2.6 bilion kepada beliau. 

Saya akan membawa kembali isu ini sehinggalah pihak yang bertanggungjawab tampil untuk menerima tanggungjawab tersebut. 

*RAFIZI RAMLI 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN*

Isnin, 29 Ogos 2016

Pelajar Tingkatan 3 Yg Terjatuh Di Sekolah Akhirnya Maut - Menteri Jangan Lepas Tangan!


Oleh kerana BN menang setiap kali dalam pilihanraya umum, maka BN memang wajar dipersalahkan kerana meremehkan rekabentuk sekolah-sekolah awam di Malaysia. Kegagalan membina atau mengemaskini bangunan-bangunan sekolah berdasarkan kepada tahap keselamatan yang semaksimumnya adalah antara punca kenapa bebudak sekolah dan pelajar sekolah asyik 'accident' je kat sekolah. Kes terjatuh dari tempat tinggi bukan pertama kali berlaku kat Malaysia neh. Tetapi beberapa kali dah. Dan kerajaan tak pernah ambil iktibar. Sebab ape?

Sebab takde sesiapa yang salahkan kerajaan.
Rakyat Malaysia baik sangat.
Salahkan diri sendiri.
Salahkan pelajar sekolah.
Salahkan sekolah.
Pendek kata kerajaan dan menteri takan disalahkan.
Tapi dikalangan rakyat Malaysia yang baik-baik itu wujudnya satu individu yang macam aku. Oleh kerana takde sesiapa yang nak salahkan kerajaan maka biar aku yang ambil tanggungjawab ini dengan menyalahkan mereka.

Kahkahkahkahkah!
Eh jap. Ini citer sedihla. Babi ape gelak-gelak pula kan.

Kes pagi tadi. Seorang pelajar tingkatan 3 maut terjatuh sebab nak ambil beg kawan yang dibuang ke luar koridor oleh kawannya yang lain.

Sekarang kawan yang buang beg tu mesti menyesal. Tapi menyesal pun takde guna. Tindakan cuai kau mendorong kematian seseorang. Dan nyawa bukan boleh diganti-ganti. Tanggungla penyesalan sampai ko pula yang mati.

Sekarang. Kalau ko semua belum tidur lagi, sila pergi ke sekolah kerajaan yang terdekat. Lepas tu sila naik tangga yang berada di salah satu sekolah tu. Kemudian sila naik ke tingkat 3. Kemudian sila berdiri ke tepi dinding, yang mengadap ke arah luar tu. Yang kita sebut sebagai koridor tu. Perasan tak ape yang aku perasan? Yes. Dinding tepi-tepi tu kategori cetek, ketot dan bantut. Kepala bana apa kerajaan kau bina sekolah takde ciri2 keselamatan macam neh? Kalau aku nampak bebudak bergayut kat tepi2 tu aku laju2 suruh dia berhenti tau. Tu tak masuk lagi dorang berlari2 turun tangga. Budak la katakan. Lari. Lari. Lari. Macam tak reti nak berjalan.

Dezain sekolah kita ialah dezain kuno. Aku tau ada orang tak suka aku ulang tulis tapi aku tetap perlu ulang semula. Dezain kebanyakan sekolah kerajaan ialah kuno yang diwarisi dari zaman sejak belum merdeka lagi. Bangunan seperti ini kekal digunakan tanpa ada penambahbaikan dari sudut meningkatkan ciri2 keselamatan. Yang ada ialah kita hanya selenggara. Tukar cat. Tukar bumbung. Tambah kelas. Dezain-dezain bangunan ini agak bahaya. Sebab terlalu terbuka kat bahagian hadapan kelas.

Bangunan kerajaan dulu-dulu pun macam ini. Namun perlahan demi perlahan dinaiktaraf sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa. Pejabat-pejabat menteri dulunya ringkas. Namun sekarang siap ada bilik khas mesyuarat yang fully furnished.

Ini menunjukkan yang kerajaan faham bahawanya bangunan2 kerajaan memang perlu ditambahbaik bagi kekal relevan dengan keperluan dan perubahan semasa.

Begitu juga dengan bangunan sekolah. Bangunan sekolah yang kurang menekankan ciri-ciri keselamatan sudah sepatutnya dinaiktaraf.

Melihat keadaan sekolah adik Azim. Terdapat ciri2 keselamatan yang boleh diragui yang mana aku percaya adik Azim bukan satu-satunya pelajar yang pernah keluar beranda (nampak macam beranda juga kan?). Boleh jadi ada student lain pernah buat perkara yang sama. Benda yang dah selalu buat lama-lama jadi kebiasaan yang akhirnya pada fikiran dorang ahh ini takdela bahaya mana.

Keadaan koridor sekolah tu memang tak selamat terutamanya pada budak sekolah menengah. Budak2 tu time inila mereka sedang membesar dan meninggi. Tetapi dinding koridor kadang2 tak sampai pinggang pun pada pelajar kategori tinggi. Wajar ke desain2 begini dipertahankan dan dikesinambungkan kepada generasi akan datang. Mak bapak pun makin canggih. Masa pregnant makan ubat bagi putih, bagi tinggi, bagi pandai dengan harapan anak2 lahir jadi putih, tinggi dan bijak. Bila dah putih, tinggi dan bijak, takan nak bagi anak-anak pergi sekolah yang menggunakan rekaan yang bodoh, ye tak? Tak selamat langsung bagi anak2.

Reka bentuk sekolah kita perlu dinaiktaraf. Menteri yang bertanggungjawab sila berhenti buat projek tukar sistem itu tukar sistem ini perkenalkan sistem baru dan blablabla. Bagi aku itu semua sampah. Yes sampah.

Buat sistem separuh masak, laksanakan, gagal dan buang duit.
Then ulang balik proses yang sama.
Buang duit dah berbillion-billion, sistem yang baik tak jumpa-jumpa juga. Buang masa je layan beb.

Dari layan benda takde faedah macam tu, baik kita push kerajaan kita naiktaraf fasiliti sekolah awam untuk kemudahan generasi sekarang dan akan datang. Minta dorang upgrade bangunan sekolah selaras dengan tahap keselamatan yang sepatutnya. Tengok aje sekolah2 kat negara maju macam mana. Dorang ada bangunan tinggi pun sekolah awam dijaga. Negara kita bakal ada 3 bangunan antara tertinggi di dunia tapi desain sekolah awam macam sial.

Semoga kita semua mengambil iktibar dari kejadian adik arwah Azim. Buat sementara neh minta anak2 sekolah ber ahti2 dengan koridor maut yang berpunca dari kemalasan kerajaan bien. Pun begitu menjadi tanggungjawab kita juga menyediakan persekitaran yang selamat, ini perlu kerana dapat cover kecuaian sesetengah murid yang nakal. Dorang nak nakal2 buang bag kat koridor alih2 koridor tertutup. Hah padan muka kau.

Disamping itu terus lawan sikap penting diri menteri. Bangunan tempat kerja sendiri kalau boleh tiap2 tahun nak upgrade, bangunan tempat budak belajar 50 tahun sekali pun taknak bagi modal untuk ditambahbaik. GST nak. Cukai nak. Tolong rakyat taknak. Baybee betui.

Berita ;

Pagi tadi digemparkan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 3 sekolah ketika mahu menyelamatkan beg rakannya yang dibuang oleh rakan yang lain. Ibu mangsa berkata dia perasan bahawa anaknya itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu.

Beliau juga memberitahu kepada wartawan Berita Harian bahawa, Azim sempat mengulang kali pelajaran bersama rakan yang lain kerana bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi. 

"Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

 "Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah," katanya. Jenazah Azim dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20.

Ahad, 28 Ogos 2016

TNB Tukar No Acc Bil Pengguna, Bayaran Terbaru Dianggap Tidak Diterima TNB.




Kisah neh sebenarnya dah viral 4,5 hari yang lepas. Aku cuma nak reshare sebab lagi beberapa hari kita akan menerima bill TNB. So, sila semak dengan teliti bill masing2 terutamanya yang bayar online. Aku pun bayar online. Tapi aku dahsyat sikit. Aku jarang dapat tengok bill. Aku main bayar je ikut suka. Bila perasan ada tunggakan mula la aku mengata TNB sesuka ahti. Bila ada negatif bill (sebab terbayar lebih) pun aku mengata TNB sambil puji diri sendiri. Oke tak perangai aku?? Bagus khannn?

Kahkahkahkah!

Ringkasnya. Check bila semasa. Semak acc nombor sebelum melakukan sebarang bayaran. Jika ada kesilapan dari pihak TNB, laju2 print out bukti pembayaran online dan serangg. Jangan bagi dorang chance oke.

Kahkahkah!

KENYATAAN MEDIA 23 OGOS 2016 ADUAN BERKENAAN BIL TNB, ADAKAH TNB SENGAJA CUAI ?

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapat banyak aduan berkenaan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kelihatan sengaja cuai dan boleh dianggap menipu. TNB kononya mempertingkatkan sistemnya dengan menukar nombor akaun pelanggan tanpa memaklumkan pelanggan. Pertukaran nombor akaun ini telah menyebabkan banyak wang pelanggan hilang.

2. Contohnya ialah pelanggan yang membayar secara auto debit (arahan bank) atau membuat bayaran dengan permindahan atas talian (online) melalui ‘favorites account’ akan membuat pembayaran kepada akaun lama bil TNB mereka. Ramai terkejut apabila bulan ini menerima bil baru dengan jumlah tertunggah yang menunjukkan bulan lepas tidak dibayar walaupun mereka sudah bayar melalui atas talian atau arahan bank.

3. Contoh kedua ialah pelanggan yang membayar lebih dengan nilai negative di bil. Sepatutnya bil baru terus ditolak dengan baki lebihan bulan lepas malangnya apabila nombor akaun bertukar jumlah lebihan tersebut tidak dibawa kehadapan.

4. Bila panggilan dibuat ke TNB Careline, telefonis yang menjawab meminta pelanggan agar pergi ke kaunter TNB membawa bil lama dan bil baru bagi mengemas kini akaun mereka kononya TNB ada sedikit masalah kerana pertukaran sistem yang mana nombor akaun pelanggan bertukar.

5. Kenapa TNB tidak memaklumkan kepada pelanggan berkenaan pertukaran sistem yang membawa kepada pertukaran nombor akaun pelanggan pelanggan ? Jika pelanggan sedar dan tampil ke kaunter TNB membuat pembetulan dan penyelarasan maka selamatlah wang tetapi berapa ramai yang tak sedar dan berapa puluh juta TNB ‘menggelapkan’ wang pelanggan melalui cara ini. TNB digesa tampil meminta maaf dan menyelesaikan perkara ini segera.

6. Sebelum ini SAMM pernah membangkitkan TNB mengutip dalam bil dinyatakan sebagai Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baru sekitar 1% yang dilihat sebagai pemerasan kecil yang akhirnya membawa jumlah jutaan ringgit kemana sebenar dan berapa jumlah kutipan TNB masih gagal perjelaskan.


Sekian
Faisal Zainal
Penyelaras Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com

Sabtu, 27 Ogos 2016

Selepas Disahkan Pegawai DBKL Terlibat Rasuah, Apa Tindakan DBKL Untuk Betulkan Keadaan?

Pendahuluan.

24 Ogos lepas kita digemparkan dengan berita seorang pegawai kanan DBKL berpangkat Datuk Seri yang telah ditahan SPRM pada 15 Ogos kerana terlibat dalam aktiviti rasuah memiliki berpuluh-puluh unit kondominium mewah yang diperolehi secara salah. 

Individu berkenaan yang namanya dirahsiakan (kalau nama disorokkan biasanya pro BN @ UMNO) dikatakan terlibat dalam aktiviti salahguna kuasa menggunakan kedudukannya di DBKL yang mana ia mendorong dia memiliki 31 aset hartanah bernilai RM15.5j. 

Selepas terbongkarnya skandal berkenaan, SPRM juga akan menyiasat 30 pegawai DBKL yang lain, yang mana turut terlibat dalam skandal berkenaan yang disebut sebagai skandal-kondo atau condogate.

Skandal kondo ini ialah merujuk kepada sekumpulan kakitangan DBKL dari pelbagai peringkat pangkat yang mana mereka meminta rasuah berbentuk unit kediaman kondominium daripada pemaju perumahan yang terlibat projek dengan DBKL. 
 
Pemberi rasuah dan penerima rasuah kemudiannya akan menandatangani satu dokumen jualbeli unit kondo yang masih dalam proses pembinaan tanpa melibatkan sebarang transaksi kewangan. Selepas unit tersebut berjaya disiapkan, ianya akan dijual pada harga 500 ratus ribu ringgit dan ke atas.

Pemaju perumahan yang terlibat perlu memberikan suapan sebagai balasan projek diluluskan.

Pemaju perumahan kemudiannya akan mendirikan unit kondominium mewah kerana unit ini tidak terikat dengan sebarang peraturan halangan jual beli selama 10 tahun seperti unit perumahan kos rendah, kos serdahana rendah dan rumah PRIMA.

Menurut Datuk Bandar KL, Datuk Mohd Amin menjelaskan siri tangkapan dan siasatan rasuah di pelbagai pangkat pegawai DBKL telah menjatuhkan moral staff DBKL yang lainnya.

Disebabkan kenyataan itu, pengarah siasatan SPRM, Datuk Azam Baki menjemput Datuk Bandar KL untuk datang ke SPRM dan meneliti serta menilai sendiri SOP yang dilakukan SPRM ketika menjalankan siasatan kes rasuah berkenaan.

Datuk Bandar juga telah mewajibkan semua kakitangan DBKL untuk update status kewangan masing-masing selepas terbongkarnya skandal tersebut. 

Tak takut kena culik pula. KuNan kata isytihar aset/harta berdepan risiko culik. Kesian PDRM kena kutuk. Menteri pun sedar kalau berlaku kes penculikan PDRM bukan boleh buat apa. Tapi Kunan neh mmg bengap pun. Samada dia declare atau tak declare, orang dah tau dia memang kaya. Kita cuma nak definite proof. Bukan atas anggaran. Tak dapat declare terbuka declare tertutup untuk wakil rakyat jadi la.

Nak culik menteri pun bukan senang. Kalau senang tak merasa ko hidup lagi aku rasa. Security menteri neh bukan level pak guard jaga sekolah yang main tangkap muat je. Saja taktik Kunan taknak timbul persepsi pendapatan melebihi kemampuan dan dia juga tak public tahu dia involve dengan pojek hape. Kot2 ada clash dengan condogate tak ke naya kantoikan diri sendiri.

Kahkahkahkahkah!

----

Isi kandungan.

Yang boleh kita fahami ;

1. DBKL ada tanah.

2. Tanah diserahkan pada pemaju untuk dibangunkan.

3. Penduduk setinggan yang mendiami tanah dihalau bagai hanjing-hanjing liar. Ini kerana kakitangan DBKL saya yang menurut perintah.

4. Disebalik tabir ada deal menarik dengan pemaju perumahan.

5. You nak tanah? You nak kelulusan? You bagi i satu unit rumah. Percuma.

6. Untuk mewajarkan perbuatan rasuah ini, tak effective buat rumah kos rendah.

7. Rumah kos rendah ada peraturan yang leceh. Tangga gaji, pemilik rumah pertama, dasar monotorium 10 tahun, tak boleh sewakan, harga pun tak boleh lambung tinggi-tinggi bila nak dicairkan pada cash value.

8. Semua tu dah jadi rumah, dah jadi hak milik pemaju. Mereka dah untung besar. 

9. Rakyat miskin kena naya dok ternganga lagu tu jela kena tipu.

10. Takan selepas tangkap, siasat dan bekukan aset, segalanya kembali ke seperti keadaan yang lepas?

11. Takan lepas wajibkan declare harta dan status kewangan dalam agensi, DBKL fikir mereka dah selesaikan masalah?

12. Pergi mati wahai DBKL. Jika itu yang ko fikir. P.E.R.G.I MATI.

13. Untuk semua yang dihalau bagi membolehkan aktiviti penrasuahan berkembang subur, harus kau gantirugikan dengan tanggungjawab mencuci dosa.

14. Tanah yg sepatutnya mendirikan rumah orang miskin dan kurang kemampuan harus kau gantikan dengan membina projek yang sepatutnya.

15. Agensi kerajaan tetapi tanggungjawab sosial macam sial.anak.babi.

16. Boleh pula kau semua bergelak tawa hihihaha selepas menyusahkan hidup masyarakat miskin tanpa rasa bersalah.

17. Ingat dengan membantu siasatan, tanggungjawab DBKL berakhir disitu ke?

18. Selepas hanya mementingkan keuntungan, melambakkan projek perumahan mewah meskipun korang tu berstatus agensi kerajaan, apakah DATUK BANDAR DAN DBKL harus wujud lagi? Apakah mereka tiada pemantauan yang khusus bagi menyelidik setiap projek2 yang telah diluluskan dan diproses bagi membendung amalan salahlaku? Kalau takde makanya pegawai2 atasan yang lain dikira subahat sama. Apakah patut terlepas dari sebarang hukuman?

19. Harus DBKL membetulkan kesalahan yang berpunca dari kelemahan dan kecuaian amalan pentadbiran mereka.


20. Caranya dedahkan semua projek perumahan yang terlibat rasuah, lokasi, berapa untung yg DBKL raih berikutan projek tersebut dan apa status hak pemilikan tanah tersebut. Jika wujud setinggan disitu, ke mana penghuni, dimana mereka dirempatkan? Apakah nasib mereka terbela dan sejauh mana mereka menerima kesan berikutan pendedahan rasuah tersebut. Sedikit sebanyak pasti ada mangsa2 yang menerima tempias negatif. Almaklumla. Hak untuk mendapatkan rumah sebuah dinafi oleh bpemaju kapitalis bagi mengcover wang rasuah kepada kakitangan DBKL. Tak begitu ke? Aku tertanya-tanya ini sejak mula. Tak payah bajet bangga bina rumah kos rendah bertahun-tahun dahulu. Yang korang letak kat tepi-tepi bandar. Lepas tu muka tersengih-sengih declare depan press, DBKL dah melunaskan tanggungjawab sosial pada masyarakat. Tanggungjawab abah kau. Tu pun jenuh la manusia menunggu bila boleh masuk rumah DBKL. Permintaan meningkat, tetapi unit bina baru terhad atau mungkin dah lama tak buat sejak beberapa tahun yang lepas.Kesedaran moral zero. Kesedaran humanity pun out. Kesedaran tanggungjawab lagi la corrupt. Yang ada hanyalah kesedaran memaksimakan keuntungan. Itula DBKL. Marah ke? Yang masyarakat dihanjingkan korang bagaimana pula? Ada peduli perasaan mereka? G matila. Please.

Jumaat, 26 Ogos 2016

Bagaimana Najib Tahu Ada Komplot Mahu Menjatuhkannya - Inila Kisah YG Berlaku Disebalik Tabir.


Najib yang kita lihat lemah sebenarnya tidakla selemah sepertimana sangkaan kita selama ini. Bukan hanya kita tersalah tafsir bahkan Mahathir juga. Mahathir fikir laluan untuk mengantikan Najib tidakla begitu sukar sungguhpun sedar bakal berdepan dengan beberapa cabaran. Sepertimana Abdullah Badwi digantikan, Mahathir percaya Najib juga boleh ditukarkan andai melaksanakan satu pelan tindakan yang tepat pada masa yang bersesuaian. Tetapi jangkaan Mahathir meleset sama sekali.

Baru-baru ini Mahathir mengeluarkan kenyataan. Ada pengkhianat di kalangan Tan Sri - Tan Sri yang pada awalnya berpakat untuk memobilisasikan satu gerakan bagi menukarkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada tahun 2015. Jika bukan kerana tindakan pengkhianat itu sudah tentu Najib berada di dalam penjara sekarang.

Oleh kerana beberapa minggu yang sudah Naib Pemuda UMNO Azwan Bro telah membuat satu laporan polis berhubung isu yang sama ke atas tiga Tan Sri iaitu, Zeti, Gani & Abu Kassim maka tiga nama ini dikaitkan semula dalam kenyataan Mahathir ini. Mahathir pada anggapan media sepertinya membayangkan antara ketiga-tiga Tan Sri yang terkait dalam komplot menjatuhkan Najib, salah seorangnya telah khianat pada dua yang lain. Pun begitu selepas disoal semula oleh pihak media, Mahathir menafikan telahan tersebut.

Jawab Mahathir, wujudnya Tan Sri keempat yang mengkhianati tiga Tan Sri yang lain. Tambah Mahathir lagi, Zeti, Gani & Abu Kassim ialah 'upright person', orang yang baik-baik, hanya melakukan perkara yang betul dan benar (hehe) sahaja.

Tan Sri keempat pada masa kini dispekulasikan merujuk kepada Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara pada saat ini. Ini berikutan Khalid dikatakan ada hubungan baik dengan ketiga-tiga Tan Sri yang dinamakan awal dalam laporan polis sebelumnya. Laporan itu kemudiannya diklasifikasikan sebagai palsu oleh KPN sendiri. Dengan kenyataan terbaru Mahathir ini, umum mula memikirkan suatu persoalan kenapa sesuatu yang dikatakan palsu oleh big boss PDRM itu didedahkan oleh Mahathir dengan membayangkan komplot menjatuhkan Najib itu adalah benar? Bukankah itu bermaksud laporan polis yang dibuat oleh Azwan Bro itu adalah betul selepas disahkan sendiri oleh Mahathir? Pun begitu ketika disoal media siapakah Tan Sri keempat yang mengkhianati rancangan tersebut, Mahathir sekadar tersenyum. Tidak memberikan atau mengesahkan apa-apa nama sungguhpun nama Khalid disebut wartawan.

Susulan dari kenyataan Mahathir itu, RPK dalam portalnya menulis kronologi bagaimana dan kenapa komplot menjatuhkan Najib boleh menjadi gagal.

Pada 24 Julai 2015, waktu tengahari Gani telah dipanggil bagi bertemu Najib. Najib kemudiannya menyoal Gani apakah benar wujudnya kertas pendakwaan ke atas dirinya dan kertas pendakwaan itu telah disediakan 2 bulan lebih awal meskipun siasatan ke atas 1MDB belum pun bermula. Bahkan ketika itu jawatankuasa siasatan khas (task force) pun belum dilancarkan lagi. Najib juga turut menyoal Gani apakah wujudnya campurtangan Agong dalam set-up jawatankuasa siasatan khas 1MDB. Memandangkan jawatankuasa itu tidak pula diberi consent oleh kabinet. Najib juga bertanya. Bukankah kertas pendakwaan seharusnya dibuat selepas siasatan selesai dijalankan dan ternyata wujud unsur-unsur salahlaku disitu.

Rashpal Singh, orang kepercayaan dan business patner Abu Kassim juga dikatakan telah terbang ke London bagi menemui Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report untuk menyerahkan kertas pendakwaan tersebut. Najib bertanya kepada Gani tentang kesahihan perkara tersebut.

RPK menulis bahawanya kaitan antara Rasphal Singh dan Abu Kassim tidak lagi menghairankan orang-orang di SPRM juga. Mereka telah lama ada business deal sejak sebelum Abu Kassim mengetuai SPRM. Rasphal adalah individu yang menjadi orang tengah untuk mengutip wang "under the table" bagi pihak Abu Kassim juga. Oleh atas kepercayaan itu maka Rasphal dihantar bagi menemui Clare untuk menyerahkan dokumen sulit tersebut.

Pada tahun lepas juga, Clare menulis di portal miliknya bahawa dia diekori ketika menemui seseorang dari Malaysia. Aksi pertemuan itu turut dirakamkan oleh lensa kamera si pengintip. Laporan polis telah dibuat oleh Clare bagi memastikan keselamatannya tidak terancam.

Dan selepas Najib menceritakan semua itu kepada Gani Patail dan mengatakan bahawa dia telah mengetahui apa yang sedang berlaku, Gani kemudiannya menjadi panik & merasa gelabah. Dalam pada rasa mengelabah itu, Gani beranggapan apakah IGP (Khalid Abu Bakar) yang membocorkan rahsia kepada Najib dan menceritakan segala-galanya? Gani kemudiannya mengambil tindakan dengan membocorkan semua perkara kepada Najib dan mengakui/menceritakan apa yang telah/bakal dirancang disebalik tabir.

Pada hari yang sama di waktu petangnya Najib ada event dinner bersama Agong. Ketika menghadiri majlis tersebut Najib kemudiannya menceritakan apa yang diakui oleh Gani Patail siang tadinya. Agong kelihatannya 'tidak suka' dengan perkembangan terbaru itu lalu meminta Najib kembali mengadapnya pada pagi isnin 27 Julai 2015.

Pada 27 Julai 2015, Najib bertemu Agong. Surat pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara bertukar tangan dan pada selasanya 28 Julai 2015, Gani sah dipecat serta-merta. Namun kerajaan memberikan alasan bahawanya Gani tidak sihat dan perlu menjalani rawatan oleh itu perkhidmatannya ditamatkan bagi memberikannya laluan untuk focus kepada masalah kesihatannya.

Pada pertemuan Najib-Gani 24 Julai itu juga Gani memecahkan rahsia. Gani memberitahu Najib bagaimana Muhyiddin akan menggunakan kertas pendakwaan tersebut bagi memaksa Najib berhenti sebagai Perdana Menteri. Jika Najib enggan akur pada desakan tersebut maka Muhyiddin dengan bidang kuasanya akan memastikan pendakwaan/tangkapan berlaku ke atas Najib. Najib perlu berundur dan Muhyiddin akan mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Pun begitu belum pun terlaksana apa yang bakal dirancangkan Muhyiddin, Najib terlebih dahulu menyingkirkan Muhyiddin dan Shafie Afdal dalam mesyuarat kabinet 29 Julai 2015.

Ianya bukan Khalid yang mendedahkan maklumat kepada Najib sebaliknya adalah Gani. Apa yang semua orang tidak tahu, Gani la yang mendedahkan 5 lagi nama Tan Sri lain yang turut sama terlibat bagi memastikan Najib berundur sebagai PM Malaysia, jelas RPK dalam penulisannya itu. Gani yang menjual nama dan hanya sedikit dari mereka yang mengetahui kebenaran ini.

Nota :

1. Ketika melakukan pencarian berkaitan penulisan di atas, aku dapati Gani Patail dan Abu Kassim tidak layak ditakrifkan sebagai individu yang kononnya bermaruah dan bermoral.

2. Gani, Abu Kassim (ketika itu sebagai timbalan), bersama Musa Hasan terlibat dalam satu penahanan seorang peguam secara salah berikutan scandal copgate. Gani juga menjadi 'alatan' Mahathir dalam memenjarakan Anwar pada tahun 1998-1999. Gani dikatakan melakukan apa saja cara asalkan Anwar terpenjara meskipun Anwar akhirnya dilepaskan pada tahun 2004 berikutan kekurangan bukti dan hujah pendakwaan yang lemah. Gani kemudiannya dilantik menjadi Peguam Negara.

3. Rosli Dahlan ialah peguam pada tahun 2007. Ramli Yusof pula ialah CCID. Rosli telah membantu Ramli dalam melengkapkan proses penahanan Tengku Goh.

4. Skandal Copgate merujuk kepada skandal yang melibatkan institusi kepolisan Malaysia. Cop = mewakili polis.

5. Musa dikatakan punya hubungan rapat dengan Ketua Kongsi Gelap. Goh Cheng Poh dan BK Tan.

6. Segalanya bermula apabila Tengku Goh berjaya ditahan oleh Ramli dan orang-orangnya kerana terlibat dalam kegiatan money laundering.

7. Tengku Goh kemudiannya memohon Habeas Corpus. Habeas Corpus ialah perintah mahkamah bagi membebaskan seseorang yang telah ditahan secara salah. Kongsi gelap Tengku Goh menggunakan saluran ini bagi mendapatkan kebebasan.

8. Ramli mempertahankan tangkapan berserta bukti, apabila dimohon afidavit dari peguam negara, Gani enggan menjalankan tugas. Sebaliknya Ramli, Rosli dan enam pegawai polis yang lain didakwa dan dipenjarakan atas penahanan Tengku Goh.

9. Ramli dan Rosli kemudiannya dibebaskan pada tahun 2009. Dan mereka berdua menfailkan saman secara berasingan terhadap SPRM, Gani Patail, Kerajaan Malaysia, Utusan kerana menahan secara salah dan menyebabkan maruah mereka tercemar dengan teruk disamping keluarga turut dilemparkan dengan pandangan negatif masyarakat. Rosli ditahan atas alasan memiliki aset melampaui dari kemampuannya sedangkan dia telah bersumpah akan membuat pengisytiharan aset. 

10. Kevin Morais turut disaman oleh Rosli kerana ketika itu mendiang bekerja di SPRM, dan sehingga tahun 2015, ketika hadir dalam satu prosiding mahkamah untuk memberikan keterangan berkaitan tuntutan saman tersebut, Kevin tegas mempertahankan tindakannya bahawa penangkapan Rosli adalah sah dan mengikut undang-undang. Kevin juga merupakan orang kepercayaan Gani Patail.

11. Dalam perbicaraan tersebut juga mendedahkan bagaimana Gani masuk campur dalam urusan SPRM. Abu Kassim dikatakan mahu menutup kes Rosli tetapi telah dihalang oleh Gani. Saksi ialah Robert Phang, bekas ahli panel jawatankuasa pencegahan rasuah & konsultansi SPRM.

12. Pun begitu pada tahun 2016, bulan April, SPRM akhirnya mengakui salah dan meminta maaf kepada Rosli kerana menahannya secara salah. Kevin Morais dan Gani juga tiada lagi dalam pentadbiran kerajaan, oleh itu Rosli kemudiannya membatalkan semua tuntutan saman. Utusan juga pada sebelum itu telah memohon maaf secara terbuka menerusi ruang akhbarnya dan mengakui artikel yang ditulis berdasarkan andaian tanpa pembuktian yang nyata.

13. Untuk rekod, pada tahun 2012 menteri berkata tiada keperluan untuk menyiasat Musa Hasan dalam skandal Copgate.

Rujukan.

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-368494.html

http://www.themalaysiantimes.com.my/utusan-mohon-maaf-saman-peguam-batal/

http://www.mykmu.net/2015/09/timbalan-pendakwaraya-yang-hilang-merupakan-defendan-saman-beratus-juta/

https://m.malaysiakini.com/news/336647

http://www.malaysia-today.net/when-gani-sold-out-zeti-and-abu-kassim/

Khamis, 25 Ogos 2016

Difitnah MP Langkawi, Saksi Debat Di FB Jelaskan Perkara Sebenar.

Gali lubang tutup lubang. Kesian aku tengok MP korang neh. Kalau awal-awal mengaku salah dan tarik balik kenyataan kan senang. Takde la berpening-peningan nak karang penipuan baru untuk kambus penipuan lama.

Beberapa hari yang lepas Ir Nawawi Ahmad wakil rakyat bagi Langkawi membuat permohonan maaf kepada Yang Dipertuan Agong berikutan status FBnya yang menyatakan MO1 itu adalah Agong dan bukannya merujuk kepada Najib.

Namun sebelum itu dirinya telah membuat laporan polis mengatakan telah difitnah dalam isu MO1 dan bertegas tiada keperluan untuk memohon maaf. Dia juga sempat menyalahkan pembangkang dalam isu neh. Padahal dia yang update status tersebut. Selepas membuat laporan polis, dia kemudiannya membuat sidang media. Dalam sidang media berkenaan dia mengatakan semua ini berpunca daripada soalan Allan Nor.

Allan Nor bertanyakan siapakah MO1 dalam laporan PAC. Oleh kerana dalam laporan PAC berkenaan siasatan 1MDB yang dibentangkan kepada umum dalam beberapa bulan yang lepas tiada ditulis tentang MO1 makanya MP tersebut sekadar menerangkan secara perlembagaan kepada Allan Nor tentang siapakah yang dimaksudkan sebagai MO1. Tiada kaitan langsung dengan DOJ.

Ini adalah kenyataan Ir Nawawi yang dipetik menerusi satu rakaman video. (rujuk sini).

Dan berikut ialah statement pembetulan dari tuan punya nama, Allan Nor ;

Untuk penjelasan dari PC Dato Nawawi petang tadi, disini saya jelaskan segala perbahasan kami berdua.

Pada 16hb Aug pukul 12.14pm saya ada komen posting Dato Nawi berkenaan DOJ dan scandal 1MDB didlm Page Dia itu.. Pertanyaan saya kepada dia ialah dua perkara

1. Siapakah MO1.

2. Siapakah Mr 117 dlm Lapuran PAC report itu.

Jarak antara MO1 dengan Mr 117 dlm lapruan PAC itu, ada perkataan DAN bermaksud 2 pertanyaan.

Jawapan dari Dato Nawi juga ada dua jawapan seperti dia komenkan. Dan selepas jawapan Dato Nawi saya masih bertanya Dato, adakah Dato bacakah laporan DOJ itu, kenapa YDPA ada tali persaudaran dgn Reza Aizz..

Sebelah petang saya lihat balek posting itu sudah dipadamkan dan mengubah ke perkara lain..

Persoalan disini kalau hendak membuat penerangan jgn memburuk atau mengata saya seorang yg jahat dan baru kenal saya seminggu sedangkan kami sudah berbahas selama 3 bulan dahulu..

Disini saya lampirkan keratan print screen penuh saya tanpa diedit oleh sesiapa...


Selamat memahami dan BERSATU kita semua... Cuba lihat anak panah yg saya tandakan dan waktu masa perbahasan kami yg sebenarnya...


Allan Nor
---------

Suka hati malaon tu je nak konar baring sana sini. Taknak mengaku salah lagi tu. Sanggup dia cipta alasan karut2 demi nak menyalahkan orang lain. Akaiii.

Dalam pada itu juga Ir Nawawi korang neh sememangnya mengalami tekanan mental yang amat dahsyat disebabkan isu neh.

Tengok respon-respon dia pada pengkritik ;



Paneh ahti member. Sampai kepala banakan orang. Wakil rakyat apetah perangai macam neh. Komunikasi zero. Perkhidmatan pun zero. Pun ada orang sokong lagi. Bengappp.

Yang tak boleh blah tu beria plak dia kata soalan Allan Nor tu ada kesilapan besar. Macam bangga-bangga je kekonon boleh gunakan point tersebut untuk spin dan bersihkan diri dari masalah neh. Tak sedar-sedar lagi tu orang dah siap printscreen awal-awal. Bukti semua complete. Hujah padu takde cacat cela. Kita dah bagi kronologi baik punya yang kita explain berdasarkan situasi sebenar. Menyempat lagi malaon neh nak spin. Macam la orang cuma baca apa yang dia tulis dengar hanya apa yang dia kata. Bangang ke ape.

Kahkahkahkahkahkahkah!

Kes Cabul - Satu Konspirasi Budak 10 Tahun Bagi Membunuh Karektor Ustaz Kazim - Ini Penjelasan Kes Dari Penyokong UKE.

Ya betul... fitnah dan tidak benar.
DUKE dan AlBarakah difitnah Dek bapa yang tak puas hati coz anak dia dibuang kes disiplin. Bila dah dibuang sebab disiplin....

Pihak AlBarakah mmg xkan terima rayuan pelajar utk masuk semula. Masa kes ni baru kecoh...sy tgh daftarkan anak sedara.

Pihak pengurusan dah beri penjelasan kepada ibubapa yang mwndaftar pd hari itu. Bapa budak tu bengang dan cucuk ibubapa yang hadir mendaftar....rupanya bapa budak ni xpuashati lagi....bab disiplin mmg pengurusan AlBarakah xdak kompromi.

Respek AlBarakah n DUKE

-----

Kat atas neh apa? Kat atas neh ialah benda yang dicopypaste oleh geng-geng UMNO kat ruangan komen portal2 berita yang melaporkan kes Maahad Tahfiz milik DUKE aka Datuk Ustaz Kazim Elias. Selain itu ianya juga giat disebarkn di mesej-mesej WhatsApp.









Berikut di atas pula ialah petikan komen-komen netizens yang menberikan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong DUKE, ada juga yang mengkritiknya. Ada juga yang lebih selesa menunggu hasil siasatan rasmi. Ada juga yang memberikan gambaran bukan-bukan terhadap mangsa. Ada juga yang menyamakan kehidupan DUKE seperti Nabi Muhammad.

Contoh komen Iza Amie. Dengan mengupas sirah kehidupan Nabi disandarkan pada kehidupan DUKE kononnya inila jalan-jalan yang dilalui para alim ulama. Sakai. DUKE tak pernah tegur kemungkaran pemimpin-pemimpin negara pun. Tang mane ada persamaan dengan Baginda? Ada Nabi kita kompromi pada perkara-perkara yang merosakkan institusi masyarakat ke? Ada Nabi kita takut menyatakan kebenaran ke? Nak bela DUKE pun tak payah bagi respon merepek sangat boleh tak.

Komen Hayati Ramli. Benda neh tak mungkin sebab dia rajin lawat sekolah. Sakai juga. Takan pemangsa2 tu, "Eehhh Makcik Yati.. Meh la tengok we all nak cabul adik2 junior neh hah..". Seriously ko tak fikir dorang akan buat kerja2 macam neh secara terbuka, di kawasan yang boleh dilihat menerusi CCTV dan ada saksi dewasa serta di hadapan orang luar, kan?

Komen oleh Aishah Ali lagi tak boleh blah. Serangan kepada Maahad Tahfiz, serangan kepada DUKE dan serangan kerana tidak mahu Islam hidup disini katanya. Sakit otak gamaknya kakak Aishah korang neh. Dia sedar tak bahawanya mangsa-mangsa dalam kes neh berumur sekitar 9-10 tahun? Budak 9,10 tahun nak karang konspirasi pejadahnya. Baik main bola sepak ke game ke tengok kartun ke. Budak lagi kan. Maksud konspirasi pun dorang tak tau apa. Sakai betul mentaliti begini. Mentaliti menyalahkan mangsa, keluarga mangsa demi membela si pelaku jenayah & Ustaz Selebriti atas kerana dia menyukai Ustaz berkenaan. Ada ke apa yang kita sukai semestinya betul? Ada ke Ustaz ditakrifkan maksum dan sememangnya dilindungi dari melakukan dosa? Kali terakhir yang aku ingat, DUKE dan anak-anak lelakinya masih lagi seorang manusia yang biasa. Sejak bila kita ada Nabi Kazim? Ada sesiapa boleh bagitau apa yang aku terlepas tak??

Ya. Benar. Aku memilih bersama mangsa-mangsa dalam kes ini. Kes neh kalau ko follow dari awal ialah ;

1. Wardina bagi pendahuluan cerita.

2. Tersebar di media sosial.

3. Desakan laporan polis dibuat.

4. Dan akhirnya kes dilaporkan. Polis sedang siasat Maahad tersebut.

Ada gap masa antara babak first dan babak keempat dalam kisah neh. Aku percaya jurang waktu ini berlaku disebabkan keluarga mangsa perlu membina kekuatan. Ini bukan kes main-main beb. Ini ko nak lawan Maahad Tahfiz milik ustaz popular. Yang ada ramai penyokong. Yang pada bila-bila masa kau boleh diserang balas kononnya sedang melemparkan fitnah. Nak jatuhkan pusat tahfiz. Nak create persepsi negatif terhadap agama. Macam-macam tuduhan yang penyokong2 UKE boleh karang bagi membunuh karektor mangsa dan ahli keluarga mangsa. Mereka tak peduli apa yang dilalui mangsa2 dan ahli keluarga mangsa. Yang mereka tahu, UKE ko serang ko kena.

Tu yang wujud penjelasan counter attack dari side pro UKE. Anak ada masalah disiplin la. Kena buang la. Pre rayuan tak lulus la. Padiayapa. Satu Pusat Tahfiz buang, berlambak2 lagi Pusat Tahfiz di luar sana yang sudi terima. Yang percuma, yang berbayar, you name it la. Semua ada. Complete. Apa yang susah-susah nak karang drama konspirasi bagi menjatuhkan Maahad Tahfiz milik UKE. Bodoh unlimited. Hanya orang bodoh je pergi percaya penjelasan karut macam tu dan laju-laju sebar.

Tambahan pula keluarga2 mangsa somehow menambahkan penderitaan diri sendiri dan anak masing2 bila bernekad lawan terus. Nak ulang cerita babak-babak kejadian pada beberapa pihak dalam suatu tempoh masa. Risiko kalah. Risiko tutup kes atas sebab campurtangan politik memandangkan dia penceramah VVIP. Ingat emosi tak terjejas ke? Ini citer ganguan seksual pada anak-anak sendiri. Bukan pada anak2 orang lain. Tatau juga macam mana anak2 sendiri terjejas dari sudut saikologi. Apa yang dia fikir. Bagaimana insiden neh akan mempengaruhi hidup dia, perwatakan dia, perlakuan dia, pemikiran dia. Seberapa jauh dia terpengaruh. Apakah dia akan meniru tingkahlaku pemangsa. Semua soalan2 ini ada dalam kepala hotak ahli keluarga mangsa. Ia bukan sekadar berakhirnya satu babak penderitaan dan serangan kemudiannya habis cerita. Tidak. Ada implikasi-implikasi yang perlu dilalui oleh ahli keluarga mangsa. Yang neh kita tidak akan tahu kerana kita off-babak dalam kisah neh. Hanya mereka2 yang lalui je akan faham.

Kerana itu aku decide untuk percaya pada mangsa2 kes dan famili. Jalan cerita begitu terperinci. Amat tipu untuk kata aku tak percaya. Aku percaya. Bahkan yang percaya dan menyokong mangsa juga perlu ada kekuatan kerana kita2 neh nanti akan menjadi keyboard warriors dalam mempertahankan hak mangsa. Membaca kenyataan yang disebarkan Wardina dan Syed Azmi membuatkan aku jadi sedih. Aku hanya baca sekali je kenyataan2 yang berbeza tu. Aku tak boleh membaca kali kedua bahkan pembacaan aku jadi kabur-kabur disebabkan aku sampai satu tahap, tak sanggup nak baca. Itu aku orang luar. Mangsa bagaimana? Famili mangsa bagaimana? Konspirasikah ini? Akai ada ka?

Mangsa sebetulnya takde kepentingan sepatah haram pun dalam cerita neh. Bertambah2 menjadi lebih mangsa dari mangsa itu ada la. Namun DUKE ada kepentingan bila menafi. Ini Maahad dia. Berisiko untuk ditutup. Hilang wang bantuan / peruntukan kerajaan. Kerjaya ceramah bakal terjejas. Hilang mata pencarian. Salah satu pemangsa ialah anak DUKE sendiri. Satu kes babitkan reputasi famili. Berceramah kemain hebat sana sini. Tapi sahsiah anak sendiri bermasalah kronik. Adakah masyarakat akan menyakini pada kata-katanya lagi?? Sudah tentu ia akan dipertikaikan. Dan aku setuju kita perlu tunggu polis buka kertas pendakwaan. Jika korang baca luahan ibu mangsa, ada dinyatakan bahawanya wakil ustaz menyatakan kes ini tidak akan ke mana. Jika bukan wakil ustaz mungkin ustaz itu sendiri yang berkata demikian. Aku dah tak sanggup baca untuk kali kedua so jika salah betulkan. Aku ingat-ingat lupa tapi antara dua ni la. Selepas diceritakan semua masalah, pengetua yang diharapkan membela nasib rupanya lebih membela nasib si pemangsa.

Aku tak terkejut dengan pendirian Pengetua. Sebab aku dah sedia maklum pemikiran dia macam mana. Tengok pendirian bab politik dia je dah kelaut. Jangan ko sentuh benda2 lain. Confirm bermasalah. Tapi aku kesian tengok orang2 yang tertipu dengan wayang hebat dia.

Kita sembang bab Islam macam takut Tuhan. Tetapi bila diuji dengan anak bermasalah, anak buat salah, kita lupa apa yang telah kita ceramahkan. Apa yang kita ajar orang kita sendiri tak amal. Kita kata Islam agama adil. Agama benar. Risalah cahaya kebenaran. Tetapi bila kita sendiri perlu mengadili satu2 kes yang terjadi dalam kawasan kawalan kita sendiri, mencari kebenaran, siasatan, membela mangsa semua entah ke mana. Gara2 sayangkan anak sendiri, anak orang kita mangsa2kan. Adil ke?

Sebetulnya jika ketika diadu masalah, kita bersedia mendengar, menyiasat, mengambil tindakan, membetulkan, membela mangsa2 keadaan dan mempertahankan kebenaran, orang akan lebih memghormati kita biarpun kita mendedahkan kelemahan anak sendiri, masalah yang berlaku dalam Maahad Tahfiz sendiri. Ini bukan sahaja untuk bela mangsa dan famili mangsa ini juga suatu tindakan tepat bagi menyelamatkan anak sendiri dari terus tersasar dan memangsakan anak2 orang lain pula. Tetapi sayangnya kita buat pilihan yang salah sejak mula. Sekarang kan dah makan diri.

Sedikit info : Asiah Abu Jalil bersedia menawarkan khidmat guaman kepada keluarga2 mangsa. Sesiapa yang mengenali sila sampaikan maklumat ini.



Jika korang ada baca juga luahan ibu mangsa ada diceritakan yang pegawai polis ada menyebut bagi kes-kes sebegini mendapatkan sokongan umum dan masyarakat memberikan tekanan kepada VVIP yang terlibat akan memudahkan siasatan. Dalam banyak kes, selalunya tak memihak pada mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...