Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Ogos 2016

Bagaimana Najib Tahu Ada Komplot Mahu Menjatuhkannya - Inila Kisah YG Berlaku Disebalik Tabir.


Najib yang kita lihat lemah sebenarnya tidakla selemah sepertimana sangkaan kita selama ini. Bukan hanya kita tersalah tafsir bahkan Mahathir juga. Mahathir fikir laluan untuk mengantikan Najib tidakla begitu sukar sungguhpun sedar bakal berdepan dengan beberapa cabaran. Sepertimana Abdullah Badwi digantikan, Mahathir percaya Najib juga boleh ditukarkan andai melaksanakan satu pelan tindakan yang tepat pada masa yang bersesuaian. Tetapi jangkaan Mahathir meleset sama sekali.

Baru-baru ini Mahathir mengeluarkan kenyataan. Ada pengkhianat di kalangan Tan Sri - Tan Sri yang pada awalnya berpakat untuk memobilisasikan satu gerakan bagi menukarkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada tahun 2015. Jika bukan kerana tindakan pengkhianat itu sudah tentu Najib berada di dalam penjara sekarang.

Oleh kerana beberapa minggu yang sudah Naib Pemuda UMNO Azwan Bro telah membuat satu laporan polis berhubung isu yang sama ke atas tiga Tan Sri iaitu, Zeti, Gani & Abu Kassim maka tiga nama ini dikaitkan semula dalam kenyataan Mahathir ini. Mahathir pada anggapan media sepertinya membayangkan antara ketiga-tiga Tan Sri yang terkait dalam komplot menjatuhkan Najib, salah seorangnya telah khianat pada dua yang lain. Pun begitu selepas disoal semula oleh pihak media, Mahathir menafikan telahan tersebut.

Jawab Mahathir, wujudnya Tan Sri keempat yang mengkhianati tiga Tan Sri yang lain. Tambah Mahathir lagi, Zeti, Gani & Abu Kassim ialah 'upright person', orang yang baik-baik, hanya melakukan perkara yang betul dan benar (hehe) sahaja.

Tan Sri keempat pada masa kini dispekulasikan merujuk kepada Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara pada saat ini. Ini berikutan Khalid dikatakan ada hubungan baik dengan ketiga-tiga Tan Sri yang dinamakan awal dalam laporan polis sebelumnya. Laporan itu kemudiannya diklasifikasikan sebagai palsu oleh KPN sendiri. Dengan kenyataan terbaru Mahathir ini, umum mula memikirkan suatu persoalan kenapa sesuatu yang dikatakan palsu oleh big boss PDRM itu didedahkan oleh Mahathir dengan membayangkan komplot menjatuhkan Najib itu adalah benar? Bukankah itu bermaksud laporan polis yang dibuat oleh Azwan Bro itu adalah betul selepas disahkan sendiri oleh Mahathir? Pun begitu ketika disoal media siapakah Tan Sri keempat yang mengkhianati rancangan tersebut, Mahathir sekadar tersenyum. Tidak memberikan atau mengesahkan apa-apa nama sungguhpun nama Khalid disebut wartawan.

Susulan dari kenyataan Mahathir itu, RPK dalam portalnya menulis kronologi bagaimana dan kenapa komplot menjatuhkan Najib boleh menjadi gagal.

Pada 24 Julai 2015, waktu tengahari Gani telah dipanggil bagi bertemu Najib. Najib kemudiannya menyoal Gani apakah benar wujudnya kertas pendakwaan ke atas dirinya dan kertas pendakwaan itu telah disediakan 2 bulan lebih awal meskipun siasatan ke atas 1MDB belum pun bermula. Bahkan ketika itu jawatankuasa siasatan khas (task force) pun belum dilancarkan lagi. Najib juga turut menyoal Gani apakah wujudnya campurtangan Agong dalam set-up jawatankuasa siasatan khas 1MDB. Memandangkan jawatankuasa itu tidak pula diberi consent oleh kabinet. Najib juga bertanya. Bukankah kertas pendakwaan seharusnya dibuat selepas siasatan selesai dijalankan dan ternyata wujud unsur-unsur salahlaku disitu.

Rashpal Singh, orang kepercayaan dan business patner Abu Kassim juga dikatakan telah terbang ke London bagi menemui Clare Rewcastle Brown, editor Sarawak Report untuk menyerahkan kertas pendakwaan tersebut. Najib bertanya kepada Gani tentang kesahihan perkara tersebut.

RPK menulis bahawanya kaitan antara Rasphal Singh dan Abu Kassim tidak lagi menghairankan orang-orang di SPRM juga. Mereka telah lama ada business deal sejak sebelum Abu Kassim mengetuai SPRM. Rasphal adalah individu yang menjadi orang tengah untuk mengutip wang "under the table" bagi pihak Abu Kassim juga. Oleh atas kepercayaan itu maka Rasphal dihantar bagi menemui Clare untuk menyerahkan dokumen sulit tersebut.

Pada tahun lepas juga, Clare menulis di portal miliknya bahawa dia diekori ketika menemui seseorang dari Malaysia. Aksi pertemuan itu turut dirakamkan oleh lensa kamera si pengintip. Laporan polis telah dibuat oleh Clare bagi memastikan keselamatannya tidak terancam.

Dan selepas Najib menceritakan semua itu kepada Gani Patail dan mengatakan bahawa dia telah mengetahui apa yang sedang berlaku, Gani kemudiannya menjadi panik & merasa gelabah. Dalam pada rasa mengelabah itu, Gani beranggapan apakah IGP (Khalid Abu Bakar) yang membocorkan rahsia kepada Najib dan menceritakan segala-galanya? Gani kemudiannya mengambil tindakan dengan membocorkan semua perkara kepada Najib dan mengakui/menceritakan apa yang telah/bakal dirancang disebalik tabir.

Pada hari yang sama di waktu petangnya Najib ada event dinner bersama Agong. Ketika menghadiri majlis tersebut Najib kemudiannya menceritakan apa yang diakui oleh Gani Patail siang tadinya. Agong kelihatannya 'tidak suka' dengan perkembangan terbaru itu lalu meminta Najib kembali mengadapnya pada pagi isnin 27 Julai 2015.

Pada 27 Julai 2015, Najib bertemu Agong. Surat pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara bertukar tangan dan pada selasanya 28 Julai 2015, Gani sah dipecat serta-merta. Namun kerajaan memberikan alasan bahawanya Gani tidak sihat dan perlu menjalani rawatan oleh itu perkhidmatannya ditamatkan bagi memberikannya laluan untuk focus kepada masalah kesihatannya.

Pada pertemuan Najib-Gani 24 Julai itu juga Gani memecahkan rahsia. Gani memberitahu Najib bagaimana Muhyiddin akan menggunakan kertas pendakwaan tersebut bagi memaksa Najib berhenti sebagai Perdana Menteri. Jika Najib enggan akur pada desakan tersebut maka Muhyiddin dengan bidang kuasanya akan memastikan pendakwaan/tangkapan berlaku ke atas Najib. Najib perlu berundur dan Muhyiddin akan mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Pun begitu belum pun terlaksana apa yang bakal dirancangkan Muhyiddin, Najib terlebih dahulu menyingkirkan Muhyiddin dan Shafie Afdal dalam mesyuarat kabinet 29 Julai 2015.

Ianya bukan Khalid yang mendedahkan maklumat kepada Najib sebaliknya adalah Gani. Apa yang semua orang tidak tahu, Gani la yang mendedahkan 5 lagi nama Tan Sri lain yang turut sama terlibat bagi memastikan Najib berundur sebagai PM Malaysia, jelas RPK dalam penulisannya itu. Gani yang menjual nama dan hanya sedikit dari mereka yang mengetahui kebenaran ini.

Nota :

1. Ketika melakukan pencarian berkaitan penulisan di atas, aku dapati Gani Patail dan Abu Kassim tidak layak ditakrifkan sebagai individu yang kononnya bermaruah dan bermoral.

2. Gani, Abu Kassim (ketika itu sebagai timbalan), bersama Musa Hasan terlibat dalam satu penahanan seorang peguam secara salah berikutan scandal copgate. Gani juga menjadi 'alatan' Mahathir dalam memenjarakan Anwar pada tahun 1998-1999. Gani dikatakan melakukan apa saja cara asalkan Anwar terpenjara meskipun Anwar akhirnya dilepaskan pada tahun 2004 berikutan kekurangan bukti dan hujah pendakwaan yang lemah. Gani kemudiannya dilantik menjadi Peguam Negara.

3. Rosli Dahlan ialah peguam pada tahun 2007. Ramli Yusof pula ialah CCID. Rosli telah membantu Ramli dalam melengkapkan proses penahanan Tengku Goh.

4. Skandal Copgate merujuk kepada skandal yang melibatkan institusi kepolisan Malaysia. Cop = mewakili polis.

5. Musa dikatakan punya hubungan rapat dengan Ketua Kongsi Gelap. Goh Cheng Poh dan BK Tan.

6. Segalanya bermula apabila Tengku Goh berjaya ditahan oleh Ramli dan orang-orangnya kerana terlibat dalam kegiatan money laundering.

7. Tengku Goh kemudiannya memohon Habeas Corpus. Habeas Corpus ialah perintah mahkamah bagi membebaskan seseorang yang telah ditahan secara salah. Kongsi gelap Tengku Goh menggunakan saluran ini bagi mendapatkan kebebasan.

8. Ramli mempertahankan tangkapan berserta bukti, apabila dimohon afidavit dari peguam negara, Gani enggan menjalankan tugas. Sebaliknya Ramli, Rosli dan enam pegawai polis yang lain didakwa dan dipenjarakan atas penahanan Tengku Goh.

9. Ramli dan Rosli kemudiannya dibebaskan pada tahun 2009. Dan mereka berdua menfailkan saman secara berasingan terhadap SPRM, Gani Patail, Kerajaan Malaysia, Utusan kerana menahan secara salah dan menyebabkan maruah mereka tercemar dengan teruk disamping keluarga turut dilemparkan dengan pandangan negatif masyarakat. Rosli ditahan atas alasan memiliki aset melampaui dari kemampuannya sedangkan dia telah bersumpah akan membuat pengisytiharan aset. 

10. Kevin Morais turut disaman oleh Rosli kerana ketika itu mendiang bekerja di SPRM, dan sehingga tahun 2015, ketika hadir dalam satu prosiding mahkamah untuk memberikan keterangan berkaitan tuntutan saman tersebut, Kevin tegas mempertahankan tindakannya bahawa penangkapan Rosli adalah sah dan mengikut undang-undang. Kevin juga merupakan orang kepercayaan Gani Patail.

11. Dalam perbicaraan tersebut juga mendedahkan bagaimana Gani masuk campur dalam urusan SPRM. Abu Kassim dikatakan mahu menutup kes Rosli tetapi telah dihalang oleh Gani. Saksi ialah Robert Phang, bekas ahli panel jawatankuasa pencegahan rasuah & konsultansi SPRM.

12. Pun begitu pada tahun 2016, bulan April, SPRM akhirnya mengakui salah dan meminta maaf kepada Rosli kerana menahannya secara salah. Kevin Morais dan Gani juga tiada lagi dalam pentadbiran kerajaan, oleh itu Rosli kemudiannya membatalkan semua tuntutan saman. Utusan juga pada sebelum itu telah memohon maaf secara terbuka menerusi ruang akhbarnya dan mengakui artikel yang ditulis berdasarkan andaian tanpa pembuktian yang nyata.

13. Untuk rekod, pada tahun 2012 menteri berkata tiada keperluan untuk menyiasat Musa Hasan dalam skandal Copgate.

Rujukan.

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-368494.html

http://www.themalaysiantimes.com.my/utusan-mohon-maaf-saman-peguam-batal/

http://www.mykmu.net/2015/09/timbalan-pendakwaraya-yang-hilang-merupakan-defendan-saman-beratus-juta/

https://m.malaysiakini.com/news/336647

http://www.malaysia-today.net/when-gani-sold-out-zeti-and-abu-kassim/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...