Rabu, 24 Ogos 2016

Timbalan AMK Tak Bayar Gaji Pekerja Berbulan-Bulan, NGO Pro PKR Luah Perasaan Di FB.




Hanjingan Terbuka Buat Timbalan Ketua Penerangan AMK

Anak muda hari ni semakin rasa terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi. Namun yang lebih memilukan bila aku dapat tahu adik beradik dalam Lensa Anak Muda Malaysia - LENSA ada yang gaji tertunggak sehingga 3 bulan dek sebuah projek jalan di Kota Damansara, poket tembus dah kering nak mampus.

3 bulan tak bergaji, tambah lagi sebulan terkontang kanting cari kerja. Cerita panjang tak guna. Tapi itulah perangai Timbalan Ketua Penerangan AMK hari ni. Cakap memang tak serupa bikin. Sebagai majikan perlulah bertanggungjawab penuh terhadap pekerja.

Kawan aku ni bukan sorg je yang kena, bersepah lagi perkerja lain di projek tu tertindas. Cuma diorg tak berani nak bersuara sebab masih harap makan gaji. Dahlah dorang ni baru je mula bekerja nak bina kehidupan seorang anak muda, tapi apa dijanji hanyalah janji manis sahaja. Sampailah terpaksa bawa isu ini ke pejabat buruh setelah perbincangan dan respon dari Timbalan Ketua Penerangan AMK ni memang hampeh.

Semalam dengan merendah diri berbincanglah jugak kawan aku ni dengan si Timbalan Ketua Penerangan AMK ni kotlah boleh selesai di bilik rundingan pejabat Buruh sebelum ditetapkan perlu ke perbicaraan. Tapi dah kalau ego kau tu tinggi cakaplah apa pun memang hanya dibakul sampah. Pandang muka pun tak. Perbincangan tak selesai dengan tawaran yang tidak munasabah. Dengan status dia sebagai seorang yang berniat nak jadi ADUN dan mempunyai perniagaan 'tepi' yang lain. Ego kau memang nk bawa kes ni berpanjangan.

Akhirnya pejabat buruh tetapkan tarikh perbicaraan. Tunggulah korang kita tengok si belit Timbalan Ketua Penerangan AMK boleh menang ke tak nanti. Memanglah difikirkan tiada kena mengena isu majikan yang tak bayar gaji pekerja ni dengan parti tapi inilah realiti sebenar yang mencemar imej Parti. Ada hati nak jadi wakil rakyat, kes pekerja pun kau tak serius. Nak jaga rakyat?

Aku harap Nik Nazmi ambik tindakan segera dan pecatlah si Timbalan Ketua Penerangan AMK ni. Tak layak jadi seorang pemimpin kalau dah pekerja syarikat sendiri pun dilayan sebegini rupa. Bukan kawan aku sorang je yang kena, ramai lagi yg kena. Lupakan sahaja laungan 'Reformasi' milik rakyat tu. Jangan nak gebang lebih la. Dibalik anak muda sibuk nak desak pemimpin korup diturunkan, ada pulak kes-kes malang begini. Lalu apa lagi selain kekecewaan?

Safwan Anang LENSA

------

Sedikit penambahan info. Dikhabarkan juga individu terbabit bakal dicalonkan di Muar mewakili PKR pada PRU ke 14.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...