Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Mei 2016

PAS Calon Pengacau Jika Bertanding Di SG Besar & Kuala Kangsar.

Yeke?

Sebaran geng sana untuk perli geng situ. Sini takdak geng. Kesian kat sini.

KAH KAH KAH


Kalau kita imbas kembali PRU ke 13 yang lepas di kedua-dua kerusi di atas ya, aku setuju sangat PAS boleh disifatkan sebagai calon pengacau di kedua-dua kawasan berkenaan.

Tengok aje undi PAS kat SG. Acheh. Sangat memalukan. PAS bukan sahaja tidak akur pada kesalahan yang mereka lakukan bahkan secara mendabik dada menunding jari kepada orang lain. Ya Tuhan. Kau dapat undi 690 aje kot. BN menang tipis kot. 6,891. PAS penyibuk kat situ satu hal. Yang undi PAS tu pun bebal juga. Korang nak menangkan pembangkang ke nak menangkan penyangak. Macam takde otak nak fikir baik buruk. Calon SG. Acheh bukan ke Chegu Bard. Calon tu berkelayakan buat kerja daa. Ada otak kasi guna la. Jangan jadikan perhiasan semata kat kepala ko tu wahai PAS.

KAH KAH KAH

Kat Kota Damansara memang lambang PKR tapi calon PSM. Dr. Nasir calonnya. Dr. Nasir dapat 14,000 ++. Calon PAS dapat 7,000 undi. Calon PAS ialah ;


PAS tidak salah bila mengatakan kerusi di Kota Damansara ialah 'milik mereka'. Hasil perbincangan dan tolenrasi, PAS akhirnya melepaskan seat berkenaan kepada PKR untuk ditandingi oleh PSM pada tahun 2008.

Pada tahun 2004, memang PAS yang bertanding.

Klik Image Untuk Paparan Jelas

Tapi PAS tak berjaya menyakinkan pengundi pada tahun-tahun sebelumnya. Segalanya berubah pada tahun 2008 dan 2013, pembangkang berjaya menambat ahti pengundi untuk memangkah mereka tetapi bukan calon dari PAS.

Meskipun PAS berdegil dan tetap bertanding pada tahun 2013 dan undi mereka bertambah daripada 4,000 ++ kepada 7,000 ++ namun tetap tak mampu mengatasi jumlah sokongan yang diterima oleh Dr. Nasir.

Dan sekali lagi. Bagi seat ini. PAS juga tidak tunduk dan akur kepada kesalahan mereka sebaliknya menunding jari kepada orang lain. Antara alasan-alasan kenapa PAS Kota Damansara berkeras bertanding disitu juga adalah disebabkan Dr. Nasir tak solat, dia daripada PSM, PSM pro komunis, ada poster Karl Marx di markas PSM.

Alasan-alasan tanpa bukti ini disebarkan begitu giat oleh orang-orang PAS. At least pergi la jalankan sedikit siasatan. Betul ka Dr. Nasir tak solat sebelum main sebarkan aje. Aiyohh.

Bercakap pasal poster, bukan poster Karl Marx je ada tapi macam-macam pemimpin lain termasuklah poster Hugo Chavez. Di poster-poster berkenaan ada quote-quote tertentu, yang dipetik dari idelogism, catatan, penulisan, pemikiran pemimpin tertentu yang digunakan sebagai pembakar semangat. Baik kau pergi negatif dengan majalah porno MANGGA daripada kau mengfobiakan diri dengan poster-poster yang quote keterangan-keterangan tertentu.

Sebenarnya pengikut PAS tak faham maksud pembolehubah. Meskipun ada idelogi komunis, sosialis itu tak bermaksud kita tak boleh amalkan dengan mengubah beberapa prinsip, kandungan, protokol, perlembagaan tertentu. Perubahan itu berlaku disebabkan oleh faktor masyarakat setempat yang berbeza adat dan persekitaran daripada pengasas idelogi tersebut. Tak payah kau pandang jauh. Kau pandang agama Islam sudah.

Bagi masyarakat arab, jubah ialah menutup aurat.
Bagi masyarakat muslim di Malaysia, kita tutup aurat tetapi tak semestinya dengan berjubah. Point dia masih kekal. Tutup aurat. Macam tu juga la dengan konsep-konsep beridelogi bagai neh. Komunis China tolak agama tetapi apabila idelogi tersebut sampai ke Tanah Melayu, mereka jadi komunis yang beragama dan mempercayai Tuhan. Tetapi prinsip asas iaitu komunisma menekankan konsep bahawa masyarakat itu perlu wujud tanpa kelas, sama rata semuanya dan aset semulajadi adalah hak bersama masih kekal. Itulah pembolehubahnya. Iaitu pengamal idelogi itu sendiri. Faham-fahamkan. Jangan jadi aku dengar, aku fitnah. Aiyoo kata parti Islam. Tetapi perangai nakharom.

Namun dalam banyak-banyak benda karut yang geng PAS neh sebarkan ada satu benda yang aku rasa paling kelakar. Habis kuat modal depa. Kenapa nak sosialisme bagai neh. Islam kan lengkap duhh. Guna akal la. 

Ye, gunakan akal juga. Islam ialah agama aka suatu cara hidup. Manakala sosialisme ialah satu konsep yang membahaskan prinsip ekonomi. 

Kalau nak banding Islam, bandingkan dengan geng sealiran dia iaitu agama Buddha, Yahudism, Kristian, Hindu dan Atheisma. Kau pergi banding dengan sosialis memang la tak kena gaya duuh. Yang itu cabang ekonomi. Yang ini bab agama. Mana tepatnya.

Andai kau nak banding juga, bandingla dengan prinsip ekonomi Islam. Bandingkan dengan sosialisme. Ini baru tepat lagi dekat dengan isi perbahasan. Lainkali kalau tatau lebih baik bertanya jangan dok diam-diam fikir macam good-good tetapi apa pun tak hel.

Kenapa sosialisme. Itu kau kena faham. Yang cipta/bentuk pun orang yang bukan muslim yang melawan konsep kapitalisme. 

Dan kenapa orang muslim dalam PSM lebih cenderung promote sosialisme bukannya prinsip ekonomi Islam. Bagus. Itula adanya kau sebagai parti PAS. Apa kata mulai sekarang kau semua ajar kita orang tentang PRINSIP EKONOMI ISLAM. Hah, jangan tanya kenapa PSM tak pro kepada prinsip ekonomi Islam. Terang2 nama parti itu PSM dan dorang pro pada SOSIALISME. Kau tu yang terang2 pro kepada ISLAM bilanya nak promote PRINSIP EKONOMI ISLAM Pak Hadi oi?

KAH KAH KAH

Oke berbalik kepada tajuk asal. Betul ke PAS calon pengacau jika bertanding di KK dan SG. Besar. Jawapan aku YA dan TIDAK.

PAS CALON PENGACAU kalau PAS, PH nak bersatu kelak. Bukan PAS aje calon pengacau bahkan calon2 dari PH pun dianggap pengacau jika gagal selesaikan masalah berkaitan seat-seat berkenaan. Kegagalan berbincang yang membawa kepada pertindihan hanya melemahkan pembangkang sekaligus membantu memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional.

Akan tetapi PAS bukan CALON PENGACAU jika PAS dan PH berpatah arang berkerat rotan di antara satu sama lain. Yakni, PAS ada hak nak bertanding kat mana-mana seat pun dan begitu juga jika PH nak bertanding kat mana-mana seat pun. Mereka bukanlah secoalition. Mereka menentang antara satu sama lain. Sama seperti PAS melawan BN begitulah PH pada PAS. PH dan BN ialah persaingan kepada PAS dan dalam waktu yang sama BN dan PH juga menganggap PAS pesaing mereka dalam menawan kepercayaan pengundi di seat-seat berkenaan. 

So, sekali lagi. Lebih baik kita jelaskan pendirian kita. Jika kita anggap PAS, PH calon pengacau maka secara tak langsung kita anggap PAS, PH sahabat kita. Jika kita beranggapan sebaliknya, maka sahlah kita dah pun membuang mereka dalam taman ahti kita. Mereka bukan lagi teman tetapi kini lawan. Oleh kerana itu baik sesiapa sekalipun masuk bertanding di KK dan SG Besar, lawan tetap lawan. Itulah yang patut difikirkan oleh PAS, BN dan PH. 

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...