Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 16 Mei 2016

Mangsa Kereta Terjunam Ke Lubang Pembentungan Meninggal Dunia - Netizen Kritik Kontraktor, Agensi Kerajaan Cuai.

BH Online melaporkan ;


Pesara guru besar yang terbabit dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama pembantu rumahnya terjunam ke dalam lubang pembetungan di Seksyen 17, 3 Mei lalu, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata Yong Chee Seng, 86, disahkan meninggal dunia tengah hari tadi selepas lebih seminggu dirawat di pusat perubatan berkenaan akibat kemalangan terbabit. 

"Bedah siasat akan dilakukan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Dalam kejadian pada jam 2 petang 3 Mei lalu, Chee Seng yang memandu kereta Toyota Vios bersama pembantu rumah warga Filipina, Marivl Palquing Estoea, 30, mengalami cedera ringan selepas kenderaan dinaiki terjunam ke dalam lubang sedalam 12 meter itu. 

Akibat kejadian itu, Chee Seng cedera di leher dan badannya, manakala Marivl cedera di muka. Chee Seng dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 5 di sini, selepas menghantar adik perempuannya ke Jalan SS2.




Semoga keluarga mendiang bertabah dalam menghadapi kehilangan ini.

Dalam pada itu pelbagai reaksi terutamanya negatif yang ditunjukkan netizens menerusi ruangan komen dalam mengulas insiden berkenaan. 


Antaranya berkata ;


Selama neh memang banyak kali disebabkan kecuaian beberapa agensi kerajaan yang gagal menurap jalan dengan betul bahkan beratus-ratus lubang jalan yang dibiarkan tanpa turapan telah mengakibatkan kematian puluhan bahkan mungkin ratusan dan ribuan pemandu/penunggang yang lain akibat terlanggar lubang.

Itu tak masuk kes lampu jalan tiada. Tol nak. Cukai kenderaan nak. Tapi sesetengah jalan lampu pun takde. Kononnya penunggang motorsikal adalah mereka yang no 1 seringkali dikaitkan dengan kemalangan dan maut. Cuba kaji sikit kenapa mereka banyak kali terlibat dalam kemalangan.. betul ke kecuaian berpunca dari pihak pengguna jalanraya semata-mata ataupun peranan pihak2 seperti agensi kerajaan menjadi faktor utama..

Jangan lupa juga. Disebabkan agensi kerajaan gagal mengawal-selia pemilik2 lori yang merosakkan jalanraya turut memainkan peranan. Lori2 besar gedabak tu bukan setakat bahayakan nyawa pengguna jalanraya yang 'kecil' bahkan turut merosakkan jalanraya. Bila kita buat aduan apa pun tak hel. Haram amek tindakan. Propa propa..


Apa2 pun kepada kontraktor yang cuai tolong bertanggungjawab walaupun anda tiada niat nak membunuh atau mencederakan mana-mana pihak. Kecuaian tersebut telah pun mengakibatkan kematian samada anda sengaja ataupun tidak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...