Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 18 Mei 2016

Kerajaan Tak Jamin Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Tetapi Jika Naik Juga Kerajaan Janji Tak Bebankan Pengguna - Menteri.

Elok p mati saja daripada jadi menteri yang menyusahkan rakyat. Hina kot kerja kau neh. Harap je pangkat besar, gaji banyak tapi satusen tak berguna. Phuii. Btw, dah kalau namanya naik mana pula takan bebankan orang. Ini bukan macam naik gaji la bahlol!


Sebenarnya. Tarif elektrik pada kadar semasa (sekarang neh la) dah cukup mahal pada aku yang tak guna aircond kat rumah. Bayangkan lebih 80.00 kot. Orang lain 100.00 plus plus ada aircond. Aku yang takde aircond pun kena bayar dekat 100.00 apa citer.

Sudahla dalam bill ada dua tarif. Taktik TNB. Siapa guna bawah 300kwt kadar dia lain. Guna lebih dari 300kwt kadar dia lain. Iaitu lebih mahal. Dan sampai sekarang aku tertanya2. Apa penanda aras yang kerajaan gunakan dengan menetapkan bahawanya 300kwt tu dah cukup mencakupi keperluan semasa satu keluarga dalam sebuah rumah tu. Maksud aku, betul ke penetapan pada kadar penggunaan 300kwt tu. Dan kenapa sejak2 kewujudan dua kadar berbeza neh rumah aku mesti guna lebih dari 300kwt. Aku pun tak faham la. Rasa macam kena scam dengan kerajaan. Tapi bukti takde. Rasa ahti memang tak sedap. Tapi tu la. Bukti memang haram ada. Nak tuduh pun tak boleh. Gamaknya memang stail pembangkang kot. Memang tak boleh nak sangka baik dengan kerajaan jahanam kau neh.

KAH KAH KAH

Malaysiakini melaporkan ;

Kerajaan tidak dapat memberi jaminan tarif elektrik tidak akan dinaikkan namun jika berlaku juga, ia akan dipastikan tidak membebankan pengguna, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. 

Kata beliau, ia boleh dilakukan melalui rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga Elekrik antara kerajaan dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Menurut Maximus tarif elektrik di semenanjung ditentukan oleh kerangka peraturan berdasarkan insentif (incentive-based regulation) yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu komponen tarif asas dan komponen kos kelulusan ketidakseimbangan (imbalance cost pass-through - ICPT). 

Tarif asas, katanya, mengambil kira harga asas bahan api utama serta kos operasi dan pembangunan pihak utiliti termasuk pulangan pada asas aset yang dikawal selia (RORB). Komponen ICPT, kata Maximus, membolehkan semua kos bahan api diselaraskan setiap enam bulan untuk memastikan pengguna membayar kos sebenar bahan api tersebut. Dalam jawapan bertulis di parlimen hari ini beliau berkata sebarang pengurangan atau peningkatan kos akan dilepaskan kepada pengguna melalui semakan setiap enam bulan. 

"Kedua-dua komponen tarif inilah yang menentukan jumlah sebenar bil yang perlu dibayar pengguna kepada TNB," katanya. Dalam penjelasannya itu juga Maximus berkata kerajaan memberikan tiga kali rebat sebanyak RM2.57 bilion antara Mac 2015 hingga Jun 2016. 

"Usaha dijalankan kerajaan untuk memastikan tarif elektrik ditetapkan pada kadar tetap selepas mempertimbangkan kos sebenar," katanya. Maximus menjawab soalan dikemukakan Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim yang bertanya mengenai langkah kerajaan memastikan tarif elektrik tidak terus naik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...