Khamis, 24 Mac 2016

Wajah Suspek Seleweng 100j Ditutup Oleh Media - Kenapa?

Mula-mula baca berita dari Mstar Online disini.

Aku perati mereka blurkan wajah suspek yang terlibat dengan penyelewengan dana 100 juta.

 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari mulai hari ini itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di sini, Khamis.

Sementara itu, SPRM turut memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dua kontraktor syarikat penganjuran acara selama tujuh hari lagi sehingga 30 Mac selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini berakhir hari ini.

Bagaimanapun dua lagi kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat yang turut ditahan reman selama tujuh hari sebelum ini, dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang. - Mstar.


---------

Masa neh aku dah start heran dah. Kenapa ek blurkan wajah suspek tu. Suspek tu kalau ko tengok bukannya tutup muka dia dengan apa-apa kain pun. Like a boss je dia berjalan. Mentang-mentang la badan sado. Hehe.

Kemudian aku perhatikan lagi. Selain dari wajah, dorang punya nama pun tak disebut. Asyik2 lapor suspek, suspek, suspek. Yelah aku tau suspek. Tapi takan la suspek kau tu takde nama kan. Bukan satu nama, kesemua yang ditahan haram disebut nama tetapi yang dalam gambar tu aku percaya setiausaha bahagian KBS disebabkan ayat yang aku highlightkan warna merah tu. Apa2 pun perlukan pengesahan lanjut dari dektektif Conan. Kita tunggu je la camne.

Bila media pro kerajaan beria rahsiakan nama, wajah, umur dan blablabla semua tu aku menjadi sangat tercabar.

Nak sangat tahu wajah mangkok-mangkok yang songlap duit tu. Bukan budak2 bawah umur pun yang kau semua main blur-blurkan wajah.

Dan malam tadi. Bila tengok berita. Station TV pun buat langkah yang sama. Blurkan wajah suspek. Kemudian, takde nama yang disebut. Kalau nak tahu. Mula-mula tv9 lapor tentang skandal Mara di luar negara. Ingat tak kes tersebut pernah dikecohkan pembangkang pada tahun lepas? Rujuk sini ah pada yang lupa.

Yang itupun depa tutup muka. Blurkan wajah suspek. Takde nama disebut.

Lepas tu lapor tentang kes seleweng 100 juta.

Pada awalnya suspek ditutup dengan kot baju. Kemudian berjalan tanpa ditutup wajah. Namun media gegatal p blurkan. So kita tak dapat nak tonton wajah suspek di kaca tv kita.





Ko nampak. Aku tangkap guna tablet je. Telefon aku p mana-mana tah. So memang tak berapa cantik ah gambar-gambar tu.

Kemudian. TV9 lapor tentang suspek yang simpan video Daesh. Yang itu kan. Bukan sahaja nama disebut bahkan siap siar wajah individu yang didakwa lagi. Posing2 ada la dalam 5 saat aku rasa. Pelik gak. Kesemua kes-kes tersebut ialah kes-kes yang babitkan jenayah. Tetapi apasal media tutup wajah suspek yang babitkan pegawai kerajaan dan dedahkan wajah suspek yang individu biasa.

Tapi heran gak aku. Takan simpan video Daesh merupakan satu kesalahan. Kalau dapat kat youtube kita donwload simpan dalam henpon atas tujuan tertentu takan merupakan satu kesalahan?

Ahh lantakla bab dia.

Sekarang nak citer bab suspek songlap 100 juta je.

Kenapa media tutup wajah mereka?
Kenapa nama2 mereka dirahsiakan?
Ada larangan dari pihak tertentu ke?
Jika ada, kenapa, apa sebabnya?
Perlu ke layanan double standard macam neh?
Dektektif Conan oii Dektektif Conan meh siasat jap.

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...