Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 Mac 2016

Kenyataan TMJ Diputar Belit TV3 Kenapa Tak Saman Jer?

Ya, semalam tv3 ada lapor. Aku ada tonton rancangan berita Buletin Utama tu. Aku siap screenshot lagi tu.


Selepas tv3 melaporkan secara beria-ria, TMJ tampil membuat penafian. Ia datang dalam bentuk interview. Hehehe. Bijak.

---------

WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Wartawan: Tunku, berkenaan status terbaru Tunku hari ini di laman Facebook JOHOR Southern Tigers. Beberapa wakil media telah menyindir dengan mengatakan bahawa Tunku lebih berpihak ke arah Dato Seri Najib berbanding dengan Tun Mahathir. Ada sebarang komen mengenai isu ini?

TMJ: Sila baca dengan teliti apa yang saya katakan. Komen-komen yang saya buat sebelum ini diarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Saya memberikan komen-komen tersebut untuk memastikan dan mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar perkara itu tidak berlaku lagi tanpa mengira siapa pemimpin. Ia tidak ditujukan kepada Tun Mahathir atau kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada sistem. Saya tidak menyokong sesiapa yang korup. Saya juga ingin mengingatkan kepada para media agar tidak memutarbelitkan kata-kata saya atau mengambil kenyataan saya di luar konteks.

Wartawan: Faham Tunku. Patik percaya Tunku menyedari tentang situasi politik sekarang dan juga persengketaan yang berlaku antara Dato Seri Najib dan Tun Mahathir. Tunku di pihak yang mana?

TMJ: Johor...
 
----------
 
Penafian susulan kemudiannya dibuat pula oleh Dato Haji Abd. Rahim bin Ramli
Yang DiPertua Jumaah Diraja Johor.
 
Saya menarik perhatian kepada berita TV3 pada 23 Mac 2016 dan memaklumkan semoga kecelaruan ini tidak berlarutan sebagaimana yang disampaikan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor semalam yang telah diputarbelitkan.

Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda yang utama sekali adalah berkenaan tidak mahu sejarah hitam 1992 berulang kembali.

DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak pernah meletakkan pendiriannya untuk memihak kepada mana mana pihak atau menghentam mana-mana pihak.

Kenyataan tersebut adalah untuk mengingatkan pemimpin yang memegang jawatan supaya sentiasa berkhidmat dengan jujur dan telus untuk rakyat.

Tumpuan seharusnya untuk negara ini terus maju ke hadapan. Baginda mahukan agar Bangsa Johor sentiasa bersatu demi mengekalkan perpaduan antara semua kaum.

Terdapat isu tanah air yang lebih besar perlu ditangani segera dan bukannya menjadikan kenyataan dari DYAM Tunku Mahkota Johor sebagai pengalih perhatian daripada isu tersebut.
 
----------
 
Kedua-duanya dipetik menerusi laman fb rasmi JDT.

Sampai 2 kali nak menafikan isu tersebut. Nampaknya macam ramai je orang percaya statement tersebut ditujukan kepada Mahathir..

Tapi takpe. Dah kata nafi. Maka kita pun percaya lah. Hehehe.

Cuma tertanya-tanya juga. Kalau rakyat kebanyakan yang buat statement terhadap keluarga diraja Johor, agak2nya kena tegur dulu ke atau kena tangkap dulu? Jangan marah ahhhhh.. tanya je neh.

KAH KAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...