Apa-apa pun aku taknak bekap sesiapa. Bagi aku biarlah SPRM menjalankan siasatan mereka.
Oke, ini ada beberapa himpunan fakta tentang isu pembelian banglo tersebut.
Yang pertama : Banglo dibeli pada tahun 2015. Tetapi urusniaga penjualan banglo berkenaan bermula sejak tahun 2012. Pada awalnya LGE agak ragu-ragu untuk membeli banglo berkenaan atas beberapa alasan yang dinyatakan ;
i. Bimbang jika tidak dilantik sebagai CM sekali lagi kerana tahun tersebut mendekati tahun PRU ke 13.
ii. Jika tak dilantik sebagai CM lagi mana nak cekau duit untuk bayar installment banglo berkenaan.
iii. So tunggu selepas PRU. Selepas PRU DAP dah menang dan tahun 2015 baru la LGE beli.
Yang kedua : Pembelian banglo itu mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas.
Shabudin, yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), turut meminta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat penilaian terhadap harta itu.
Dia juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Yang ketiga : Selepas kecoh, LGE kemudiannya menjemput Shabudin ke rumah banglonya untuk meminum kopi dan bersedia menjawab kesemua persoalan Shabudin berkait dengan pembelian banglo berkenaan namun Shabudin menolak jemputan berkenaan. Walaubagaimanapun LGE tetap meneruskan jemputan berkenaan dan siap panggil media lagi. Kegagalan Shabudin untuk muncul di rumah baru LGE menyebabkan dia dikritik dan disindir oleh penyokong2 LGE.
Yang keempat : Kemudiannya didedahkan fakta bahawa harga banglo yang dibeli oleh LGE ialah dibawah harga pasaran. Harga pasaran untuk banglo seperti itu sekurang2nya 3.6j. Perbandingannya ialah Lim membayar 275.56 perkaki sedangkan nilai pasaran ialah 722.36 perkaki.
Yang Kelima : Phang Li Koon ialah penjual dalam tajuk cerita ini. Dia pernah berkata
bahawa dia menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014. Phang membeli banglo itu dengan harga RM2.5 juta pada 2008. Phang mengenali keluarga Lim sejak 2008 dan berkawan rapat dengan isteri Lim, Betty Chew.

Yang keenam : Selepas Lim diasak teruk, Phang kemudiannya mengeluarkan satu SD. Berikut kandungan SD tersebut.
AKUAN BERSUMPAHSaya, PHANG LI KOON (No. K/P. XXXX-XX-XXXX), seorang warganegara Malaysia yang menetap di XXXX dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa:Saya mula mengenali keluarga Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang sejak 2008. Sejak itu, saya menjadi kawan karib isteri beliau, Betty Chew kerana sifatnya yang peramah dan rendah hati.Pada 2008, saya telah membeli sebuah rumah di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang dengan harga RM2.5 juta dan membuat ubah suai dengan niat untuk membolehkan abang saya menetap di rumah itu. Bagaimanapun selepas saya mendapat tahu daripada isteri KM bahawa beliau sedang mencari rumah untuk disewa kerana mengalami masalah anai-anai di kediaman rasminya, saya membuat keputusan untuk menawarkan rumah saya untuk disewa kepada mereka. Perjanjian penyewaan rumah telah dipersetujui dan ditandatangani pada 1/7/2009 bagi tempoh 3 tahun dengan kadar sewa RM5,000 sebulan tetapi kemudian tempoh itu dilanjutkan untuk 3 tahun lagi sehingga 30/6/2015.Pada masa itu saya merasa bangga dapat menyewakan rumah saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan keluarganya dan juga dapat membantu mereka mengatasi masalah rumah.Bagaimanapun, menyewakan rumah kepada mereka telah menyebabkan saya rasa tertekan berikutan tindakan BN dan NGO-NGO yang menuduh saya dengan cerita-cerita palsu. Pada masa itu saya membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut. Ada lagi kejadian-kejadian lain pada tahun-tahun seterusnya, daripada demonstrasi dan upacara pengebumian di depan rumah, kepada bom botol molotov cocktail yang dibaling ke dalam kawasan rumah itu yang menyebabkan keadaan rumah terdedah dan tidak selamat.Berita-berita disiarkan tanpa henti tentang rumah tersebut dengan menyiarkan alamat dan gambarnya sekali di dalam akhbar-akhbar. Saya merasa sangat tidak selesa, kerana jika suatu hari nanti saya atau mana-mana ahli keluarga dan sanak-saudara mahu menetap di sana pada masa depan, saya tidak akan merasa selamat dan terjamin untuk tinggal di sebuah rumah yang amat terdedah serta terlalu diketahui umum.Jadi pada awal tahun 2012, saya secara lisan telah memberitahu isteri KM, Betty Chew bahawa jika mereka bersedia dan sanggup membeli rumah tersebut, saya akan menjual kepada mereka dengan harga RM2.8 juta. Saya dimaklumkan bahawa Betty berminat tetapi KM bimbang beliau tidak mampu membelinya jika tidak dipilih semula sebagai Ketua Menteri. Jadi Betty bertanya sama ada saya masih sanggup menjual rumah itu kepada mereka dengan harga yang sama RM2.8 juta selepas pilihanraya umum ke-13.Bagaimanapun, selepas pilihanraya umum ke-13 pada 2013, isteri KM memberitahu saya mereka memerlukan masa lagi untuk membeli rumah tersebut dan beliau meminta saya memberi pilihan kepadanya untuk membelinya pada suatu tarikh akan datang apabila mereka bersedia berbuat demikian. Pada 2014 KM dan saya telah membuat perjanjian bertarikh 23.6.2014 di mana saya bersetuju untuk memberi pilihan kepada beliau tempoh 5 tahun untuk membeli rumah tersebut pada harga RM2.8 juta sejajar dengan pembayaran KM kepada saya sebanyak RM100,000-00. Sementara menunggu pelaksanaan pilihan itu, saya akan terus membenarkan KM dan keluarganya untuk kekal menyewa rumah tersebut.Beberapa waktu sebelum lanjutan penyewaan rumah cukup tempohnya pada 20/6/2015, saya telah membuat keputusan muktamad untuk menjual rumah tersebut. Saya adalah seorang usahawan dan saya tidak mahu hidup dalam tekanan dan melihat nama saya terpapar dalam akhbar-akhbar dan media sosial secara berterusan terutamanya apabila mereka yang tidak sensitif mahu menyerang KM atau membangkitkan isu tanah Taman Manggis yang mana saya tidak terlibat sama sekali. Saya membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut kerana ia telah menimbulkan pelbagai publisiti yang saya tak perlukan serta tuduhan-tuduhan dari semasa ke semasa.Saya sekali lagi bertanya kepada isteri KM, Betty untuk meminta KM memutuskan pilihan untuk membeli. Saya tidak menyelidik pasaran apabila saya membuat keputusan untuk menjualnya kepada KM pada 2015 kerana saya rasa tidak perlu berbuat demikian. Saya sudah mempunyai KM sebagai pembeli dan sudah ada satu persetujuan kepada Perjanjian bertarikh 23.6.2014 berhubung harga jualan yang telah dipersetujui.Selepas isteri KM, Betty memberitahu saya bahawa mereka telah berjaya mendapat pinjaman perumahan, kami membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian membeli rumah pada harga yang kami telah persetujui dahulu, iaitu RM2.8 juta. Daripada rekod simpanan saya, perjanjian jual beli itu ditandatangani pada 28.7.2015 dan pihak bank telah mengeluarkan jumlah penuh pinjaman pada Oktober 2015.KM dan keluarganya menjadi penyewa yang baik sepanjang 6 tahun. Bagi saya, KM adalah seorang pemimpin yang dihormati dan saya rasa bangga dapat menjual rumah saya kepada beliau. Saya rasa Pulau Pinang telah berjaya membangun di bawah pentadbiran beliau. Lebih penting lagi saya telah menjual rumah saya kepada orang yang saya hormati. Saya tidak menyesal menjual rumah saya kepada KM dengan harga RM2.8 juta. Saya telah membebaskan diri saya daripada masalah dan tekanan yang saya tidak perlukan.Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada KM telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri. Saya juga tidak mendapat sebarang hasil daripada Kerajaan Negeri apabila saya menjual rumah kepada beliau. Ia adalah keputusan saya sendiri untuk menentukan harga menjual rumah kepada KM. Saya tegaskan bahawa saya tidak ditekan atau dipaksa atau di bawah apa-apa pengaruh daripada KM atau mana-mana pihak untuk menjual rumah saya kepada KM dengan harga RM2.8 juta. Saya menjualnya atas kerelaan saya sendiri atas dasar pembeli dan penjual yang sama-sama rela.Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya bukan seorang pengarah atau pemegang saham syarikat KLIDC yang telah berjaya mendapat tanah Taman Manggis yang ditender secara terbuka. Saya juga tidak terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut. Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak jika mereka cuba membuat menimbulkan sebarang kaitan dengan saya yang tidak ada kena-mengena bagi menyulitkan perkara ini dan mengheret saya ke dalam kontroversi ini.Saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut dalamnya adalah benar, serta menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya )diakui oleh yang tersebut namanya di atas )di George Town )di Negeri Pulau Pinang ) ……………………….pada tarikh 22 Mac 2016 ) PHANG LI KOONDi hadapan saya,…………………………………….PESURUHJAYA SUMPAH
----------------------
Yang ketujuh : Walaubagaimanapun kandungan SD berkenaan bukan sahaja tidak melegakan kritikan terhadap LGE sebaliknya bertambah teruk apabila ayat2 dalam SD berkenaan dipetik semula untuk membongkarkan pemanipulasian fakta oleh Phang.
Ini yang didedahkan di laman sosial ;
Ringkasannya apa? Begini.
- Phang mengenali KLIDC punya bos.
- KLIDC neh ialah pemilik kepada tanah yang pada asal sepatutnya membina PPRT.
- Tetapi tak jadi disebabkan alasan tanah tak cukup luas kononnya (memerlukan semakan).
- Tanah tersebut kemudian dijual secara tender terbuka.
- KLIDC menang dengan nilai bidaan 11juta. Nilai bidaan yang lain 22 juta. Namun kerajaan negeri favor kepada KLIDC atas alasan pelancongan dan penyediaan kemudahan perubatan.
- Tetapi mengikut kata menteri yang dipetik menerusi fb Azizi Safar ;
Taman Manggis: Semalam di Parlimen, Rahman Dahlan Menteri KPKT mendedahkan bahawa KLIDC sebenarnya tidak berminat untuk terus memajukan tanah tersebut dan telah cuba menjual tanah tapak PPR Taman Manggis Fasa 2 berkenaan kepada pihak ketiga.
Rahmah Dahlan juga mendedahkan beliau diberikan salinan dua perjanjian jual beli untuk tanah berkenaan. Dalam satu perjanjian S&P tersebut, tatacara pembayaran bagi jualan tanah berkenaan, pembahagian wang hasil jualan tanah itu diperincikan. Sejumlah RM 17 juta dari harga jualan tanah itu akan diagihkan kepada empat (4) syarikat, termasuk satu syarikat luar pesisir (offshore company).
http:// www.freemalaysiatoday.com/ category/nation/2016/03/24/ rahman-claims-to-have-sps-o n-sale-of-taman-manggis-la nd/
Dalam satu kenyataan di Parlimen hari ini, Lim Guan Eng dilaporkan berkata tanah Taman Manggis masih di atas nama Kuala Lumpur International Dental Center (KLIDC). **LGE nak habaq tanah tu belum dijual kepada pihak ketiga.
------------
- Jadi bila Phang mengatakan bahawa dia tidak terlibat dengan KLIDC maka kat situ mewujudkan syak wasangka. Ya, dia tak terlibat dengan KLIDC secara langsung tetapi bos KLIDC tu kenalan dia juga dan mereka ada 3 syarikat bersama so patutlah orang mempersoalkan kredibliti dia kat situ. Satu lagi usahawan jenis apa tak semak harga pasaran rumah sebelum menjualnya? Satu2nya alasan Phang yang logik ialah jika dia nak mempertahankan janjinya nak jual banglo tersebut 2.8j seperti yang diperkatakan pada awal tahun 2012. Tu mungkin boleh diterima. Tetapi pada tahun 2012 apakah nilai banglo tersebut rm272 sekaki?
- Dan satu lagi, bloggers BN sekarang dedahkan 2 perkara. Pertama tempoh hak pemilikan tanah yang dipanjangkan kepada 99 tahun. 3 bulan sebelum LGE beli banglo secara sah. Kedua, bahawanya KLIDC sebenarnya nak menjual tanah tersebut pada nilai 20 juta. Pada tahun 2010 tanah tu mereka beli tetapi selepas 6 tahun ianya langsung tidak dimajukan. Tanah tersebut masih tanah kosong tanpa apa2 pembinaan. Usah kata hospital tiang papan tanda pembinaan pun takde.
Yang kelapan : Pembelian banglo berkenaan turut dibahaskan di parlimen. Walaubagaimanapun Lim masih gagal memberikan jawapan yang menyakinkan. Selepas berbahas, LGE keluar dewan dan mengelak dari menjawab persoalan mengenai pembelian banglo 2.8juta berkenaan. Disebabkan skandal berkenaan, DAP turut mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu.
Yang kesembilan : Ambiga turut menggesa agar LGE bercuti sementara menunggu hasil siasatan namun ditolak oleh LGE sendiri. Bahkan beberapa ahli DAP turut tampil menolak cadangan tersebut.
Yang kesepuluh : SPRM menjemput LGE ke pejabat bagi membantu siasatan andai mahu siasatan dipercepatkan.
Sedikit ulasan.
Kenapa cadangan Ambiga tu bernas. Sebab LGE takde kuasa jika diarahkan bercuti. Masa tu andaikata ada pihak dari seberang sana nak deal dengan LGE pun payah juga kalau DAP punya stand menolak salahguna kuasa setegas-tegasnya. Ini, hmm politik punya wayang. Kau semua faham-faham je la macam mana kan.
Dan nampak sangat DAP neh memang hipokrit nak mampos bila mengulas skandal babitkan intergriti pimpinan mereka.
Contohnya la ;
Bagi aku geng2 pembangkang toksah beria la nak bekap DAP. Bukan isu yahudi ke freemason ke apa ke macam jajaan BN tetapi sebab dibawah pentadbiran LGE, mereka sanggup jual tanah yang dikhaskan untuk PPRT = rumah orang2 miskin kepada KLIDC yang mana akhirnya lepas 6 tahun berlalu langsung tak jadi hapa. Itupun kegunaan tanah bertukar2. Pada asalnya 100% untuk pembangunan berkaitan perubatan sekarang dah bertukar kepada 30% pembangunan perubatan dan 70% pelancongan.
Apa2 pun macam biasa. Kita tunggu je hasil siasatan SPRM macam mana. Transaksi tu pada aku memang wujud keraguan tetapi kalaupun LGE bebas dan didapati tak bersalah dalam isu ini dia masih lagi bersalah bila menjual lot tanah untuk pembangunan rumah orang2 miskin kepada korporat kapitalis tamak. Rumah kat Penang mahal nak mampos kot.
Rujukan :
http://www.nst.com.my/news/2016/03/134662/guan-eng-flees-parliament-avoids-questions-rm28-mil-bungalow?d=1
https://www.facebook.com/lim.siansee?fref=nf
http://www.malaysia-today.net/lim-guan-eng-kantoi-a-fourth-time/
http://www.tv14.my/2016/03/20/12-dokumen-skandal-banglo-lim-guan-eng/
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/22/experts-value-is-in-the-location-not-furniture/
http://www.suara.tv/2016/03/21/skandal-banglo-guan-eng-no-swimming-pool-trending-di-twitter/
http://www.suara.tv/2016/03/23/video-skandal-banglo-rm2-8-juta-guan-eng-lari-daripada-wartawan/
http://www.thesundaily.my/news/1737629
http://www.penangkini.com/2016/03/pemuda-umno-pp-dakwa-phang-berbohong.html
https://aidcnews.wordpress.com/2016/03/23/saya-tidak-tinjau-harga-pasaran-ketika-jual-banglo-itu-miss-phang/
https://aidcnews.wordpress.com/2016/03/23/akuan-bersumpah-hubungan-perniagaan-miss-phang/
Ringkasannya apa? Begini.
- Phang mengenali KLIDC punya bos.
- KLIDC neh ialah pemilik kepada tanah yang pada asal sepatutnya membina PPRT.
- Tetapi tak jadi disebabkan alasan tanah tak cukup luas kononnya (memerlukan semakan).
- Tanah tersebut kemudian dijual secara tender terbuka.
- KLIDC menang dengan nilai bidaan 11juta. Nilai bidaan yang lain 22 juta. Namun kerajaan negeri favor kepada KLIDC atas alasan pelancongan dan penyediaan kemudahan perubatan.
- Tetapi mengikut kata menteri yang dipetik menerusi fb Azizi Safar ;
Taman Manggis: Semalam di Parlimen, Rahman Dahlan Menteri KPKT mendedahkan bahawa KLIDC sebenarnya tidak berminat untuk terus memajukan tanah tersebut dan telah cuba menjual tanah tapak PPR Taman Manggis Fasa 2 berkenaan kepada pihak ketiga.
Rahmah Dahlan juga mendedahkan beliau diberikan salinan dua perjanjian jual beli untuk tanah berkenaan. Dalam satu perjanjian S&P tersebut, tatacara pembayaran bagi jualan tanah berkenaan, pembahagian wang hasil jualan tanah itu diperincikan. Sejumlah RM 17 juta dari harga jualan tanah itu akan diagihkan kepada empat (4) syarikat, termasuk satu syarikat luar pesisir (offshore company).
http://