Selasa, 22 Mac 2016

Seleweng 100 Juta - Nama Khairil Anas Pegawai Najib Tiba-Tiba Top Di Laman Sosial..

Secara tiba-tiba..
Babak i.
Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan orang termasuk seorang Setiausaha Bahagian KBS yang dikatakan terlibat berhubung isu penyelewengan dana kerajaan mencecah lebih RM100 juta.
Sindiket yang telah beroperasi sejak tahun 2010 didakwa menganjurkan program-program yang tidak wujud dengan pembayaran dibuat kepada kontraktor melalui setiausaha bahagian kementerian itu.
SPRM telah membekukan 69 akaun bernilai RM8.33 juta, dan merampas rumah, kereta, pakaian, barang kemas.
Mereka juga menyita beberapa barangan mewah termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.
Antara barang mewah lain ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.
Babak ii.
Khairy Jamaluddin berkata perbuatan rasuah yang didakwa sudah lama berterusan itu menunjukkan kakitangan kementerian itu telah menyalahguna prosedur yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan termasuk Menteri atau Ketua Setiausaha.

"Tidak, saya tidak menyedari perkara ini," kata Khairy ketika ditanya wartawan jika beliau menyedari isu penyelewengan itu sudah lama berterusan.

Menurutnya, susulan penahanan itu satu pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan bagi mengenal pasti kelemahan dalam prosedur kewangan dalaman kementeriannya.

Tambahnya, langkah itu bagi menambah baik proses dalaman KBS bagi mengelak salah guna kuasa yang boleh menjurus kepada rasuah.

"Satu semakan segera terhadap segala mekanisme dalaman dam proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di KBS akan dilaksana. (rujuk)
Babak iii.





Babak iv.


  Babak v.




Cuba teka. Jika potong RASUAH dalam AGENSI KERAJAAN, berapa banyak yang dapat dijimatkan oleh kerajaan dalam SETAHUN?

Hihi.

Tamat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...