Pagi tadi Mahathir saman Najib.
Butiran saman ;
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya.
Selain Dr Mahathir, dua lagi individu yang lantang mengkritik Najib, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin turut dinamakan sebagai plaintif kedua dan ketiga dalam saman itu.
Dalam tuntutan saman itu, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina mendakwa Najib dengan sengaja mengganggu siasatan keatas 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta daripada SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.
Ketiga-tiga plaintif mendakwa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO bagi melakukan salah laku berkenaan
Dalam tuntutan saman itu plaintif menyenaraikan kronologi tindakan Najib yang didakwa salah guna kuasa bermula Mac 2015 ketika siasatan dilakukan. (rujuk)
Dan tadi, 5 jam yang lepas, ini yang TMJ update di laman rasmi JDT.
KEKUATAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR ADALAH PERPADUANSaya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor. Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ianya bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat.Kepada sekalian Bangsa Johor. Sultan anda dan Kerabat Diraja Johor menyayangi anda. Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya. Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Kekuatan Kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim dan semoga ALLAH memberkati negara Malaysia.DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (rujuk)
Gajah sama gajah bergaduh pelanduk jangan jadi bodoh p duduk kat tengah-tengah. Cukuplah tengok saja. Popcorn kan ada.
KAH KAH KAH!