Khamis, 3 Mac 2016

UMNO Wadah Terbaik Bela Agama Kata Menteri - Yeke Azalina?

Minum bodek banyak sangat sampai mabuk Azalina kau.

SH melaporkan ;
Keputusan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam parti menjadi bukti Umno adalah wadah terbaik untuk perjuangan membela agama, bangsa dan negara, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan MT Umno untuk menggantung Muhyiddin dibuat tanpa mengira kedudukan dan jawatan beliau dalam parti.

"Sesiapa sahaja yang menjadi ahli perlu akur dengan keputusan parti. Setiap ahli Umno juga perlu setia kepada kepimpinan di samping berkhidmat kepada bangsa, agama dan tanah air," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Aku taknak ulas tentang keputusan Muhyiddin. Dia duduk dalam UMNO ke, keluar UMNO ke apa ke lantak dia la. Yang aku mahu tengok ialah UMNO karam. Sesiapa yang menyumbang ke arah kekaraman UMNO, aku tepuk tangan tanda gembira.

Aku cuma nak mengulas point tak sedar diri si Azalina neh je.

Aku bukan suka serang orang secara peribadi.

Tapi kalau kita tak betul buat cara kita tak betul. Tak perlu cakap sesuatu yang berbeza dari tindakan seharian kita.

Yeke UMNO wadah terbaik untuk bela AGAMA?
Yeke setiap ahli UMNO perlu berkhidmat kepada AGAMA?

Tak payah p jauh dengan sembang bab tindak tanduk UMNO. 

Kita fikir simple jer.

Sejauh mana kenyataan tersebut benar berdasarkan kepada tindak tanduk Azalina? Kalau bab kereta dan duit dikatakan kekurangan bukti, atau ketiadaan bukti, macam mana pula dengan penampilan Azalina? 

Ada nampak macam UMNO wadah terbaik bela agama?
Ada nampak macam Azalina berkhidmat untuk agama?

Duduk dalam UMNO bertahun2 dari zero to ... heh isi sendiri tempat kosong pun gagal menterjemahkan perkara2 wajib dalam ISLAM lagi mao sembang UMNO WADAH TERBAIK BELA ISLAM.

PIRAHHHHH MABUK. P detoxinkan air bodek yang ko telan banyak sangat tu. Tak baik untuk kesihatan tau.

KAH KAH KAH


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...