Khamis, 3 Mac 2016

Tutup Jalan Utk Mat Rempit Lumba Motor Bagi Elak Judi Haram Kata Menteri - Bodohnya Menteri Malaysia.

 
Yang undi Ku Nan sebagai wakil rakyat kat Putrajaya, tak terasa ke korang tu bodoh?
 
 
KAH KAH KAH
 
 
Sebelum ini menteri keluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan melaksanakan idea di mana beberapa jalan sekitar KL ditutup dalam beberapa hari seminggu bagi memberikan laluan kepada mat-mat rempit untuk berlumba. (rujuk)
 
Cadangan itu turut disokong oleh pemuda UMNO. (rujuk)
 
Walaubagaimanapun cadangan tersebut dikritik dan dibantah oleh pelbagai lapisan masyarakat disebabkan tidak menyelesaikan isu yang berbangkit.
 
Dan Ku Nan yang mengeluarkan cadangan itu dikritik teruk di laman sosial oleh netizens.
 
Tapi, Ku Nan bukan sahaja tidak memahami isi kritikan terhadapnya bahkan terus mengeluarkan alasan yang bodoh lagi membodohkan dirinya.
 
Keh Keh Keh
 
Memetik laporan portal TMI tadi ;
 
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangannya supaya "mat rempit" mengadakan perlumbaan di ibu negara adalah untuk mengelakkan berlakunya gejala judi haram yang sinonim dengan aktiviti itu.

Akhbar The Star hari ini melaporkan, cadangan yang diutarakan Tengku Adnan itu bagaimanapun menerima respons negatif ahli Parlimen Kuala Lumpur yang berpendapat isu membabitkan perjudian tidak akan diselesaikan dengan menghalalkan perlumbaan haram.

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan untuk menutup beberapa jalan di ibu negara bagi penganjuran perlumbaan motosikal itu masih lagi akan dibincangkan.

"Itu salah satu cara untuk membolehkan mereka melakukan apa yang mereka suka," katanya dan menambah, terdapat sindiket yang menganjurkan perjudian ketika perlumbaan haram. 
The Star turut melaporkan, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng sebagai berkata, isu membabitkan perkara itu dibincangkan selama 15 minit dalam pertemuan Tengku Adnan bersama ahli Parlimen dari Kuala Lumpur tetapi butiran terperinci tidak didedahkan.

"Beliau berkata sedang berbincang dengan agensi seperti polis tetapi itu yang perlu kita lakukan.

"Saya tanya jika beliau serius. Beliau kemudiannya mencabar saya ke jalan di Maju Junction pada waktu malam untuk melihat sendiri," katanya.

Tengku Adnan, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, dengan membenarkan perlumbaan dilakukan, sindiket perjudian akan dapat dikawal.

Pemimpin pembangkang kata Lim bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.

"Kami terkejut," katanya.

"Jika kita benarkan perlumbaan motosikal, lebih banyak perjudian akan berlaku, kerana ia sudah sah," katanya.

Lim berkata, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli menawarkan kawasannya untuk menganjurkan perlumbaan motosikal jalanan namun ditolak Tengku Adnan.

The Star turut melaporkan, 92% kaji selidik yang dilakukan mereka menunjukkan responden tidak bersetuju dengan cadangan Tengku Adnan.

Tengku Adnan sebelum ini mencadangkan jalan-jalan di ibu negara ditutup untuk membolehkan penganjuran perlumbaan motosikal jalanan yang mana turut menyaksikan trak-trak menjual makanan beroperasi ketika perlumbaan berlangsung.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menemui Tengku Adnan berhubung perkara itu.

Itulah akibatnya apabila melantik monyet jadi menteri maka cadangan semua kemonyetan belaka la jawabnya.

Tutup jalan = benar mat rempit berlumba di atas jalanan = untuk elak judi haram?

Macam la besar sangat jumlah yang dijudikan ketika perlumbaan haram di jalanan oleh mat-mat rempit yang otak tertinggal di laut tu. Nak kata ianya sudah menjadi industri pun tak layak lagi. Apa kata banteras dulu kegiatan pelacuran sekitar CHOWKIT dan lorong belakang sebelum sembang bab judi haram oleh taiko mat-mat rempit neh.

Menurut satu laporan di portal FMT yang aku pernah baca dulu, kegiatan mat rempit tak serancak dan sehebat dulu disebabkan kecekapan polis dalam membanteras kegiatan rempit.

Tambahan pula, beberapa kemalangan ngeri yang melibatkan mat2 rempit membuatkan ramai di antara mereka insaf dan menolak untuk merempit di jalanan lagi.

So, dalam erti kata lain, walaupun masalah rempit perlu diselesaikan tetapi ia tidakla meruncing sangat sampai menteri perlu tutup jalan pengguna untuk biar mat rempit berlumba. Silap2 ada benda yang si Ku Nan neh dapat sebab tu dia bagi cadangan biol macam tu.

Bercakap tentang judi haram pula. Ku Nan perlu faham isi kandungan perjudian. Atas siapa mereka berjudi? Atas kepala mat-mat rempit yang p merempit la. So, kalau pun ko tutup jalan macam la bebudak tu tak boleh berjudi sorok2. Dorang boleh je betting sapa menang, sapa menang. Sebab mereka betting ke atas perempit2. Bukannya betting ke atas jalan buka ke jalan tutup ke biol!

Dah alang-alang citer pasal perjudian haram kan, perjudian kalau dapat lesen kerajaan jadi halal ke disisi agama Ku Nan? Cuba ko tarbiah aku sikit. Almaklumla, korang kan dah bina banyak masjid. Mesti terer bab Islam neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...