Rabu, 2 Mac 2016

Najib Bayar Untuk Berucap Dalam Forum Ekonomi Di Jeddah Lapor SR.


Tadi. Di laman sosial, geng-geng cybertroopers UMNO (Najib) sedang giat sebarkan gambar Najib yang duduk bersama pemimpin-pemimpin dunia di Arab Saudi. Sambil-sambil mereka sebarkan caption untuk menyindir pengkritik Najib.

Kata mereka. Kalau betul la laporan Apandi Ali yang membebaskan Najib dari pertuduhan salahlaku tentang isu derma 2.6b yang datangnya dari kerabat diraja Arab Saudi, mengapa Najib masih gah menghadiri satu forum perdagangan yang dianjurkan di Jeddah?

Kenapa Arab Saudi boleh relax-relax terima kehadiran Najib Razak?

Itu bermaksud benarlah keluarga diraja Arab Saudi yang menderma kepada Najib. Tanpa ragu tanpa was-was lagi Najib benar dan para pengkritiknya adalah salah dan pemfitnah.

YEKE?

Ini antara gambar yang mereka sebarkan.


Dan mereka berkata lagi. Jika benarlah Najib menipu dalam isu derma 2.6b, kenapa Arab Saudi siap p jemput untuk ke forum lagi?

Jawab le, jawab le wahai pembangkang!

Jap. Aku tak jumpa jawapan lagi. Tapi Sarawak Report ada menulis tentang ini pada 1 March 2016. 

Ini apa yang diperkatakan oleh Sarawak Report (yang aku padatkan dan ambil point yang penting2 je). (rujuk).

- Najib secara tiba-tiba dilaporkan akan menghadiri satu forum ekonomi di Jeddah. Bukan setakat hadir bahkan berucap dan digambarkan sebagai antara tokoh kenamaan yang utama untuk berucap tentang ekonomi di forum tersebut.

- Sedangkan sebelum itu tiada laporan berkaitan tentangnya diketahui umum.

- Portal itu melakukan semakan di website rasmi forum berkenaan pada awalnya Najib tidak kelihatan dalam website tersebut.

- Selepas dilaporkan akan hadir, gambar Najib mula dipaparkan di website rasmi forum berkenaan.

(rujuk website JEF disini)

- Ketika berucap pada forum berkenaan, Najib juga dilaporkan terlalu sibuk untuk menjawab sebarang persoalan dari wartawan (SR gambarkan Najib mengelak dari wartawan antarabangsa).

- SR turut menulis bahawa sampai 2 kali dalam 6 minggu Najib menunaikan umrah. Pehh. Teliti betul SR. Habis maklumat hidup Najib depa godek kaw-kaw.

-  Menurut SR, Najib walaupun dilaporkan akan berucap di atas pentas utama tetapi tidakla berlaku sepertimana yang dihebahkan. Sebaliknya hanya berucap di atas pentas pembukaan forum berkenaan. Sehari sebelum pentas utama bersidang.

- Dan kata SR, Najib hanya perlu membayar untuk memastikan dia dapat berucap di dalam forum berkenaan kerana ;


Sepertimana forum-forum perdagangan yang lain, slot berbayar disediakan kepada mereka-mereka yang ingin berucap di atas pentas dan menjadi terkenal.

- Maka, ini mungkin salah satu strategi Najib untuk menutup penulisan terbaru WSJ tentang isu derma 1b yang turut dikaitkan dengan 1MDB baru-baru ini.

- Lapor SR lagi, boleh jadi kunjungan Najib ke Arab Saudi untuk mendekati pimpinan Arab Saudi agar membuat laporan yang favor kepadanya tentang isu derma 2.6b, bagi membersihkan intergriti yang teruk tercalar dek laporan WSJ yang semakin lantang. Tukar suka sama suka. Seperti askar Malaysia di Yemen?

- WSJ baru2 neh menerbitkan laporan tentang Najib menerima wang masuk sebanyak 1b ke dalam account peribadinya disamping 2.6b.  Wang2 itu lapor WSJ adalah datang dari dana 1MDB. Walaubagaimanapun menurut portal BERNAMA, laporan itu dinafikan oleh jurucakap kerajaan yang tidak dinamakan.

- Kata jurucakap berkenaan, WSJ tidak berani membuat tuduhan yang jelas dan laporan bersifat samar-samar dan tidak mempunyai fakta yang sahih walaupun terbukti bahawa derma 2.6b datangnya dari Arab Saudi dan bukannya dari 1MDB. 

- Tambah jurucakap itu lagi, menteri luar Arab Saudi turut mengesahkan derma 2.6b datangnya dari pihak mereka.

(rujuk)

-----------------------

Kesimpulan?

Aku takde kesimpulan. Aku cuma ada persoalan dan permintaan.

Persoalan aku, berapa banyak yang dibelanjakan Najib sepanjang berada di luar negara bersama Rosmah Mansur?

Permintaan aku, tolong la saman WSJ tu. Laporan itu menyebut nama Najib secara jelas. Kalau sekalipun akta di USA melindungi kebebasan menulis tetapi tidak pula mengatakan bahawa undang2 US menghalang sesiapa menyaman laporan akhbar yang berpusat di negara berkenaan. Bahkan, mahkamah US tidak pula mengatakan kemenangan akan diberikan berdasarkan kepada status kerakyatan.

Apa kata, Najib saman saja. Mari kita lihat fakta-fakta tentang ketidakbersalahan Najib dibicara dalam mahkamah luar. Kerana kami nak tahu. WSJ kantoi ke atau Najib yang kantoi. Kalau Najib tak menyaman dan membiarkan WSJ terus menerbitkan laporan2 yang tak berasas (seperti penafian Najib) maka, janganla salahkan persepsi rakyat yang menganggap piem Malaysia pengecut bahkan mungkin memang bersalah sebab tu takut nak menyaman.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...