Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Januari 2016

Sudah Lah Demo PAN Bantah Kenaikan TOL Tak Dapat Sambutan, Kena Ejek Pula Dengan Ahli PAS - Memalukan!

Polis lebih ramai dari peserta demo.

Ia adalah ulasan dari petikan berita Malaysiakini.



- Polis lebih ramai dari peserta demo.

- Dua kali ganda katanya.

- Lebih kurang 200 anggota dikerah bertugas.

Ini bukan kah bermaksud lebih kurang 100 je yang hadir berdemo bantah kenaikan tol pada malam tahun baru yang lepas?

Dalam laporan yang sama turut menyebut ;



Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/325125

Jika kau tidak cukup gila untuk melayan kegilaan BN, maka lebih baik jangan berdemo. Duduk rumah relax-relax goyang kaki tengok tv lepas tu tidur macam aku lagi bagus. Maka ini la cara orang tidak cukup gila dalam melawan kenaikan atau bantah kenaikan tol di Malaysia. Kerana kami belum cukup gila.

Apabila kita tidak cukup gila untuk melawan orang gila maka kita yang tak cukup gila neh akan kalah. Orang gila macam BN dia peduli hapa. Dia nak naikkan apa pun, dia akan naikkan. Dia peduli apa dengan kita punya sentimen, kesusahan dan bebanan. Kerana BN telah cukup gila untuk mengabaikan segala perasaan dan kemampuan kita sebagai rakyat. Apa yang penting, melunaskan tuntutan dan kemahuan serta kepentingan diri mereka sebagai menteri itu lebih utama daripada memikirkan kesejahteraan diri kita. Itula baru betul-betul gila.

So, jika kau tak cukup gila, kau nak lawan orang yang dah betul-betul gila, macam mana?

Sebab tu aku duduk rumah. Aku tengah cari jalan. Tengah fikir idea. Untuk jadi lebih gila dari menteri-menteri Malaysia neh.

Tak boleh secara warasnya kita melawan mereka. Kita perlu guna cara gila untuk lawan puak-puak gila tu.

Lepas tu aku baca laporan bahawa demo tersebut berakhir selepas ucapan disampaikan. Ini satu lagi benda bangang yang dibuat ulang-ulang. Dan disebabkan benda-benda bangang macam ni la, aku syak orang mula rasa meluat nak participate dalam demo.

- Nama beria nak shutdown bagai, tapi belum bersedia nak buat kerja gila.

- Sengaja nak ambil millage sambutan tahun baru konon-konon orang akan keluar rumah dan sertai demo tetapi rupanya haram dapat sambutan.

- Apakah mungkin ini disebabkan AMANAH hilang pengaruh dan kepercayaan umum? Setiap hari penyokong2 AMANAH dan PAS bertekak di media, facebook dan wassap, sedikit sebanyak orang rasa meluat kot. Aku percaya demo anjuran PAS pun kena krik krik krik gak macam nasib AMANAH. Seriyus.

- Kurangnya liputan dari rakan separti seperti PKR dan DAP. Kenapa? Geng2 depa tak turun demo dan lebih gemar meraikan tahun baru ke macam mana? Peh.. ini kontradiks tau.. jujur aku cakap. Bila kita sebut berulang kali kita tertekan dengan kos sara hidup tetapi cara hidup kita tak nampak macam kita telah berusaha untuk berjimat, ianya beri kemenangan percuma kepada BN tau. BN tahu kemampuan dan kapasiti rakyat tahap mana. Bukan mereka tak buat kajian, semakan dan analisa data. Hanya kerana kau tidak tahu bukan bermaksud mereka tak buat perincian semua tu. Selagi mana kau masih keluar, tiap-tiap tahun untuk sambut tahun baru, tak reti nak berhartal, tak reti nak duduk rumah dan jalankan boikot gergasi (perkara paling mudah, just duduk rumah/setempat), biarkan semua sambutan krik krik krik.. dan pemerintah akan mula berfikir dan cuak.. seriously rakyat Malaysia? Kau semua duduk rumah dari sambut tahun baru? Kerajaan sediakan macam-macam event neh.. konsert ada, zikir pun ada.. kenapa takmau keluar dan boikot beramai-ramai? Apakah mereka akan boikot pada PRU juga.. omaigoddddd... we have to do something laaaa... selagi itu kerajaan apa tak hel dengan korang semua tau..

RAKYAT MALAYSIA TAK RETI NAK BAGI KERAJAAN TAKUT PADA MEREKA. SEBAB DI MALAYSIA KITA BELUM CUKUP TERTINDAS UNTUK MELAWAN SECARA KERAS. SEMBANG BERAPI JE CAKAP TERTEKAN APA SEMUA. TETAPI CARA HIDUP TAK MENCERMINKAN KATA-KATA.

Why not kita terima hakikat, siapa kita dan apa kita sebenarnya. Kan itu sebaiknya.

Pelik tak pelik juga dalam pada beria geng2 AMANAH dok tibai ramai orang masuk AMANAH tetapi demo anjuran sendiri bersama SAMM, 100 orang jek yang hadir pun. Kelakar. Sampai aku sendiri tergelak2 bila budak2 PAS sindir budak2 AMANAH. 

Pada aku memang kelakar tetapi pada PAN itu sendiri, mereka tak boleh tau nak rasa marah pada pengkritik. Bahkan mereka perlu raikan kritikan-kritikan tersebut dan perlu berasa cuak.

Jika inila sambutan rakyat pada aktiviti yang mereka anjurkan, bagaimana pula dengan undi? 

Pada masa sekarang neh, sepatutnya unit khusus sudah ada untuk membuat analisa data dan kajian-kajian strategik bagi tackle mood pengundi untuk mengundi AMANAH kelak. Mungkin sudah ada, tetapi aku tidak tahu. Namun melihat kepada sambutan umum dalam demo AMANAH bantah kenaikan TOL, pada aku ia sememangnya menyedihkan AMANAH. Bukan sahaja tiada sambutan bahkan aku rasa polis pun terperangkap dengan mood.

Polis takan hantar ramai anggota untuk tinjau keselamatan jika mereka yakin demo tersebut tiada sambutan. Menghantar anggota ramai-ramai, siap keluarkan statement media larang turun berdemo, membuktikan polis syak demo berkenaan akan menerima sambutan luar biasa rakyat. Tetapi apa yang berlaku adalah krik krik krikkk..

Mungkin, ini petanda awal rakyat boikot pada demo?

Aku tatau.

Tetapi jika kita ada pengalaman turun banyak jenis demo dan akhirnya pulang dengan selfie, bergaduh sakan di fb selama beberapa hari untuk pertahankan demo-demo yang kita sertai dan kemudiannya kesemua itu hilang ditelan masa, aku rasa kita ada sebab untuk rasa muak, boring dan bosan pada demo.

Aku tak salahkan rakyat. Aku rasa tindakan pembangkang yang overkill dalam menganjurkan demo dan wajah-wajah sebenar pembangkang mula terdedah sedikit demi sedikit adalah penyebab kepada keadaan ini. Masa untuk pembangkang melihat ke dalam cermin. Yang mereka lawan itu polisi BN yang menindas rakyat tetapi kenapa mereka sendiri melakukan perkara yang serupa. Ambil cermin, demo lawan diri sendiri dulu kemudian baru ajak rakyat demo lawan yang menindas.

Oke.

Ulasan menarik dari Ali Abu.

Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1197591843587639&set=a.1197591546921002.1073741893.100000105053006&type=3&theater

Anak TG Nik Aziz masuk PAN bukan berita

Yang sepatutntya menjadi berita ialah demo anjuran PAN di Tol Sungai Besi (ShutdowntolSgBesi) pd malam tahun baru 2016 tidak mendapat sambutan rakyat. The Rakyat Post bg jumlah bilangan peserta demo yg turun ialah 30 org. Sinar Harian mulo-mulo sebut puluhan peserta. Kemudian di satu link lain sebut kira-kira 100 org. Manokalo Malaysiakini ckp lobih kurang100 org.

Retinya 100 org shj yg hadir. Bilangan Polis diberitakan seramai 200 org. Makin ramai polis, sepatutnya semakin ramai rakyat bersamo kamu. Tapi mengapo demo PAN tak dapek sambutan rakyat, walhal isu hargo tol naik mmg melibatkan rkyt terbanyak?

Antara analisis awal den ialah :

1] Takdo sapot dari DAP Pusat. DAPSY sokong tapi cumo hantar maskot girlnya shj.

2] PKR langsung tak sapot. Mungkin sobab pengelibatan secara aktif ngo SAMM. SAMM tak ngam dgn Azmin Ali dan Latheefa Koya. Dan SAMM tak sapot demo Bersih 4.0 yg baru lalu. Ini kira balas dendam PKR kpd SAMM. Tetapi malang, usaha ini telah terboikot PAN sekali.

3] Rakyat tak sokong hargo tol naik tapi dlm maso yg samo tidak mahu ado demo yg menyusahkan balik hidup mrk. Hashtag #shutdowntolsungaibesicukup menakutkan dan membawa persepsi cukup negatif. Korang nak ajak rakyat baring atas jalan ke bro?

4] Takdo PAS, demo tak jalan. Ini den rasa main point ey. Kebodohan PAN yg terus menerus memboikot PAS memakan diri ey balik. Bilo nuar dlm penjara kluarkan arahan bhw pembangkang mesti amik balik PAS jadi geng selopeh tak ramai melayu join demo Bersih 4.0, ia membawa signal jelas bhw geng GHB (yg kemudiannya menjadi PAN) tak mampu bawak 'weight' yg ditinggalkan PAS. Nuar tibo-tibo jadi sedar diri balik bhw kalau dio mahu menjadi PM, PAS wajib menjadi kudo tunggangannya. Bukannya PAN.

5] Diperingkat fesbuk, usaha PAN mempromosi demo ShutdowntolSgBesi cukup hebat. Kempen pun den rasa lobih drpd seminggu. Dan malang buat PAN demo mrk tidak mendapat sambutan rakyat. Oklah. Tapi persoalan timbul, mano poie ey 50 ribu ahli PAN seluruh Malaysia seperti yg didakwa PAN? Ini demo anjuran PAN takkan ahli-ahli PAN pun boikot samo demo ni mcm rakyat Msia yg lain? Takkanlah 1000 org ahli PAN turun ke Tol Sungai Besi pun tak boleh kot. Mustahil bai. Drpd 50,000 org ahli PAN, cumo 90 org ahli PAN shj yg hadir demo. Ini kiraan kasar setelah campur tolak ahli-ahli SAMM dan seorg maskot girl DAP yg hadir.

6] Sekali lagi den tulis, drpd 50,000 org ahli PAN, cumo 90 org ahli PAN shj yg hadir demo. 90 ORANG! Apakah ertinya ini semua?! Kemungkinan bosa jumlah bilangan ahli PAN yg didakwa seramai 50 ribu org itu cumo propaganda murahan PAN yg mahu menipu rakyat. BN kencing rakyat. PAN pun koncing korang gak.

7] Setelah kegagalan demo Tol Sungai Besi, barulah unit propaganda PAN mengeluarkan berita bahawa salah seorg anak TG Nik Aziz iaitu Nik Omar menyertai PAN. Walhal, si Nik Omar sedayo boleh merahsiokan hal ini demi menghormati permintaan Tuan Sabariah (isteri TG Nik Aziz). Tapi PAN bocor jugak demi nak menaikkan kembali publisiti mrk yg jatuh akibat kegagalan demo Tol Sg. Besi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...