Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 30 Disember 2015

Rebat TOPUP - Apa Yang Anda Faham? Jika Tak Faham Apa-Apa, Sila Baca Ini Supaya Anda Keliru Macam Saya.

Untuk pengetahuan korang, setakat neh aku tak faham apa-apa.

Biar aku huraikan dulu kenapa aku tak faham apa-apa dalam cerita rebat topup.

Pada mulanya Najib umumkan ini ;


So, apa yang aku faham dari pengumuman Najib tu ialah macam neh ;

- Kita yang beli prepaid pada tahun 2015 akan mendapat semula amount2 GST yang telah kita bayar pada tahun tersebut pada tahun 2016.

Kemudiannya, aku baca ini pula ;


Oke, sampai sini apa yang aku faham ialah ;

1. 1 Jan 2016 dapat beli harga topup macam sebelumnya. Takde tambahan GST lagi dah.

2. Sebaliknya akan ditolak dari nilai isian semula. Still jumlah kredit akan berkurangan.

3. Tapi perkara tu sekejap je. Sebab dalam tempoh 24 jam, amount GST yang ditolak akan diberikan semula kepada kita.

4. Maksudnya takde tolak apa-apa pun la.

5. Itu yang kerajaan sebut sebagai rebat GST.

6. Mungkin inila yang Najib cuba sampaikan dalam perbahasan bajet 2016 aritu.

7. Kiranya aku mungkin salah faham kot. GST yang dibayar ke atas topup pada tahun 2015 maksudnya burn la. Bukan dapat apa-apa rebat pun, betul tak?

Kemudiannya, aku masuk ke website SKMM. Untuk memecahkan kekeliruan aku.

Dan aku dapati ini ;


Rujukan : http://www.skmm.gov.my/FAQs/Mechanism-For-(GST)-Implementation-For-Prepaid-Se/5-Is-the-GST-rebate-for-the-Prepaid-Users-given-ev.aspx

Kat sini apa yang aku faham ialah ;

- Apa yang berlaku bukan lah pemahsuhan GST ke atas kad topup.

- Sebaliknya kerajaan bagi rebat aje.

- Maksudnya kita bayar GST then kerajaan pulangkan balik GST tersebut.

- Ianya hanya terpakai untuk tempoh setahun iaitu bermula 1 Jan 2016 hingga 31 Dis 2016.

Tujuan kerajaan ialah kerana ;


Rujukan : http://www.skmm.gov.my/FAQs/Mechanism-For-(GST)-Implementation-For-Prepaid-Se/6-Why-are-only-Prepaid-Users-eligible-to-receive-t.aspx

Dan ;


Rujukan : http://www.skmm.gov.my/FAQs/Mechanism-For-(GST)-Implementation-For-Prepaid-Se/10-What-are-the-prepaid-products-and-services-that.aspx

Ya, kerajaan beri rebat kepada pengguna prepaid setiap kali kita topup tetapi setakat itu aje la. Sebab bila kita menggunakan apa-apa service dari nilai topup tersebut, kita tetap dikenakan GST juga kan?

Adakah ini maksud SKMM?

So, apa motif rebat GSTnya tu?

Tak kena GST ketika menopup tetapi tetap dikenakan GST ketika menggunakan service telekomunikasi, macam tu ke?

Serious. Aku tak faham kot.

And then aku nampak geng2 bloggers UMNO dok sakan membaham menteri isu topup.

Ini point dorang ;

Versi berita penuh ;

Kejap.

- Pada awalnya kita beli topup.

- Telco tolak GST pada nilai topup kita.

- Kemudiannya ianya dikumpul dan akan disalurkan kepada KASTAM.

- Ini kerana ianya selaras dengan undang2 GST.

- Syarikat2 telekomunikasi telah berusaha agar proses peralihan berjalan dengan lancar (dah jadi macam jurucakap syarikat telco pula aku rasa depa neh, keh keh keh)..

Jadi, apa yang aku faham dalam kes neh ialah kita tetap bayar GST ke atas prepaid, ditolak oleh TELCO, dikumpulkan dan dibayar kepada KASTAM dan KASTAM bayar semula kepada kita dalam bentuk rebat, dalam masa 24 jam sepanjang tempoh setahun iaitu = 2016. 

Betul ke?

Dan, sungguh pun kita diberikan rebat GST dalam tambah nilai sepanjang tahun, kita tetap dikenakan GST ketika menggunakan perkhidmatan telekomunikasi, kan?

Ada ke orang tambah nilai, tapi tak guna?

So, macam mana dengan cara pemberian rebat neh boleh membantu golongan sasaran seperti yang kerajaan sebutkan iaitu B40 & pelajar sepanjang tahun 2016 semata-mata?

Adakah selepas tahun 2016, golongan pelajar dan B40 neh pupus?

Serious, aku ulang sekali lagi. Aku tak faham. 

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...