Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Disember 2015

Selepas Aset Tenaga, 1MDB Menjual Saham Bandar Malaysia Kepada Iskandar, Syarikat China.

Memetik laporan The Malaysian Insider versi English ;

1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah bersetuju untuk menjual 60% daripada ekuitinya dalam projek Bandar Malaysia Sdn Bhd sebanyak RM7.41 bilion, ianya adalah sebahagian dari proses pelan rasionalisasi bagi mengurangkan jumlah hutang RM45 bilion, katanya pada hari ini.

Pegangan itu dijual kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, kata 1MDB.

1MDB akan menerima deposit sebanyak 10%, atau RM741 juta, atas pelaksanaan perjanjian penjualan saham dan pembelian, dan urus niaga itu dijangka siap pada akhir bulan Jun 2016.

Konsortium itu menilai tanah Bandar Malaysia sebanyak RM12.35 bilion, kata 1MDB. Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy, sebelum ini berkata nilai tanah itu sekurang-kurangnya pada RM11.5 bilion.

The IWH-CREC Sdn Bhd konsortium adalah usaha sama antara 60:40 IWH dan CREC.

Suatu ketika dahulu ;


Projek pembangunan 1MDB seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan projek kembarnya Bandar Malaysia, bukan sekadar projek-projek hartanah biasa. Pembangunan hartanah strategik menjadi alat bagi mewujudkan kesan pengganda tinggi dan memacu ekonomi yang bertenaga. Projek-projek terbabit umpama “blok binaan” yang dapat membantu membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi bandaraya global yang cukup teguh bagi pelabur dan pelancong.

 

BANDAR MALAYSIA, yang terletak tiga kilometer dari Tun Razak Exchange (TRX), bakal menyediakan penyelesaian urban paling inovatif untuk keselesaan dalam sebuah ekosistem urban yang baharu. Ia menyusun semula hubungan antara manusia, bangunan, lalu lintas serta alam sekitar di ibu negara.

 

Pembangunan semula lapangan terbang lama di Sungai Besi turut direka untuk menyokong Greater KL sebagai jentera pertumbuhan baru.

 

Sebagai sebahagian daripada komitmen 1MDB untuk menyediakan perumahan mampu milik, Bandar Malaysia turut menyasarkan untuk menjadi tanda ukur bagi perumahan bandar yang mampan dan mampu dimiliki di Malaysia.  


Rujukan :  http://1mdb.com.my/bm/current-business/bandar-malaysia

Bukan projek hartanah yang biasa-biasa?
Pembangunan semula lapangan terbang Sungai Besi?
Sediakan perumahan mampu milik?

Kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Dah jual ke orang lain nak gebang apa lagi..

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...