Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 Disember 2015

DAP Perak Uturn Isu Atlet Israel, Menuduh Ada Pihak Putar Belit Kenyataan.

Hmmm.

Putar belit macam mana ek?

Ini kenyataan pertama ;


Ini kenyataan susulan ;

Oke.

Mari kita lihat satu persatu kenyataan & tindakan Chong.

- Jika kita buka fb Chong disini,

Kita akan dapati bahawanya ;

1. Chong telah 3 kali paste kenyataan berita tentang atlet israel. 

2. Memetik link berita dari TMI, Malaysiakini & Malaysiakini BM untuk disebarkan di FBnya.

3. Tujuannya untuk menyebarkan dan menegaskan pendiriannya tentang atlet israel yang dinafikan penyertaan ke Langkawi.

4. Ada satu artikel ditulisnya dalam bahasa cina.

5. Ini memberikan hint atau petunjuk bahawanya dia mungkin berharap mereka2 yang tidak tahu berbahasa cina didiskriminasikan tentang apa sebenarnya yang dia cuba tanamkan menerusi artikel berkenaan.

6. Menolak diskriminasi (kononnya) dengan mengamalkan diskriminasi, ianya agak pelik.

7. Aku dapati Chong seperti sedang membetulkan penjenayah dengan menjadi penjenayah. 

8. Ayat Chong dalam Malaysiakini version ;
"Menafikan visa mana-mana atlet berdasarkan kewarganegaraan, agama, atau kepercayaan peribadi mereka adalah tindakan yang tidak boleh diterima.

"Lebih-lebih lagi kedua-dua atlet itu adalah juara bertahan. Menafikan visa bagi kemasukan mereka sama seperti menafikan hak untuk mempertahankan kejuaraan mereka.

9. Aku tak pasti kenapa atlet israel ini begitu dekat di hati Chong. Setiap hari rakyat Palestine dibunuh. Terbaru (pada semalam) seorang warga emas ditembak mati oleh askar israel.

10. Situasi di Palestine tidak sama di Malaysia. Apabila mereka berlawan dengan israel itu ialah kerana mereka sedang dalam proses menuntut kedaulatan dan kemerdekaan negara sendiri yang dirampas israel. 

11. Baling batu, bawa pisau, tikam askar, melepasi pos kawalan ialah sebahagian dari proses mini perlawanan ke arah mencapai apa yang dituntut. 

12. Boleh tunjukkan bukti bahawa atlet2 israel yang dinafikan visa itu juga bersolidariti dengan rakyat Palestine yang ditindas tak?

13. Jika tiada bukti itu, maka biarlah mereka dinafikan visa dan dinafikan kemenangan pun. Bukan mereka boleh mati dengan tidak menyertai kejuaraan tersebut.

14. Rakyat Malaysia yang kena tindas dengan polisi zalim pun atlet2 israel tersebut haram peduli. Tak payah la beria bela mereka2 yang tak heran dengan diri kita dan bertekak macam orang bengap.

15. DAP Perak pun tak banyak bincang, bahas dan ulas isu berkenaan TPPA. Kenapa? Lebih baik kau semua kaji kesan TPPA ke atas marhaen yang terang2 membabitkan diri kita semua daripada sibuk pertahankan hak atlet israel. Atlet israel tak heran dengan suara2 kita bahkan tak peduli pun hal2 dalaman Malaysia. Mereka mungkin berjaya mempergunakan pengaruh sesetengah pimpinan negara kita untuk bertekak sesama sendiri atau mendapatkan projek, wang, kedudukan serta product tapi tak perlu la kita buka jalan yang lebih luas lagi. 

16. Selepas dikritik teruk, tiba-tiba Chong mengatakan ada pihak yang memutar kenyataannya.

17. Siapa yang putar belitkan kenyataan kamu?

18. Jangan sebut 'ada pihak' sahaja. Sebutkan namanya, individu tersebut secara terang-terangan. 

19. Dari apa yang aku nampak kau sendiri putar belitkan kenyataan kau sendiri lagi la ada. Mencampakkan kesalahan kepada orang lain, apakah kita mengibaratkan diri kita ialah tuhan? Tiada dosa, tiada noda? Tiada kesalahan tiada kesilapan? Mengaku terus terang, oke saya salah, saya minta maaf, apakah ini downgradedkan nilai kemanusiaan kita? Jujur bukannya kelakar dan sukar. Menyalahkan orang lain itu barula kelakar dan bodoh namanya.

20. Punya banyak orang susah di Perak neh. Banyak nak mampos. Elok kau bawa masalah2 dorang dari bincang bab atlet dari 'negara haram' yang tak pernah peduli tentang hak dan nyawa rakyat Palestine. Mereka sendiri melakukan pelbagai siri penindasan, keganasan dan diskriminasi. Mereka melakukan diskriminasi dan mereka diskriminasikan semula, apa yang pelik sangat? Padan muka aje la.

21. Kemudiannya aku ternampak Dyana mengupdate ini ;


22. Apa yang aku nampak ialah Dyana mungkin dijadikan pemangkin untuk mendapatkan kembali kepercayaan orang-orang melayu terhadap DAP dalam isu atlet israel.

23. Aku rasa Chong tarik balik kenyataan bukan kerana dia akur bahawa atlet2 berkenaan patut dinafikan visa sebaliknya kerana isu israel telah menyebabkan umat islam marah kepada DAP. Ini merugikan DAP dari segi millage politik dan kepercayaan. Apabila orang Islam boikot DAP, tidak pelik juga jika mereka akan kehilangan sokongan melayu. Mungkin kerusi DAP secure kerana mereka banyak bertanding di kawasan cina (unsur2 diskriminasi sendiri wujud disini) tetapi jika ia menjejaskan kerusi kawan PKR dan AMANAH, apakah DAP tidak akan rugi disitu?

24. Bacaan politik di Malaysia bukan begitu sukar kawan.

25. Aku terus terang katakan, aku tidak tahu apa pendirian DAP Perak atau DAP pusat tentang israel. Aku melihat banyak juga komen2 dari rakan2 DAP yang pro israel. Mereka terang2 tulis di ruangan komen. So takan la kita tak boleh nak agak dan analisa serba sedikit kan.

26. Aku tahu BN banyak flip flop isu israel. Tetapi aku rasa antara BN dan DAP, aku rasa orang melayu lebih percaya kepada BN berbanding DAP dalam isu israel.

27. Bagi mereka, BN mungkin ada kerjasama tertentu dengan israel tetapi itu kerana BN mencari wang dan kuasa. Berbanding DAP, mereka rasa DAP dan israel boleh menjadi sahabat yang baik dan wang tidak semestinya menjadi platform kepada kerjasama tersebut. Itu ibaratnya.

28. Melihat kepada kenyataan Dyana yang akan timbul setiap kali isu yang babitkan sensitiviti muslim, aku rasa kasihan.

29. Adakah ahli politik wanita, begini kegunaannya?

30. Jika tidak dijadikan objek seks, maka dijadikan objek untuk membentuk imej, objek mencari sokongan, objek mencari pengaruh, undi dan membendung persepsi. Adakah ini ahli politik wanita yang kita mahu bentuk?

31. Aku dah lama perhati tetapi aku rasa kesian juga pada Dyana untuk bercakap terlalu terang.

32. Dia tiada apa yang perlu seorang ahli politik wanita itu perlu ada.

33. Dijadikan objek oleh parti untuk mencari pengaruh dan sokongan melayu, bagi aku ia sangat memalukan.

Jadi suri rumah, beranak, layan suami itu lebih suci daripada dipermainkan dan dipergunakan oleh parti politik, inilah pendirian aku.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...