Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Januari 2016

Sirul Muncul Lagi, Kali Ini Dengan Rakaman Video - Apa Permainan Kau Sirul?


Meluat. Aku makin lama makin meluat dengan Sirul.

Apa yang susah sangat nak sebut nama?
Apa yang susah sangat nak cakap terus-terang?
Dari dulu lagi tak habis-habis sebut ;

1. Ada pihak tertentu

2. Seseorang

3. Menjadikan dia kambing hitam

4. Blablaba konspirasi untuk mengenakan dia agar dia dihukum mati

Dia buat aku hilang kepercayaan pada dia. Nak tahu apa yang aku fikir dengan video terbaru dia?

- Sengaja pakai kopiah untuk bayangkan sesuatu persepsi.

- Kononnya dah insaf, alim, bertaubat.

- Standard nak tipu muslim. Taktik neh biasa dah kot.

- Sengaja nak alihkan isu. 

- Sekarang pembangkang tengah huha huha isu TPPA & bajet 2016 yang akan diubahsuai.

- Cantik plak timing dia hantar video.

- Itupun kata Malaysiakini, sumber berkenaan enggan dikenali.

- Aceh, rahsia-rahsia plak.

- Sebut la kat situ beria-ria.

- Ada pihak/media cuba gunakan dia untuk jatuhkan seseorang.

- Pirah mabuk.

- Kau sebut la terus terang. Siapa media tersebut? Siapa pihak yang dimaksudkan? Ko main teka teki neh kau ingat best sangat ke?

- Pada firasat aku, kau la sebenarnya sedang berkonspirasi Sirul.

- Dengan mengheret rakyat dalam permainan kau.

- Tatau la apa benda yang kau hasratkan.

- Tapi ko sengaja mengheret rakyat. Lebih kurang macam talian hayat. Kau pancing emosi rakyat.

- Bila fikir-fikir balik. Yang huha huha muncul di media kau juga. Kau yang sudi ditemubual la. Siap guna peguam sebagai jurucakap. Sekarang sapa yang gunakan sapa untuk jatuhkan siapa neh? Aiyoo.

- Terus terang aku cakap. Sekadar takde sangka baik dah. Kau nak dedah nama kau dedah terus terang. Kau nak dedah jalan citer pembunuhan Altantuya, kau dedah terus terang. Kau taknak nak sorok itu sorok ini disebalik ayat 'ada pihak tertentu', 'seseorang' dan etc etc. Tu semua aku taknak dengar. Malas layan. Aka SEMAK.

Melayan masalah hidup kau pun bukan selesaikan masalah hidup aku. Najib dan kepimpinan dia sekarang makin ntah hapa-hapa. GST dah laksanakan, TPPA on the way, barang makin mahal, subsidi sakan kena potong, tu pun tak cukup-cukup duit lagi kerajaan kau neh sampai biasiswa JPA pun depa nak faraid tepi.

Tolongla Sirul. Aku nampak kau neh sekadar muncul nak kacau emosi rakyat yang tengah sarat fikir permainan Najib ke atas rakyat Malaysia jek neh hah. Hish. Komando konon. Piirahh mabuk.

Video

Pengakuan Sirul - Ada Pihak Tertentu Mahu Jatuhkan Seseorang
Sirul kata ada pihak tertentu cuba gunakan dia untuk jatuhkan seseorang.
Sumber : Malaysiakini.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Thursday, January 21, 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...